Skip to main content

Kenali kami

Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) adalah organisasi kemanusiaan perubatan antarabangsa. Kami menyampaikan bantuan kemanusiaan perubatan kecemasan yang menyelamatkan nyawa kepada mereka yang terkesan dengan konflik bersenjata, wabak, pandemik, bencana alam dan terpinggir daripada penjagaan kesihatan.

Kami bekerja di lebih 70 negara seluruh dunia, dari Afrika Utara hinggalah Amerika Selatan, Asia Pasifik dan Timur Tengah, di kampung-kampung yang tidak ditemui pada mana-mana peta, di kem-kem pelarian, di hospital dan klinik, melalui projek-projek, memenuhi keperluan kesihatan kelompok rentan. 

Utamakan pesakit 

Pesakit adalah teras misi dan operasi kami. Kami berusaha mengurangkan penderitaan manusia, terutama dalam situasi krisis, demi melindungi kehidupan dan kesihatan. 

Pekerja lapangan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) memberikan rawatan perubatan untuk membantu mereka yang terkesan untuk bertahan dalam situasi bencana, di mana komuniti dan struktur kesihatan mungkin terganggu. Sesuai dengan itu, kami juga mempunyai projek penyelidikan lapangan MSF. Di kebanyakan tempat di mana kami bekerja, tidak ada penyedia penjagaan kesihatan atau organisasi bantuan lain di lapangan. Di tempat lain pula, kami bekerjasama rapat dengan kementerian kesihatan tempatan atau rakan kongsi lain untuk memastikan penjagaan terbaik bagi pesakit kami. 

A child sits in the orthopaedic ward of Boost hospital which is run by MSF in partnership with the Ministry of Public Health in Lashkar gah, helmand, Afghanistan.

© Kadir Van Lohuizen/Noor

Sejarah kami 

Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) ditubuhkan pada 1971 di Perancis oleh sekumpulan doktor dan wartawan susulan perang dan kelaparan di Biafra, Nigeria. Tujuannya untuk menubuhkan sebuah organisasi bebas yang memberi tumpuan kepada penyampaian bantuan perubatan kecemasan di lapangan - dengan cepat, berkesan dan tidak berat sebelah. 

Seramai 300 sukarelawan membentuk organisasi ini ketika ia mula ditubuhkan: doktor, jururawat dan kakitangan lain, termasuk 13 pengasas dalam kalangan doktor dan wartawan. 

MSF diasaskan dengan kepercayaan bahawa semua orang harus mendapat akses kepada penjagaan kesihatan tanpa mengira jantina, bangsa, agama, kepercayaan atau fahaman politik, dan bahawasanya keperluan perubatan perlu dihormati sempadan nasional. Prinsip tindakan MSF dijelaskan dalam piagam kami, yang membentuk rangka kerja untuk misi serta aktiviti kami di seluruh dunia. 

Apa kami lakukan 

Misi Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) adalah menyediakan penjagaan perubatan berkualiti kepada semua pesakit kami, walaupun berdepan situasi mencabar dan sumber yang terhad di lapangan. 

Pasukan perubatan dan pekerja lapangan kami menawarkan penjagaan kesihatan asas, melakukan pembedahan, memerangi wabak, memulihkan dan menguruskan hospital serta klinik, menjalankan kempen vaksinasi, mengendalikan pusat nutrisi, menyediakan penjagaan kesihatan mental dan sumber manusia, serta menawarkan latihan kepada kakitangan perubatan tempatan. Kadang-kadang kerja dilakukan memerlukan kami membina kemudahan pemprosesan air atau menyokong bekalan kuasa. Pada masa lain projek kami menawarkan peluang untuk membina unit penyelidikan lapangan MSF dan menerbitkan hasil kajian kami. Kakitangan kecemasan kami dilatih dan dilengkapi dengan semua yang mereka perlukan untuk membawa bantuan cepat kepada orang-orang yang mengalami krisis. 

Dengan kakitangan antarabangsa dan pekerja tempatan yang diambil, kami juga menyediakan rawatan perubatan dan sokongan psikologi kepada mereka yang hidup dalam situasi kecemasan kronik, seperti mereka yang terpaksa berpindah akibat konflik, wabak atau bencana. Program kami merawat pesakit dengan penyakit berjangkit seperti tuberkulosis, HIV / AIDS dan kala azar. 

Apabila diperlukan, kami juga membina perigi, menyediakan air minuman dan mengedarkan kelengkapan tempat tinggal dan barang bantuan lain seperti peralatan memasak dan mencuci. 

MSF nurse, Samantha Hardeman, at the neonatal intensive care. Photo:Kadir Van Lohuizen/Noor

Afghanistan © Kadir Van Lohuizen/Noor 

The MSF surgery team in Bangassou is operating a patient who suffers from inguino-scrotal hernia, on January 29, 2021. Photo: Alexis Huguet

Central African Republic © Alexis Huguet/MSF 

Vincenzo Livieri

Bangaladesh © Vincenzo Livieri/MSF

The MSF team visited one of the survivors in an evacuation camp at Susukan Kampong, Sukarame Village, Carita Sub district. Here they met a 13-year-old adolescent who is also a beneficiary of the MSF adolescent health project in Banten. Photo: Muhamad Suryandi/MSF

Indonesia © Muhamad Suryandi/MSF

A young girl from Tondo, Manila, is seen in a Likhaan clinic for her free HPV vaccination. Likhaan provides reproductive healthcare services for low income families in the Philippines, where there remains a gap in women's awareness of their reproductive rights.Photo: Hannah Reyes Morales

Philippines © Hannah Reyes Morales

Kami pantas bertindak 

Di serata dunia, petugas Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) sering menjadi yang pertama di lapangan, terutama semasa bencana dan situasi krisis. Setiap wilayah mempunyai pusat logistik sendiri yang dilengkapi peralatan, ubat-ubatan dan keperluan lain. Pasukan lapangan dalam misi penilaian biasanya tiba terlebih dahulu untuk menentukan jenis bekalan, pengetahuan perubatan dan peralatan diperlukan. Orang yang kami bantu biasanya mempunyai masalah kesihatan berbeza-beza: kesihatan mental, trauma, dehidrasi, kekurangan zat makanan, penyakit.  

