Kriteria penting
Ini gambaran umum mengenai keperluan minimum untuk bekerja bersama Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF). Keperluan ini mungkin berubah mengikut tuntutan organisasi dan lapangan.
Sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman profesional
Kami memerlukan pengalaman profesional minimum dua tahun dalam bidang berkaitan kepakaran anda. Sila rujuk profesion khusus anda untuk maklumat lanjut mengenai kemahiran teknikal tambahan diperlukan bagi setiap jawatan.
Ketersediaan dan tempoh misi
- Untuk kebanyakan profil, kami memerlukan ketersediaan sekurang-kurangnya 9 hingga 12 bulan bagi misi pertama
- Untuk sesetengah profil pakar termasuk pediatrik, jururawat neonatal dan pediatrik, doktor unit rawatan rapi dan doktor kecemasan minimum 6 bulan ketersediaan diperlukan.
- Bagi pakar bedah, pakar bius, jururawat bilik bedah, dan ob-gyns kami memerlukan minimum 6 hingga 8 bulan ketersediaan.
Untuk misi pertama anda, kebanyakan profil dikehendaki mempunyai ketersediaan untuk tempoh antara 9 hingga 12 bulan. Tempoh untuk tugasan berikutnya pula bergantung tuntutan projek dan aktiviti.
Kami menuntut komitmen ketersediaan lebih lama untuk tugasan pertama disebabkan tanggungjawab besar dijangka dipikul pekerja kami; masa diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan projek dan konteks; serta keperluan kesinambungan dalam kalangan staf lapangan demi kebajikan kakitangan tempatan yang kami ambil bekerja serta pesakit kami.
Tugas tertentu mungkin juga memerlukan pelepasan dengan notis singkat, berikutan sesetengah projek kami dilancarkan sebagai tindak balas kepada krisis. Kami sentiasa mencari calon yang komited kepada karier jangka panjang dalam bantuan kemanusiaan.
Kemahiran bahasa
Fasih berbahasa Inggeris diperlukan dengan tahap minimum:
- B1 untuk CEFR/Common European Framework of Reference for Languages atau;
- Markah ujian 4-5 untuk IETL/International English Language Testing System.
Kemahiran bahasa lain adalah satu kelebihan (contoh bahasa Arab, Perancis atau Sepanyol) dan ia akan membuka lebih peluang bagi penempatan. Untuk bahasa lain, kefasihan amat berharga tetapi ia bukanlah kepentingan - tahap pertuturan yang kompeten sudah mencukupi.
Berpengalaman di kawasan sumber terhad, terpencil dan pedalaman
Pengalaman bekerja di kawasan berpendapatan rendah, terpencil dan pedalaman serta negara membangun adalah diperlukan.
Kemampuan untuk hidup dan bekerja dalam pasukan yang pelbagai
Pasukan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) terdiri profesional perubatan dan bukan perubatan daripada pelbagai lapisan latar belakang kerakyatan dan budaya yang hidup serta bekerja bersama. Waktu bekerja panjang dan keadaan hidup mungkin sekadar asas dengan sedikit privasi.
Anda perlu memiliki kemahiran interpersonal yang baik dan kesediaan untuk berinteraksi dengan mereka yang datang daripada segala jenis kerakyatan dan budaya. Walaupun ganjarannya mewah, ia mungkin mengundang cabaran untuk anda bekerja, hidup dan berkomunikasi dengan individu yang mana bahasa dan budaya berbeza daripada anda. Kemampuan dan kesediaan anda untuk menyerap kepelbagaian ini adalah penting.
Kemampuan mengendalikan tekanan
Pekerja lapangan mestilah mampu untuk menangani persekitaran yang sukar dan tidak dijangka serta menerima budaya lokal, keadaan hidup, peraturan keselamatan dan dinamik pasukan. Walaupun dalam kawasan lebih stabil, beban kerja yang besar dan kehidupan berpasukan mungkin mencetus tekanan.
