Skip to main content

Sudan: 500 hari peperangan, bantuan yang gagal, dan keperluan perubatan yang semakin meningkat

Sudanese people are queueing at Adre border crossing point between Chad and Sudan. 600,000 people already fled the war in Sudan to seek refuge in Chad since April 2023 and there are new arrivals on a daily basis.

Rakyat Sudan sedang beratur di titik lintasan sempadan Adre antara Chad dan Sudan. 600,000 orang telah melarikan diri daripada peperangan berkenaan di Sudan untuk mencari perlindungan di Chad sejak April 2023 dan terdapat pendatang-pendatang baharu setiap hari. Chad, April 2024. © Corentin Fohlen/Divergence

Port Sudan/Darfur, Sudan – Hari ini menandakan 500 hari sejak Sudan mula mengalami krisis kemanusiaannya yang paling teruk. Ini adalah satu saat yang memalukan bagi organisasi kemanusiaan dan penderma antarabangsa, yang mana selama lebih 16 bulan telah gagal untuk memberikan respons yang mencukupi terhadap keperluan-keperluan perubatan negara yang semakin meningkat, daripada malnutrisi kanak-kanak yang dahsyat kepada wabak-wabak penyakit yang meluas. Sekatan teruk daripada kedua-dua pihak yang bertelagah telah secara drastik mengehadkan kapasiti-kapasiti, termasuk bagi kami, untuk menyampaikan bantuan, kata Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF).

Pertempuran antara Pasukan Sokongan Pantas (RSF) dan Angkatan Bersenjata Sudan (SAF), bermula dari ibu kota Khartoum pada 15 April 2023, telah merebak merentasi beberapa bahagian negara, mencetuskan satu krisis kemanusiaan yang belum pernah terjadi sebelumnya di Sudan. Konflik itu telah menyebabkan puluhan ribu orang terbunuh dan cedera. Antara April 2023 dan Jun 2024, Doctors Without Borders telah merawat 11,985 mereka yang tercedera akibat perang di hospital-hospital yang disokong. Keganasan ini telah mencetus krisis perpindahan terbesar di dunia: lebih 10 juta orang, atau satu daripada lima orang di Sudan, telah dipaksa untuk meninggalkan rumah mereka, kebanyakan daripada mereka melalui perpindagan berulang kali, menurut PBB.

Memandangkan penyelesaian-penyelesaian politik untuk krisis ini berperingkat, malnutrisi meningkat di tengah-tengah kenaikan harga makanan dan kekurangan bekalan-bekalan kemanusiaan. Di sebalik situasi dahsyat itu di kem Zamzam Darfur Utara, pusat-pusat pemakanan terapeutik pesakit dalam Doctors Without Borders di kawasan-kawasan lain di Darfur seperti El Geneina, Nyala dan Rokero penuh dengan pesakit, dan perkara yang sama berlaku kepada kem-kem pelarian di mana kami beroperasi di timur Chad. Sejak bermulanya perang sehingga Jun 2024, kami telah merawat 34,751 kanak-kanak kekurangan zat makanan akut di Sudan.

A Sudanese doctor examines a child in the pedeatric ward at the MSF Hospital in Metche, in eastern Chad.

Seorang doktor Sudan yang berasal dari El Geneina di Darfur, memeriksa seorang kanak-kanak di wad pediatrik di Hospital Doctors Without Borders di Metche, di timur Chad. Chad, Ogos 2024. © Finbarr O'Reilly/VII Foto

Hari ini kanak-kanak sedang nazak akibat kekurangan zat makanan di seluruh Sudan. Bantuan yang paling mereka perlukan segera hampir tidak tiba dan, apabila ia datang, ia sering disekat. Pada Julai, sebagai contoh, trak-trak dengan bekalan Doctors Without Borders di dua lokasi berbeza di Darfur telah dihalang daripada sampai ke destinasi mereka. Dua trak telah ditahan oleh RSF, dan satu dirampas oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali.
Tuna Turkmen, Penyelaras Kecemasan

Situasi itu juga mencabar di timur dan tengah Sudan. “Di selatan Khartoum, Doctors Without Borders telah disekat daripada membawa bekalan-bekalan perubatan dan kakitangan antarabangsa ke hospital-hospital selama beberapa bulan. Ia menjadi semakin sukar untuk menyediakan rawatan perubatan yang diperlukan pesakit-pesakit kami, termasuk penjagaan bersalin dan kecemasan,” kata Claire San Filippo, Penyelaras Kecemasan Doctors Without Borders untuk Sudan.

Di samping halangan buatan manusia yang telah dikenakan atau telah dibiarkan berlaku oleh pihak yang bertelagah, termasuk pelanggaran undang-undang, ketidakamanan, halangan-halangan birokrasi, dan kelewatan atau penafian kebenaran-kebenaran untuk mencapai populasi-populasi terjejas yang telah secara ketara memperlahankan tindak balas kemanusiaan, kini halangan semula jadi juga menghalang pergerakan-pergerakan kakitangan dan bekalan-bekalan kemanusiaan.

Musim hujan, insiden tahunan yang menyebabkan keperluan-keperluan semakin teruk dan menyukarkan pergerakan, berada pada kemuncaknya. Hujan lebat telah membanjiri titik lintasan dan menghanyutkan jalan-jalan serta jambatan kritikal. Dengan runtuhnya jambatan Mornei di Darfur Barat, satu-satunya laluan talian hayat yang menghubungkan Darfur Tengah dan Selatan dengan Chad, di mana bekalan tiba, berjuta-juta orang tidak akan dapat menerima bantuan yang datang melalui jalan raya.