Beberapa bulan pertama selepas wabak Ebola merebak di Afrika Barat pada 2014, di banyak kawasan kami menyediakan satu-satunya rawatan perubatan, dan merupakan suara utama yang menuntut perhatian dunia. 

Selepas gempa bumi Haiti yang dahsyat pada 2010, salah satu pasukan lapangan kami merawat mangsa pertama dalam beberapa minit sahaja. 

Bencana sering melanda pelbagai negara, seperti negara-negara Afrika yang berkongsi sempadan, negara-negara Timur Tengah yang berada dalam konflik, serta negara-negara Asia Tenggara yang dilanda tsunami dan taufan besar. Dalam banyak keadaan seperti itu, setiap tahun, kami memberikan bantuan di tempat yang tidak dapat ditemui dalam peta. 

Maila Gurung, 26, is assisted off of a helicopter by MSF Dr. Hanni when returned home to Diol village, Gorkha District, Nepal on May 21 2015. Maila had been evacuated to the MSF hospital in Arughat Bazaar where his broken leg was treated. photo: Brian Sokol/Panos Pictures

Nepal © Brian Sokol/Panos Pictures 

Menyokong Indonesia ketika pelbagai bencana melanda pada 2018 

Pada 28 September 2018, beberapa siri gempa bumi kuat melanda Sulawesi Tengah Indonesia. Gempa tersebut mencetus gelombang tsunami, manakala tsunami menyebabkan tanah runtuh serta liquefaksi yang menelan seluruh kampung. Secara keseluruhan, bencana tiga serangkai ini mengorbankan 4,340 nyawa.  

Pasukan pertama Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) yang tiba di lapangan termasuk seorang penyelaras, jururawat dan ahli psikologi, serta tiga ahli nefrologi. Pasukan lapangan kedua pula terdiri tiga kakitangan berpengalaman dalam bencana alam yang menuju ke Indonesia dari Panama pada hari sama. Lebih ramai pakar bedah, jururawat, ahli logistik dan ahli psikologi menyertai misi tersebut. Bahan bantuan dan peralatan perubatan juga diterbangkan ke Indonesia dari Brussels dan Bordeaux. 

Pada 22 Disember tahun sama, sebahagian besar bahagian selatan gunung berapi Anak Krakatau meluncur ke laut, menyebabkan tsunami yang melanda pulau Sumatera dan Jawa di Indonesia. Menjelang 28 Disember, Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) melaporkan 40,386 orang kehilangan tempat tinggal, dengan lebih 80 peratus daripada mereka berasal dari Kabupaten Pandeglang di Provinsi Banten. Angka kematian meningkat kepada 426 orang, dengan 7,202 cedera, 23 hilang dan 1,296 rumah rosak. 

Kami menggerakkan tiga pasukan: satu pasukan menyokong Pusat Kesihatan Carita, manakala pasukan kedua membantu Pusat Kesihatan Labuan. Di kedua-dua pusat tersebut, kami memberikan bantuan kepada anggota kesihatan yang merawat mereka yang cedera di lapangan. Pasukan ketiga pula petugas bergerak, mengunjungi pelbagai komuniti untuk merawat pesakit yang cedera yang tidak dapat ke hospital atau pusat kesihatan. Pengurusan kes dilakukan secara terus, dengan kes yang teruk dirujuk ke hospital. 

Di pusat kesihatan itu, kami menyediakan rawatan perubatan dan memastikan protokol Pencegahan dan Pengawalan Jangkitan tersedia. Pasukan ini juga memulakan penyediaan Pertolongan Cemas Psikologi (PFA) dalam kalangan pesakit yang dimasukkan ke wad, dan melancarkan program kesihatan mental. 

Kisah dari lapangan: Bekerja di klinik bergerak 

Bencana tiga serangkai ini adalah pengalaman pertama doktor perubatan Indonesia Achmad Yusuf Toba bersama Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF). Dia bercerita mengenai pengalamannya di lapangan: 

"Sewaktu mendapat tahu mereka mencari doktor perubatan untuk bertugas ketika tragedi itu, saya segera menawarkan diri. Sebaik tiba di lapangan, saya mendapat tahu kami memberikan rawatan perubatan untuk mangsa bencana di Palu dan Donggala. Mereka telah melakukannya sejak hari kedua tiba di rantau ini. Tugas utama saya adalah merawat pesakit melalui klinik bergerak. Tugas saya kebanyakannya melibatkan pesakit trauma, seperti kes seorang wanita yang melecur terkena air mendidih ketika dia berlari keluar dari rumahnya sewaktu gempa. Saya juga melihat banyak pesakit yang patah tulang, dan luka dengan tahap keparahan yang berbeza - dari lebam, luka dan kecederaan. Sebahagian tugas saya juga menilai pusat pemindahan atau pos kesihatan yang dibuka petugas, dan melakukan pengawasan penyakit serta pemeriksaan susulan pesakit untuk memastikan penyakit berjangkit seperti cirit-birit, masalah kulit dan jangkitan saluran pernafasan dapat dicegah." 

