Skip to main content

Pampasan dan faedah

Pakej Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) memaparkan semangat kesukarelawanan kemanusiaan dan pada masa sama mengiktiraf tahap profesional tinggi rekrut kami.

Pakej dan tawaran termasuk (tertakluk kepada perubahan):

  • Pampasan permulaan kira-kira 1,100 - 1,300 EURO kasar (kira-kira 5,500 - 6,500 Ringgit Malaysia bergantung kadar pertukaran) untuk 12 bulan pertama bekerja bagi apa-apa peranan di lapangan dan selepas 12 bulan gaji akan dikira semula berdasarkan pengalaman kerja yang relevan.
  • Penerbangan pergi balik untuk kelas ekonomi ditanggung dari lokasi tempat tinggal ke negara misi.
  • Gaji bulanan (elaun mengikut hari) dalam mata wang tempatan berdasarkan kepada kos hidup di negara projek.
  • Cuti tahunan berbayar kira-kira 25 hari bagi setiap kalendar tahunan bergantung tempoh kontrak anda.
  • Perlindungan insurans meliputi kesihatan, bagasi, liabiliti profesional, Medevac, penghantaran pulang dan kemalangan. MSF menyediakan kedua-dua insurans untuk peribadi dan liabiliti profesional. 
  • Penginapan dan pengangkutan ketika kontrak (termasuk taklimat dan maklum balas).
  • Pemeriksaan kesihatan sebelum dan selepas misi. Vaksinasi dan profilaksi (rawatan cegah penyakit) ditanggung dan akan dibayar balik seperti mana polisi penjagaan kesihatan staf antarabangsa. Jika perlu, pemindahan perubatan disediakan dan ditanggung organisasi. 
  • Sokongan psikologi sebelum berangkat dan sejurus kembali daripada misi anda. 
  • Peningkatan karier peribadi, dengan akses kepada tahap latihan, tunjuk ajar dan bimbingan yang berbeza, bagi tujuan peningkatan dalam organisasi. Sesetengah latihan turut dikendalikan di luar bersama kelayakan rasmi.
  • Untuk misi selama 12 bulan atau lebih, pelbagai kelebihan dan pakej tambahan terpakai. Maklumat lanjut akan disediakan.

 Spesifik COVID-19:

  • Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) akan menanggung segala perbelanjaan kuarantin COVID-19 di hotel dan dianggap sebagai hari bekerja, jadi anda juga akan dihubungi sepanjang tempoh anda dikuarantin. Namun, tempohnya berbeza-beza bergantung  peraturan kuarantin di negara tempat tinggal anda, keperluan ujian PCR COVID-19 dan sebagainya.

 

Senarai semak pengambilan

Sebelum memohon, sila teliti dan lengkapkan senarai semak pengambilan kami.