Kami sudah sedia melihat peningkatan dalam kes-kes malaria dan penyakit-penyakit bawaan air dengan wabak kolera yang kini telah diisytiharkan di sekurang-kurangnya tiga negeri. Ancaman penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin dalam kalangan kanak-kanak, seperti campak, semakin meningkat dengan perang ini yang menyebabkan kempen-kempen imunisasi ditangguhkan.

Patients at the MSF Hospital in Metche, in eastern Chad.

Pesakit di Hospital Doctors Without Borders di Metche, di timur Chad. Kem Metche menempatkan kira-kira 40,000 pelarian Sudan yang telah melarikan diri daripada keganasan di Darfur. Chad, Ogos 2024. © Finbarr O'Reilly/VII Foto

Sementara itu, konflik berkenaan telah menyebabkan hampir 80% kemudahan-kemudahan kesihatan tidak berfungsi, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, melumpuhkan sistem kesihatan yang sudah bergelut. Di El Fasher sahaja, kemudahan-kemudahan yang disokong Doctors Without Borders telah diserang sebanyak 12 kali dan hanya satu hospital awam yang masih berfungsi secara separa dengan keupayaan untuk melakukan pembedahan sejak pertempuran meningkat di bandar itu pada Mei.

Paling terbaharu, pada 22 Ogos kira-kira jam 4:40 pagi, tembakan mengenai rumah yang menempatkan sebahagian daripada pasukan Doctors Without Borders yang bekerja di El Fasher dan Zamzam. Nasib baik, kerosakannya hanya membabitkan material dan tidak ada sesiapa di dalam rumah itu tercedera. Ini merupakan insiden keganasan ke-84 terhadap kakitangan, kenderaan-kenderaan dan premis-premis Doctors Without Borders di Sudan sejak bermulanya konflik ini, yang dicirikan oleh sikap betul-betul tidak mengambil peduli terhadap perlindungan orang-orang awam, begitu juga kakitangan dan kemudahan-kemudahan kesihatan.

Keadaannya di negara-negara jiran juga tidak jauh lebih baik, di mana kira-kira dua juta telah mencari perlindungan, sering berpisah dengan orang-orang yang tersayang. 

Suami saya telah hilang selama lebih satu tahun dan saya tidak tahu di mana dia berada. [Anak saya] Khalid sihat, sehingga makanan mula berkurangan. Selepas sehari dua tidak makan dengan baik, dia telah mengalami demam panas. Saya tidak merasa selesa di sini dan keadaannya tidak baik, saya mahu pulang ke Sudan.
Um Adel, wanita Sudan dari Metche
Women and children at the MSF Hospital in Metche, in eastern Chad.

Wanita dan kanak-kanak di Hospital Doctors Without Borders di Metche, in timur Chad. Chad, Ogos 2024. © Finbarr O’Reilly/VII Photo

Pihak-pihak yang berperang, dan negara-negara anggota yang mempunyai pengaruh ke atas mereka, mesti memastikan perlindungan orang-orang awam, kakitangan kesihatan dan kemudahan-kemudahan perubatan. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab di kedua-dua belah konflik ini mesti memudahkan proses pemberian kebenaran-kebenaran kepada pergerakan kemanusiaan dan kakitangan melalui semua laluan yang tersedia merentasi sempadan, negeri dan barisan hadapan serta memberikan respons dengan segera. Dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, agensi-agensi berkaitan serta sesiapa sahaja yang mempunyai kuasa untuk membantu mesti menggunakan semua langkah-langkah untuk memastikan laluan-laluan akses yang tersedia dimanfaatkan sepenuhnya.

"Doctors Without Borders cuba mengisi beberapa jurang itu. Di banyak tempat kami bekerja, kami adalah satu-satunya organisasi antarabangsa yang beroperasi, tetapi kami tidak boleh menangani krisis besar ini seorang diri. Kami juga sedang bergelut untuk mendapatkan bekalan-bekalan dan kakitangan untuk projek-projek kami. Selaras dengan akses, mendapatkan pembiayaan berterusan kepada agensi-agensi PBB, serta organisasi-organisasi dan responden-responden tempatan, yang sedang menanggung beban tindak balas ini, juga penting,” kata Esperanza Santos, Penyelaras Kecemasan Doctors Without Borders di Port Sudan.

Satu tindak balas yang bermakna dengan bantuan menjangkau orang yang paling memerlukannya mesti bermula sekarang. Tiada ada lagi masa untuk dibazirkan.
Esperanza Santos, Penyelaras Kecemasan

Doctors Without Borders is one of the few international organizations working on both sides of the conflict in Sudan. It currently runs and supports medical projects, including over 20 primary healthcare clinics and hospitals across 8 of Sudan’s 18 states. Doctors Without Borders employs 926 Sudanese staff and 118 international staff, and it provides incentives to 1,092 Ministry of Health staff.


Sudikah anda menyokong tugas tindak balas kecemasan kami?

Bantu kami menyediakan penjagaan kesihatan yang menyelamatkan nyawa ketika kecemasan dengan melakukan sumbangan hari ini.