Skip to main content

Jadilah rakan kongsi kami dan beri impak kepada mereka yang memerlukan bantuan perubatan.

Kenapa bekerjasama denngan kami? 

Tugas kami dapat dilaksanakan berkat sokongan dermawan individu dan organisasi seperti anda. 

Sokongan anda memastikan kami mampu bertindak pantas sebagai tindak balas terhadap kecemasan dan memberikan bantuan perubatan di tempat yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain. 

Make a donation today

Bekerjasama dengan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) akan menyokong tindak balas kemanusiaan perubatan yang menyelamatkan nyawa kami terhadap bencana, konflik, penyakit dan wabak di lebih 70 negara.

Membina perkongisan yang bermakna 

Pertama, kami ingin mengenali anda dan syarikat anda, dan cara terbaik kami boleh bekerjasama. Pasukan kami yang mesra sentiasa bersedia untuk duduk bersama menikmati kopi atau menerima panggilan telefon. 

Berikut beberapa contoh cara kami boleh bekerjasama dalam perkongsian ini dan perkara yang boleh kami tawarkan: 

  • Anda akan mempunyai akses kepada pengurus perhubungan yang berdedikasi. 

  • Anda dan pekerja anda berpeluang mendengar secara langsung daripada kakitangan perubatan dan bukan perubatan kami tentang pengalaman mereka di lapangan. ia mungkin secara bersemuka atau melalui webinar dalam talian. 

  • Kami akan berkongsi kemas kini dan maklumat semasa berkaitan kerja kemanusiaan perubatan kami 

  • Kami boleh menyediakan peluang untuk penglibatan pekerja, contohnya, melalui sesi Mapathon untuk melengkapkan bahagian peta yang hilang 

Kelebihan perkongsian bersama Doctors Without Borders 

  • Menyatukan pekerja anda mengikut matlamat bersama kami untuk memastikan orang ramai mendapat akses kepada penjagaan perubatan penting apabila mereka amat memerlukannya. 

  • Membezakan syarikat anda dan menjadikan ia menonjol berbanding yang lain melaluio penyelerasan dengan tujuan yang penting. 

  • Bekerjasama dengan organisasi bantuan kemanusiaan perubatan terkemuka di dunia dan penerima Hadiah Nobel Keamanan 1999 

Doctors Without Borders menerima sumbangan daripada syarikat tetapi tidak akan menerimanya daripada sama ada daripada syarikat atau yayasan korporat, serta entiti yang melobi bagi pihak mereka, jika aktiviti teras mereka bercanggah langsung dengan matlamat kerja kemanusiaan perubatan kami atau jika mereka mungkin mengehadkan keupayaan kami untuk memberikan bantuan kemanusiaan dalam apa cara sekalipun. Ini termasuk industri yang memperoleh sebahagian besar pendapatan mereka daripada pengeluaran dan/atau penjualan tembakau, alkohol, senjata, farmaseutikal (termasuk ubat-ubatan, peralatan perubatan, makanan terapeutik, bahan diagnostik dan bioteknikal, serta penyelidikan), dan/atau mineral, minyak, gas, atau industri ekstraktif lain. 

Untuk maklumat lanjut tentang dasar penerimaan sumbangan kami, klik di sini.

Mengajukan pertanyaan

Hubungi untuk berbincang dengan salah satu pasukan kami yang mesra yang berpangkalan di rantau Asia Pasifik.

By clicking Submit I accept the terms and conditions of the Privacy Policy and consent to receive email updates and be contacted by Doctors Without Borders.

Lima puluh tahun dan tindakan perubatan

Setiap hari, selama lebih 50 tahun, pasukan perubatan kami berada di lapangan memberikan rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa kepada mereka yang terjejas akibat konflik, bencana, wabak dan kecemasan perubatan lain. 

Ketahui lebih lanjut mengenai cara anda boleh menyokong tugas kami dengan mengajukan pertanyaan hari ini.