Kisah pesakit: Elis dan Purwanto 

Elis dan keluarganya berada di rumah ketika tsunami melanda pantai Selat Sunda pada hari itu. Rumah mereka terletak di pinggir pantai Laba Kampong, Desa Cigondang, Kecamatan Labuan. Mereka tinggal bersebelahan rumah orang tuanya. 

Ketika gelombang pertama melanda, suami Elis, Purwanto menjerit untuk memberi amaran kepada Elis, dan bergegas mendapatkan anak perempuan mereka serta mertuanya, yang berada di rumah bersebelahan, supaya mereka dapat berlindung di tempat selamat. 

Ombak besar, lebih tinggi daripada tiang elektrik berdekatan yang mencecah 7 hingga 12 meter, memusnah dan meranapkan rumah mereka. Purwanto, 35 tahun, cedera apabila paha kirinya terkena bumbung zink rumah mereka. Elis pula terperangkap dalam rumah di sebalik almari dan meja, selain sisa runtuhan rumah. 

Walaupun cedera, mujurlah Purwanto dapat menyelamatkan Elis. Elis dan Purwanto berjalan sejauh dua kilometer menuju pusat kesihatan di Labuan. 

Elis and suaminya dirawat oleh petugas Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) di pusat kesihatan Labuan. "Mereka memeriksa keadaan saya dan bayi. Saya mengalami lebam dengan beberapa bengkak hampir seluruh badan. Syukurlah, bayi saya selamat." 

Pasukan petugas melayan Elis dan memastikan dia diberi rawatan perubatan sepatutnya. Dia tinggal di Pusat Kesihatan Labuan selama tiga hari berikutnya. Sementara itu, mereka merujuk Purwanto dan ibu Elis ke hospital di Pandeglang kerana kecederaan mereka agak parah. Ayahnya juga dirujuk ke hospital sama kerana cedera pada tangan kirinya. 

The mobile team consisting of a medical doctor, nurses, a psychologist and a logistician travelled by boat to remote coastal villages which could not be reached by road and had yet to receive any medical and humanitarian aid. © Florian Lems

Pasukan bergerak terdiri daripada doktor perubatan, jururawat, ahli psikologi dan logistik menggunakan bot untuk sampai ke kampung terpencil pesisir terpencil yang tidak dapat dihubungi melalui jalan raya, serta belum menerima bantuan perubatan dan kemanusiaan. © Florian Lems 

Pasukan perubatan tiba di Filipina sehari selepas Taufan Haiyan 

Pada 2013, Taufan Haiyan - taufan super terkuat pernah direkodkan - menyebabkan lebih 6,300 kematian dan empat juta lagi kehilangan tempat tinggal di Filipina. Infrastruktur penting, termasuk kemudahan kesihatan, jalan dan pelabuhan sama ada rosak atau musnah, manakala bekalan kecemasan dibawa taufan. Keperluan perubatan sangat besar, dan risiko wabak penyakit berjangkit juga tinggi. 

Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) berjaya menghantar pasukan ke kawasan-kawasan terjejas dalam masa satu hari sahaja selepas taufan melanda. 

Aktiviti bantuan utama pasca Haiyan merangkumi 11,624 penyertaan pembedahan; 29,188 vaksinasi untuk tetanus, campak, polio dan hepatitis; penjagaan kesihatan mental dan/ atau kaunseling untuk 27,044 pesakit; 2,445 kelahiran bayi; klinik bergerak di 133 lokasi berbeza; pembinaan hospital separa tetap; pemulihan tujuh hospital; pembekalan dan pengedaran 71,979 kit bantuan; pek makanan untuk 50,000 orang; dan pengedaran 14,473,500 liter air. 

Keseluruhannya, kami membawa 1,855 tan kargo dan mengerahkan hampir 800 petugas bantuan ke Filipina, bantuan tertinggi kami gerakkan. Gerakan aktiviti lapangan berskala besar ini adalah hasil kemurahan hati dan sumbangan ihsan penderma individu serta penyokong kami di seluruh dunia. Di peringkat antarabangsa, kami mengumpulkan dana sebanyak 32.4 juta euro untuk menangani Taufan Haiyan. 

Kisah dari lapangan: Cabaran logistik dalam bantuan kecemasan 

Sepuluh hari selepas ribut taufan melanda, Penyelaras Kecemasan Caroline Seguin menyatakan cabaran besar dihadapi dari segi logistik dan sumber manusia untuk mendapatkan bantuan kecemasan serta bekalan ke tempat yang sangat diperlukan. 

"Hari-hari sejak taufan melanda, kami berjaya membawa lebih 150 kakitangan dan ratusan tan bekalan ke negara ini. Dengan begitu banyak kemudahan kesihatan rosak atau musnah, keperluan penjagaan kesihatan sangat mendesak, terutama memandangkan keadaan hidup yang memburukkan lagi risiko jangkitan saluran pernafasan, radang paru-paru dan penyakit bawaan air. Di kebanyakan kawasan kami bertugas - Panay, Guiuan, Ormoc, Tacloban dan Burauen - perkhidmatan kesihatan teruk terganggu dan fokus kami untuk memulihkan kualiti penjagaan kesihatan primer serta perkhidmatan hospital. Di Guiuan, sebuah khemah hospital disediakan di premis hospital yang rosak, sementara di Tacloban, sebuah hospital menggunakan khemah gelembung didirikan dan menyediakan semua perkhidmatan termasuk bilik kecemasan, jabatan pesakit dalam dan bilik pembedahan. Pasukan juga akan menubuhkan unit bersalin, obstetrik dan ginekologi. Dalam keadaan bencana, keperluan untuk perkhidmatan kesihatan mental sangat mendesak. Semua pasukan kami sememangnya dilengkapi pegawai kesihatan mental atau psikologi. Ia sangat penting dalam tugas kami, dan cukup mudah untuk dilaksanakan berbanding dengan perkhidmatan lain yang lebih mencabar secara logistik" 

