Proses pengambilan
Anda dinasihat meluangkan sebanyak lama mungkin masa sebelum dapat ke lapangan, mengambil kira proses yang merangkumi temu duga, pemeriksaan pengambilan, dan kursus pra-pelepasan. Kadang-kadang ia mengambil masa enam bulan atau lebih lama membabitkan permohonan hinggalah ke lapangan. Proses biasa pengambilan dan langkah-langkah terbabit dijelaskan secara terperinci di bawah.
Langkah 1 : Kaji jika anda sesuai dengan profil lapangan kami.Kaji profil anda dan jika boleh hadiri sesi informasi Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF). |
Langkah 2 : Sediakan permohonan anda dan mohon secara dalam talian.Pemohon melengkapkan borang permohonan dalam talian, termasuk CV terkini dan borang penilaian kendiri kemahiran. Untuk sesetengah profil, bukti diploma dan rujukan diperlukan.. |
Langkah 3: Permohonan anda kemudian akan dinilai oleh pegawai pengambilan, sesetengah profil dinilai secara teknikal untuk pengesahan tambahan.Selected profiles would also undergo additional technical skills assessment and validation, those applicants will be asked to fill in additional forms. The application review can take approximately four weeks after receiving the application. |
Langkah 4: Pemohon berjaya disaring dijemput menghadiri temu duga bersama pegawai pengambilan.Temu duga berlangsung dalam talian jadi pastikan anda mempunyai sambungan Wi-Fi yang baik, panggilan video/ kamera dan privasi untuk memudahkan anda fokus kepada temu duga. (Dalam sesetengah situasi, mungkin diperlukan temu duga atau penilaian secara berdepan, namun disebabkan COVID-19 penilaian secara berdepan ditangguhkan sementara sehingga notis lanjut). |
Langkah 5: Selepas melepasi temu duga dan semakan rujukan, calon dijemput menghadiri kursus induksi bukan teknikal.Kursus induksi ini biasanya belangsung kira-kira 3 hari dan ia sebahagian proses pengambilan. Sesetengah calon masih boleh ditolak atau mungkin memerlukan penilaian tambahan. |
Langkah 6: Anda akan dipadankan mengikut keperluan lapangan (kekosongan/ jawatan) berdasarkan profil anda (serta keberadaan).Selepas berjaya menamatkan kursus induksi, calon diterima masuk ke dalam kelompok staf lapangan aktif. Penempatan dalam tugasan lapangan semuanya bergantung kepada keperluan lapangan, dan boleh mengambil masa beberapa bulan bermula penerimaan ke dalam kelompok aktif. |
Langkah 7: Anda diterangkan mengenai jawatan dan konteks.Anda akan dipadankan dengan misi lapangan berdasarkan profil anda dan keberadaan. Selepas dipadankan, visa anda, penerbangan, penerangan dan aspek praktikal lain akan diuruskan untuk mempersiapkan anda menyertai pasukan lapangan. |
Senarai semak pengambilan
Sebelum memohon, sila teliti dan lengkapkan senarai semak pengambilan kami.