Anda perlu memiliki kemampuan untuk menangani persekitaran sukar dan luar jangka. Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) menawarkan sokongan kepada kakitangan lapangan dalam menangani tekanan sebelum, ketika dan selepas misi.
Fleksibiliti dan kemampuan menyesuaikan diri
Situasi di lapangan boleh bertukar dengan cepat. Tanggungjawab, pergerakan, protokol keselamatan, komposisi pasukan dan persekitaran kerja mungkin berubah sewaktu penugasan anda.
Sikap fleksibel dan boleh menyesuaikan diri, baik secara personal atau profesional, penting untuk menjamin kejayaan dalam projek Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF)
Mempamerkan kapasiti untuk pengurusan pasukan, penyeliaan dan latihan
Kakitangan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) mungkin ditempatkan untuk jawatan penyeliaan dan pengurusan di lapangan. Untuk kebanyakan jawatan, satu daripada tanggungjawab utama adalah untuk menguruskan pasukan terdiri penduduk tempatan dan/atau staf antarabangsa, membina kapasiti mereka, mengendalikan bengkel latihan dan melaksanakan tanggungjawab perancangan serta pentadbiran untuk jabatannya, termasuk pengurusan prestasi dalam kalangan staf.
Bersedia untuk potensi bekerja di persekitaran tidak stabil dan kawasan yang memerlukan tahap keselamatan tinggi
Keselamatan dan sekuriti staf kami menjadi satu keutamaan. Anda mungkin diminta tinggal dan bekerja di negara yang tidak stabil atau persekitaran konflik. Untuk semua projek kami, ada penilaian sekuriti dan protokol tersedia untuk mengehadkan risiko sebanyak mungkin. Ia mustahil untuk mengelak semua risiko, namun kami melakukan yang terbaik sebagai sebuah organisasi untuk mengurangkan semua risiko ini melalui protokol sekuriti kami yang ketat.
Bekerja untuk Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) sepenuhnya adalah pilihan peribadi; semua individu mesti menentukan untuk diri mereka sendiri tahap risiko serta keadaan di mana mereka merasakan selesa.
Kemahiran komputer
Ketika bekerja bersama Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) anda mungkin diminta menulis dan menyerahkan pelbagai laporan, atau terlibat dengan pengumpulan data. Ia satu keperluan untuk anda mempunyai asas kemahiran komputer dan boleh menggunakan aplikasi Microsoft Office (seperti Word, Excel dan PowerPoint). Walaupun tidak diperlukan, pengalaman menggunakan sebarang perisian pangkalan data mungkin satu aset.
Memahami dan komitmen terhadap Piagam Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF)
Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) beroperasi secara bebas daripada sebarang agenda politik, ketenteraan atau keagamaan, bertindak secara neutral dan menyediakan penjagaan yang adil atas dasar keperluan semata-mata. Prinsip tindakan ini diterangkan dalam piagam penubuhan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) dan seharusnya bergema dalam sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memohon bekerja bersama Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF).
Dengan memohon untuk bekerja bersama Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) anda seharusnya sedar bahawa organisasi ini berusaha menyediakan penjagaan kesihatan kepada populasi paling rapuh, tidak kira di mana mereka berada. Anda perlu mempunyai pengetahuan yang boleh menunjukkan prinsip kemanusiaan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF), tugasan kami di seluruh dunia dan sektor kemanusiaan secara umum.
Pemohon yang layak akan dipertimbangkan untuk pengambilan tanpa mengira usia, bangsa, warna kulit, agama, jantina, asal kerakyatan, orientasi seksual, ketidakupayaan atau status veteran. Pelajari lebih lanjut mengenai komitmen tingkah laku kami, serta mengenai komitmen kami terhadap kepelbagaian, kesamaan dan kemasukan.
Senarai semak pengambilan
Sebelum memohon, sila teliti dan lengkapkan senarai semak pengambilan kami.