Kami rawat mereka yang lemah 

Setiap tahun, sebagai organisasi kemanusiaan perubatan antarabangsa, misi Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF)) termasuk memberikan bantuan perubatan di kem pelarian dan pusat tahanan di seluruh dunia. Di Asia Tenggara, kami telah berusaha menyediakan penjagaan kesihatan kepada Rohingya, salah satu kumpulan minoriti yang paling dianiaya di dunia. 

Susulan kempen kekerasan melampau pihak berkuasa Myanmar terhadap etnik Rohingya di Rakhine pada Ogos 2017, lebih 700,000 Rohingya melarikan diri dengan menyeberangi sempadan ke daerah Cox's Bazar di Bangladesh. 

Hari ini, hampir sejuta Rohingya tinggal di Cox's Bazar. Namun, ada juga sebilangan yang mencari kehidupan lebih baik di tempat lain, termasuk cuba sampai ke Malaysia dengan menaiki kapal. 

Um Kalsoum lost two children in the August 25, 2017 killings in her village. Her 18-month-old boy Abdul Hafiz survived. Photo: Mohammad Ghannam/MSF

© Mohammad Ghannam/MSF

Kisah dari lapangan: Ditinggalkan kebuluran di laut

Dimuatkan seperti kargo manusia ke dalam bot nelayan kayu, kira-kira 500 yang berusaha sampai ke Malaysia dari kem pelarian di Bangladesh kelaparan dan dipukul penyeludup sepanjang dua bulan pelayaran pada 2020. Semua penumpang adalah etnik Rohingya dari Myanmar, kebanyakannya berusia antara 12 hingga 20 tahun termasuklah juga beberapa anak kecil. Disekat untuk mendarat di Malaysia, kira-kira 400 yang masih hidup diselamatkan pengawal pantai Bangladesh. 

Amina *, seorang gadis Rohingya berusia 14 tahun dari sebuah bandar pasar kecil di barat Myanmar, menggambarkan bagaimana mereka duduk dalam bot di bawah terik matahari dengan ratusan orang selama lebih dua bulan. "Kita harus duduk seperti ini," katanya sambil memeluk lutut ke dadanya. "Kaki membengkak dan ada yang tidak dapat bergerak. Sesetengahnya mati dan dicampakkan ke laut. Kami belayar di laut dengan orang mati setiap hari. Rasanya seperti kami diambil dari neraka." 

Pelarian mengatakan mereka dipukul hanya kerana provokasi kecil serta diberi makanan dan air yang sedikit. "Keadaan sangat panas dan tidak ada makanan, tidak ada air," kata Amina. "Kami mendapat segenggam dal dan satu gelas air setiap hari." Individu lain yang terselamat mengatakan seringkali mereka tidak mendapat makanan atau air langsung selama berhari-hari. Kerana kehausan, ramai terpaksa minum air laut. 

Bot itu tidak dibenarkan mendarat di Malaysia, atau di lokasi lain, akhirnya terpaksa membelok ke arah Bangladesh. Beberapa hari sebelum sampai di Bangladesh, kebanyakan penyeludup meninggalkan kapal dan penumpangnya yang kelaparan. Pengawal pantai Bangladesh menyelamatkan sekitar 400 yang masih hidup. Kami menghantar beberapa pasukan terdiri staf perubatan dan kesihatan mental untuk membantu penyelamatan dan memberi rawatan kecemasan kepada mangsa yang kurus ketika mereka tiba di Bangladesh. Pegawai perubatan menstabilkan mereka yang tidak sihat dan merujuk mereka ke beberapa hospital MSF kerana kekurangan zat makanan dengan komplikasi teruk dan masalah lain. Pasukan kesihatan mental kami memberikan kaunseling kepada yang terselamat. 

"Kebanyakannya mengalami tekanan dan benar-benar trauma, ketakutan dan tidak yakin. Mereka bersedih kerana kehilangan ahli keluarga, dan ada anak-anak kehilangan ibu bapa mereka,” kata Hanadi Katerji, jururawat dan ketua pasukan perubatan. 

"Kru kapal memberitahu kami: 'Di mana sahaja anda menjadi pelarian,'" kata Amina. “Di Myanmar kamu pelarian, di Bangladesh kamu pelarian, di perahu dan di Malaysia juga kamu dianggap pelarian. Anda akan mati ke mana sahaja anda pergi." 

Kami bertindak tangani krisis kesihatan 

Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) mula bertindak balas terhadap wabak Ebola pada 2014, dan terus menangani pelbagai wabak. Namun, terdapat juga pandemik dan epidemik lain. Wabak kolera, campak dan demam kuning dapat merebak dengan cepat serta boleh membawa maut. Malaria dianggap endemik di lebih 100 negara. Berjuta-juta hidup dengan HIV/ AIDS dan tuberkulosis. 

There are many children in the Guéckédou Ebola case management centre. Some are orphans, which makes caring for them more complex. Staff easily become attached to these patients, whom they are the only ones to touch and comfort through two pairs of gloves and a mask. Photo: Julien Rey/MSF

Guinea © Julien Rey/MSF

Kini, COVID-19 mendatangkan kesan kepada hampir setiap negara dan wilayah di bumi, menjangkiti puluhan juta orang dan mengakibatkan lebih satu juta kematian. Di hampir setiap negara, setiap wilayah, setiap projek, di sekitar Eropah, Asia Tenggara, Afrika dan Timur Tengah, kami telah menyokong tindakan terhadap COVID-19. 

Pembantu rumah asing di Hong Kong 

Di Hong Kong, kami sangat prihatin terhadap kesejahteraan mental masyarakat semasa pandemik koronavirus, terutama dalam kalangan kumpulan rentan yang mungkin mengalami kesukaran dalam mencari pertolongan. Satu tinjauan menunjukkan 72 peratus pembantu rumah asing yang memberi maklum balas, mengalami gejala berkaitan kemurungan. Sejumlah 47 peratus yang menyertai tinjauan meminta pertolongan daripada rakan sekerja mereka di Hong Kong. 

Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) menyediakan program latihan untuk ketua masyarakat di Hong Kong. Dengan melengkapkan mereka kemahiran mendengar secara aktif serta pertolongan cemas psikologi, sasaran utama kami untuk memberi mereka kekuatan demi menyokong rakan dengan lebih baik serta memahami batasan mereka sendiri ketika menolong orang lain. 

Karen Lau, Penyelia Kesihatan Mental MSF, berkata, “Sumber untuk penjagaan kesihatan mental pembantu rumah asing di Hong Kong cukup terhad. Namun, kami mengenal pasti bagaimana semangat komuniti yang unik dan jaringan antara rakan mereka dapat dimanfaatkan untuk memupuk sokongan sosial serta meningkatkan pemahaman tentang kesihatan mental. Ini kemudian membolehkan pembantu rumah asing melindungi diri mereka sendiri dan orang lain dengan lebih baik ketika waktu yang mencabar. " 

Kami juga mengendalikan aktiviti pendidikan kesihatan COVID-19 di Hong Kong, menyebarkan risalah dalam Bahasa Tagalog dan Indonesia serta bahasa lain, mengatur sesi pembelajaran dan menjawab soalan. Pasukan perubatan kecemasan menghubungi penduduk rentan di Hong Kong: warga tua, pembersih jalanan, orang cacat penglihatan, gelandangan, etnik minoriti, pendatang dan pencari suaka. Selain berkongsi maklumat pendidikan kesihatan, sesi soal jawab khas disediakan untuk menangani kebimbangan dan permasalahan utama mereka. 

Ketua komuniti di Indonesia 

Ketika awal pandemik COVID-19, perasaan panik mula tersebar ke seluruh masyarakat Indonesia ketika kes dilaporkan oleh pihak berkuasa kesihatan. Khabar angin, mitos dan berita palsu semakin meningkat. Pemimpin dan pegawai masyarakat dihujani pertanyaan daripada anggota masyarakat yang meminta fakta jelas mengenai COVID-19. Terlalu banyak maklumat yang datang daripada terlalu banyak sumber - media sosial, kumpulan sembang, dan laporan berita di TV, radio dan media cetak. Keadaan bertambah buruk ketika desa Kalibata, di kecamatan Pancoran, diisytiharkan sebagai zon merah COVID-19. 

Satu pasukan daripada Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) menilai keadaan di kampung Kalibata. Mereka mendapati kekeliruan dan ketakutan meluas di Jakarta Selatan dan sukar bagi kebanyakan penduduk tempatan untuk mencari sumber maklumat COVID-19 yang dipercayai. 

"Kami dapati pusat kesihatan masyarakat, atau Puskesmas, sangat mengharapkan sokongan kami," kata Dr Dirna Mayasari, timbalan koordinator perubatan di Indonesia. Puskesmas mengundang pemimpin masyarakat, pemimpin agama dan mereka yang dilatih untuk melatih orang lain bagi menyuarakan kebimbangan melalui sebuah pertemuan.  

“Masyarakat memerlukan nasihat jelas tentang bagaimana melindungi diri mereka daripada COVID-19. Tetapi mereka juga mahu bersuara. Semua maklumat yang mereka dapat hanyalah komunikasi sehala, ”kata Mayasari. “Mereka menginginkan peluang untuk mengajukan pertanyaan, membincangkan kebimbangan dan menperjelaskan kaedah terbaik untuk mencegah virus baharu ini. Mereka juga ingin berkongsi cara menyebarkan maklumat dalam komuniti mereka." Oleh itu, kami memutuskan untuk membawa maklumat lebih dekat dan mula mengadakan latihan bersemuka untuk ketua rumah tangga yang membentuk komuniti.

Penduduk miskin dan miskin bandar di Filipina

COVID-19 terbukti membawa cabaran bagi sistem penjagaan kesihatan dalam segala bentuk, tetapi menjadi lebih sukar di tempat-tempat yang sedang pulih daripada konflik, serta di kawasan bandar yang padat. Kebersihan menjadi perhatian apabila akses kepada air bersih terhad. Pencegahan dan kawalan jangkitan adalah cabaran lebih besar apabila jarak fizikal hampir mustahil. 

Pada 2017, kumpulan bersenjata mengepung kota Marawi di bahagian selatan Filipina. Konflik meletus antara tentera Filipina dan kumpulan itu. Pengepungan berlangsung lima bulan dan memaksa sekitar 370,000 penduduk tempatan meninggalkan rumah mereka. Lebih tiga tahun kemudian, sekitar 70,000 orang terus hidup dalam keadaan teruk di tempat perlindungan sementara, manakala 50,000 lagi dianggarkan tinggal di rumah anggota keluarga lain. Selepas pengepungan itu, petugas lapangan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) memastikan mereka yang meninggalkan kediaman mendapat akses kepada air percuma dan bersih. Sokongan kemudian diperluaskan dalam bentuk rawatan kesihatan mental, serta bantuan ke atas tiga pusat kesihatan di daerah itu, merawat penyakit tidak berjangkit, seperti hipertensi dan diabetes, serta menyediakan ubat percuma. 

Ketika pandemik COVID-19 bermula dan arahan kuarantin dalam komuniti dikenakan, konsultasi perubatan di kemudahan kesihatan ditangguhkan. Kurangnya akses kepada air bersih susulan cadangan untuk mencegah penyebaran virus itu, sangat mencabar. Pesakit yang menderita penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi atau diabetes, sangat rentan terhadap virus. Pasukan melakukan lawatan ke rumah untuk memastikan pesakit terus menerima ubat mereka dan membuat sebaran tentang virus serta bagaimana melindungi diri dan keluarga daripada penyakit tersebut. 

Di ibu kota Manila, kawasan setinggan di Tondo sangat padat, menjadikan pengasingan rumah hampir mustahil. Disebabkan sekatan pergerakan dan perniagaan tertutup, banyak juga yang tidak bekerja. Untuk membantu mereka yang menjalani kuarantin di rumah, pasukan kami menyediakan lebih 2,000 kit kebersihan COVID-19, antara lain mengandungi pelitup muka pakai buang, termometer, alkohol, sabun tangan dan kad hubungan pekerja sosial. Petugas juga menyediakan alat kebersihan untuk kontak mereka, dengan item serupa dalam kandungan. Oleh kerana mereka yang berada dalam kuarantin tidak dapat bekerja, kami berkolaborasi dengan jemaah berasaskan agama, Missionaries of Charity, untuk menyediakan bungkusan makanan mengikut keperluan. 

Hospital San Lazaro di Manila pada mulanya mempunyai dua Unit Rawatan Rapi COVID-19 yang masing-masing dapat menampung 10 pesakit. Terdapat juga satu wad dengan 20 katil, satu wad lelaki dewasa yang menempatkan 20 katil pesakit, dan satu wad wanita dewasa dengan 20 katil pesakit. Kami meningkatkan ujian SLH COVID-19, pengurusan data dan kemampuan pengurusan kes COVID-19 dengan peralatan bioperubatan, ubat-ubatan, persediaan perubatan, peralatan pelindung diri, dan latihan untuk pencegahan dan kawalan jangkitan. 

Kami menyokong Hospital San Lazaro dari segi sumber manusia, untuk membantu di Jabatan Makmal dan Epidemiologi, di wad COVID-19, triage COVID-19 dan wad tuberkulosis. Selain kakitangan, peralatan dan perubatan, kami juga menyokong SLH dengan peningkatan infrastruktur. 

Kisah dari lapangan: Amalan keagamaan ketika pandemik  

Chika Suefuji, koordinator projek di Marawi, berbicara tentang cabaran yang dihadapi oleh ketika perintah kuarantin komuniti dikenakan pada Mac 2020. 

"Orang tidak dapat ke masjid, yang merupakan satu amalan terpenting pada Ramadan. Ada yang kecewa mengetahui mereka harus beramal pada Ramadan dengan cara berbeza; ada yang mempersoalkan keputusan ini, memandangkan hanya beberapa kes jangkitan COVID-19 sahaja dilaporkan di kawasan ini. Kami membincangkan perkara ini bersama masyarakat dan pemimpin agama, menerangkan bagaimana virus itu menyebar. Mereka memahami dengan baik dan mengeluarkan pernyataan yang meminta semua orang untuk mengikuti langkah keselamatan. Pendekatan ini membantu menyebarkan maklumat tepat dan meyakinkan sejumlah besar penduduk untuk mengikuti langkah tersebut. Secara keseluruhan, setiap orang menghormati perintah sosial untuk melindungi keluarga dan komuniti mereka, dan ini membantu dalam membendung virus tersebut dalam masyarakat. " 

Kisah dari lapangan: Pek makanan dan bantuan kecemasan psikologi untuk mengharungi kuarantin 

Disebabkan kesukaran yang ditimbulkan oleh pandemic COVID-19, banyak keluarga di Tondo mengalami kegelisahan dan kemurungan. Lyka Lucena bertugas sebagai pekerja sosial kesihatan mental, dan dia berkata, “Mereka bimbang menjangkiti orang lain terutama mereka yang disayangi. Mereka juga takut jatuh sakit atau mendapat COVID-19 lagi. Sebilangan besar pesakit mengalami kesunyian kerana berjauhan dengan keluarga mereka. Banyak yang berkongsi perasaan marah, kecewa, dan tidak berdaya dengan keadaan mereka. " 

Pasukan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) menawarkan sokongan kesihatan mental jarak jauh kepada mereka yang mengasingkan diri di rumah. “Kami berusaha membantu meringankan penderitaan mereka dengan mengenal pasti serta menekankan strategi menangani kesihatan dan menetapkan cara untuk menolong diri mereka sendiri. Kami juga memastikan untuk menangani perasaan diskriminasi dan stigmatisasi. Kami juga menggalakkan pesakit untuk berhubung dengan orang yang mereka sayangi,” kata Lucena. 

Migran dan pelarian di Malaysia 

Malaysia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang kuat, tetapi COVID-19 menunjukkan dasar pengecualian sosial dan akses terhad kepada penjagaan kesihatan boleh memberi kesan kepada masyarakat keseluruhan. Walaupun kerajaan memutuskan untuk memastikan akses percuma kepada ujian COVID-19 bagi semua orang, namun pelarian dan pendatang masih berterusan bimbang ditangkap dan ditahan. Ketakutan ini wujud di rumah dan di jalanan - kerana serbuan imigresen sering berlaku – termasuklah di kemudahan penjagaan kesihatan. 

Inilah sebabnya kami meminta kerajaan untuk menarik Pekeliling 10/2001, di mana penyedia layanan kesihatan wajib melaporkan ‘pendatang asing tanpa izin’ (PATI) yang mendapatkan khidmat kesihatan kepada polis dan pihak imigresen. Kami juga meminta akses kepada insurans kesihatan bersubsidi dan status undang-undang bagi pendatang tidak sah dalam perundangan Malaysia, yang mengecualikan mereka daripada Akta Imigresen. 

Kami juga mendesak kerajaan Malaysia berhenti menyasarkan pendatang dan pelarian dalam serbuan imigresen, yang lebih berisiko menyebabkan penyebaran COVID-19 di pusat tahanan. 

Selain menyuarakan mengenai status pelarian dan pendatang tidak tetap, di Pulau Pinang kami menyediakan pendidikan kesihatan COVID-19 dalam pelbagai bahasa, termasuk Rohingya dan Burma, bersama terjemahan di hospital. Kami juga mengadakan kempen promosi kesihatan COVID-19 untuk pelarian Rohingya melalui rangkaian berita Rohingya dalam talian. 

Kami bersuara 

Memandangkan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) diasaskan oleh wartawan dan doktor, kami tidak berpuas hati sekadar melakukan tugas perubatan kemanusiaan. Kami merasakan bahawa dengan bersuara - apa yang kami panggil ‘temoignage’ - adalah elemen penting dalam tugas yang kami lakukan. 

‘Temoignage’ dilakukan dengan tujuan memperbaiki keadaan bagi penduduk yang berada dalam bahaya. Apabila kita menyaksikan pelanggaran hak asasi manusia secara besar-besaran, seperti pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, penghantaran pulang pelarian secara paksa, kita boleh bersuara secara terbuka. Bersuara termasuk berkempen dan melobi untuk mendapatkan akses yang lebih adil kepada penjagaan kesihatan, seperti kempen selama bertahun-tahun untuk menurunkan harga ubat tuberkulosis, dan terbaru untuk memastikan bahawa negara miskin akan mendapat bekalan vaksin COVID-19 yang mencukupi. 

Terdapat beberapa kes yang mungkin demi kepentingan terbaik bagi mangsa untuk MSF memberikan bantuan tanpa bersuara secara terbuka atau mengecam tanpa memberikan bantuan, misalnya ketika bantuan kemanusiaan dimanipulasi. 

Kami yakin penting untuk bersikap jujur ​​mengenai kesukaran menyampaikan bantuan perubatan dalam keadaan kecemasan, dan kami tidak selalu melakukannya dengan betul. Oleh itu, kami terus memikirkan dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Kami komited untuk menilai kesan aktiviti kami secara berkala, dan menjelaskan tindakan kami kepada pesakit dan penderma kami. 

Kami adalah bebas  

Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) adalah pertubuhan swasta antarabangsa. Pertubuhan MSF terdiri terutamanya daripada doktor dan pekerja sektor kesihatan dan juga terbuka untuk semua profesion lain yang mungkin dapat membantu mencapai sasarannya.  

Kita jarang mengambil dana dari kerajaan untuk tugas kita, tetapi bergantung terutamanya pada kemurahan hati individu anggota masyarakat. Lebih 90 peratus dana kita datang daripada penderma swasta yang menyumbang sejumlah kecil. Kebebasan kewangan kita juga bermaksud bantuan yang kita berikan tidak boleh digunakan untuk memajukan tujuan politik kerajaan atau sasaran ketenteraan. 

Kami berusaha untuk memastikan penilaian keperluan perubatan, dan akses kepada pesakit tanpa sekatan. Ini bermaksud apabila berlaku kecemasan, kita dapat bertindak pantas dengan menggunakan dana daripada sumbangan swasta untuk menyelamatkan nyawa, berdasarkan penilaian keperluan secara bebas. 

Pendekatan kami selalunya selalu selesa seperti gaya sektor amal biasa. Kami tidak pernah melancarkan rayuan kecemasan kecuali yakin bahawa kami dapat membelanjakan wang untuk krisis tertentu; tidak ada agenda tersembunyi untuk mengalihkan wang ke bahagian lain organisasi. 

Kami bahkan menawarkan wang kembali apabila kemurahan hati orang ramai melebihi sambutan, setidaknya memastikan penyokong kami gembira kerana wang mereka dibelanjakan di tempat lain. Kecuali untuk rayuan kecemasan, kami meminta penderma menyumbang kepada dana am kami, menyumbang kepada simpanan kecemasan yang sedia digunakan apabila bencana melanda. 

Menurut laporan aktiviti 2019, lebih 6.5 juta penderma individu dan institusi swasta (syarikat swasta dan yayasan) menyediakan 96.2 peratus daripada €1.63 billion dana yang dikumpul. 

Dana kami banyak bergantung pada individu yang menyumbang dalam jumlah kecil. Ini membantu memastikan kebebasan operasi kita dan fleksibiliti untuk bertindak balas dengan segera terhadap krisis yang paling mendesak, termasuk krisis yang dilaporkan ataupun diabaikan. 

Sejak 2016, kami menolak untuk mengambil dana daripada Kesatuan Eropah, negara-negara aanggota dan Norway, sebagai menentang polisi pencegahan migrasi mereka yang merosakkan serta peningkatan usaha mereka untuk menolak sesiapa sahaja menjauhi pantai Eropah. 

Malah, kami tidak menerima sumbangan daripada syarikat dan industri yang kegiatan utamanya mungkin bertentangan langsung, atau membataskan kemampuan kami untuk meneruskan tugas berkaitan perubatan kemanusiaan. Oleh itu, kami tidak menerima wang dari: syarikat farmaseutikal dan bioteknologi; industri pengekstrakan (seperti minyak, gas asli, emas atau berlian); syarikat tembakau; dan pengeluar senjata. 

Severe burn victims in MSF Drouillard hospital. Photo:Yann Libessart/MSF

Haiti. © Yann Libessart/MSF

No safe haven for Iraq’s displaced. Photo: Mohammad Ghannam/MSF

Iraq © Mohammad Ghannam/MSF

All survivors were triaged by MSF medics and assisted by the Sea-Watch protection team upon embarkation. Photo: Chris Grodotzki/Sea-Watch.org

Mediterranean Sea © Chris Grodotzki/Sea-Watch.org

Kami neutral dan tidak berpihak 

Kami memberikan rawatan perubatan percuma kepada mereka yang sangat memerlukannya. Tidak kiralah negara atau wilayah mana mereka berasal, dan tanpa mengira bangsa, jantina, serta kedudukan dan kepentingan politik, ekonomi atau agama mereka. Kami memberi keutamaan kepada mereka yang berada dalam bahaya paling serius dan segera. 

Kami tidak memihak dan menyokong apa-apa agenda dalam konflik bersenjata, tetapi pergi ke mana keperluan perubatan amat diperlukan. Ada ketika kami tidak berada di semua pihak dalam konflik; ini mungkin kerana akses bantuan ditolak, atau disebabkan keadaan tidak selamat, atau kerana keperluan utama penduduk sudah dilindungi. 

Di hospital lapangan, bukan suatu yang luar biasa apabila orang awam yang cedera berada bersebelahan tentera yang cedera dari pihak lawan. Peluru dan senjata harus ditinggalkan di pintu pagar. 

Kami rawat pesakit dengan bermaruah 

Tindakan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) adalah perubatan pertama dan paling penting. Kami menjalankan tugas dengan menghormati peraturan etika perubatan, khususnya untuk memberikan perawatan tanpa menimbulkan bahaya kepada individu atau kumpulan. Kami menghormati autonomi, kerahsiaan dan hak pesakit untuk mendapat persetujuan. Kami memperlakukan pesakit dengan harga diri, serta menghormati kepercayaan budaya dan agama mereka. Sesuai dengan -prinsip ini, kami berusaha memberikan rawatan perubatan berkualiti tinggi kepada semua pesakit. 

Pediatric services in Zahle hospital, Bekaa Valley. Photo: Florian SERIEX/MSF

Lebanon © Florian Seriex/MSF

Kids’ Zone at MSF Thalassemia programme. Photo: Joffrey Monnier/MSF

Lebanon © Joffrey Monnier/MSF

Aquarius Search and Rescue Dec - Jan 2017. Photo:Federico Scoppa

Mediterranean Sea © Federico Scoppa

Sertai kami 

Setiap tahun Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) menghantar sekitar 3,000 pekerja lapangan antarabangsa untuk bekerja bersama 32,000 kakitangan tempatan yang diambil bekerja di pelbagai -negara untuk memberikan bantuan perubatan kecemasan kepada penduduk yang kelangsungan hidup mereka terancam oleh konflik bersenjata, wabak, kekurangan zat makanan, pengecualian daripada penjagaan kesihatan atau bencana alam. Pada mana-mana satu hari, lebih 30,000 kakitangan kemanusiaan perubatan dari seluruh dunia didapati memberikan bantuan kepada mereka yang mengalami krisis. 

Mereka termasuk doktor, jururawat, bidang, pakar bedah, pakar bius, ahli epidemiologi, psikiatri, psikologi, ahli farmasi, juruteknik makmal, pakar logistik, jurutera air dan sanitasi, pentadbir dan pelbagai jenis staf sokongan dan pekerja lapangan. 

Lebih 90 peratus kakitangan kami direkrut secara tempatan, dan mereka bekerja dalam program kami bersama sebilangan kecil kakitangan antarabangsa. 

Menurut kemas kini lapangan 2019, kira-kira 65,000 kakitangan dari MSF memberikan bantuan perubatan dan kemanusiaan di lebih 70 negara. 

Program kami disokong oleh kakitangan di pejabat eksekutif kami. Pasukan komunikasi, advokasi, pengumpulan dana, kewangan dan sumber manusia semuanya menyumbang untuk memastikan kami memberikan bantuan perubatan yang berkesan kepada mereka yang sangat memerlukannya. Projek penyelidikan lapangan dan jabatan perubatan pakar serta sokongan logistik memastikan inovasi dan kemajuan dalam penyelidikan diterapkan dalam tugas kami di klinik dan hospital di seluruh dunia. 

Kami merekrut pekerja bidang perubatan dan bukan perubatan. Semua kakitangan kami adalah profesional yang memilih untuk bekerja di MSF kerana komitmen dan perhatian terhadap kesihatan serta kelangsungan hidup.