Skip to main content

Sudan: Doctors Without Borders menangguhkan khidmat rawatan penting di hospital Turki Khartoum

Facade of Khartoum’s Turkish hospital where MSF suspends delivery of vital care

Sejak permulaan perang, Hospital Turki menjadi sebahagian penting dalam sistem kesihatan, memberi khidmat kepada pesakit bukan sahaja dari Khartoum, tetapi lokasi lebih jauh seperti Wad Madini di negeri Al Jazirah. Sudan, Mei 2024. © MSF

“Keadaan di Hospital Turki, yang terletak dalam kawasan dikuasai RSF, tidak dapat lagi diterima. Pelbagai insiden keganasan berlaku di dalam dan di luar premis sejak 12 bulan lalu, dan nyawa kakitangan kami berulang kali terancam," kata Claire Nicolet, ketua tindak balas kecemasan Doctors Without Borders di Sudan.

“Terbaru, pada malam 17 dan 18 Jun, berdozen pejuang yang cedera dibawa ke Hospital Turki, dan pasukan kami dikejutkan secara agresif apabila tembakan Kalashnikov dilepaskan dalam bilik tidur mereka. Keganasan jenis ini terhadap kakitangan kami tidak boleh diterima. Hospital dan kemudahan kesihatan harus dilindungi dan dihormati pihak bertelagah sebagai tempat perlindungan bagi mereka yang sakit dan cedera di mana pekerja kesihatan boleh menyampaikan rawatan perubatan dengan selamat. Mereka tidak boleh membahayakan nyawa sendiri ketika cuba menyelamatkannyawa orang lain.”

Sepanjang tahun lalu, kakitangan Doctors Without Borders yang bekerja di hospital Turki sering diganggu di dalam kemudahan dan di jalanan ketika pergi dan balik kerja. Ramai diugut untuk ditangkap. Malah, pada awal Jun, seorang pekerja Doctors Without Borders ditangkap di dalam hospital oleh dua lelaki bersenjata, dibawa ke lokasi tidak diketahui, dan dipukul dengan teruk.

Pasukan itu keletihan secara fizikal dan mental. Disebabkan sekatan dikenakan pihak berkuasa Sudan sejak September – melarang pengangkutan bekalan perubatan dan kakitangan kemanusiaan ke kawasan kawalan RSF – pasukan di hospital Turki telah bekerja tanpa rehat sejak 10 bulan lalu. Sekatan itu bermakna kami tidak mungkin membawa pasukan baharu untuk menggantikan mereka, dan mereka telah bekerja tanpa rehat untuk memastikan hospital dibuka dalam keadaan tekanan yang kuat.
Claire Nicolet, Ketua Tindak Balas Kecem

Hospital Turki tetap dibuka dengan kehadiran kakitangan Kementerian Kesihatan. Bagaimanapun, pembedahan tidak akan dapat dilakukan tanpa kehadiran kakitangan Doctors Without Borders yang telah dipindahkan menyebabkan masa depan hospital tidak menentu. Sejak permulaan perang, hospital Turki menjadi bahagian penting dalam sistem kesihatan, menyediakan khidmat kepada pesakit bukan sahaja dari Khartoum, tetapi juga lokasi jauh seperti Wad Madani di negeri Al Jazirah, di mana Doctors Without Borders juga terpaksa menangguhkan operasi pada Mei 2024 disebabkan insiden keselamatan yang berulang serta halangan untuk membawa masuk kakitangan dan bekalan sepertimana yang memberi kesan kepada Khartoum.

Sebelum Doctors Without Borders menyediakan bilik kecemasan dan menaik taraf kapasiti dewan bedah di hospital Turki pada pertengahan Mei 2023, ia adalah hospital pakar wanita dan kanak-kanak. Hampir 80 peratus daripada semua prosedur pembedahan di hospital sepanjang tahun lalu adalah pembedahan caesarean yang menyelamatkan nyawa bagi wanita yang mengalami komplikasi semasa mengandung dan melahirkan anak. Akibat insiden keselamatan yang berulang ini, semua pembedahan di hospital kini dihentikan.

Doctors Without Borders juga menyediakan penjagaan sebelum bersalin, penjagaan selepas bersalin, perancangan keluarga, mengendalikan unit rawatan rapi kanak-kanak, pusat pemakanan terapeutik pesakit dalam untuk kanak-kanak yang mengalami malnutrisi akut yang teruk, serta unit neonatal - satu-satunya unit neonatal di seluruh Khartoum. Sokongan secara langsung Doctors Without Borders kepada aktiviti ini kini turut digantung.

Inside Khartoum’s Turkish hospital where MSF suspends delivery of vital care after more than a year of violent incidents at the facility

Keadaan dalam hospital Turki di Khartoum di mana Doctors Without Borders menangguhkan khidmat penjagaan penting selepas lebih setahun insiden keganasan di kemudahan itu. Sudan, Mei 2024.

Bashair Teaching Hospital di Khartoum, juga disokong Doctors Without Borders, berdepan beberapa pencerobohan bersenjata sejak beberapa bulan lalu, dan antara Oktober 2023 dan Januari 2024, Doctors Without Borders terpaksa menangguhkan pembedahan di hospital. Doctors Without Borders terus bekerja di hospital ini meskipun dengan insiden ini. Keadaan keselamatan di seluruh negara merosot dengan ketara dan terutamanya di Khartoum.

 
Doctors Without Borders menggesa pihak bertelagah melindungi orang awam dan infrastruktur awam termasuk hospital, struktur kesihatan lain. Untuk membolehkan kemudahan terus beroperasi, penting bahawa bekalan perubatan dan pekerja kemanusiaan dibekalkan dengan permit diperlukan supaya dapat bergerak merentasi barisan hadapan. Disebabkan sekatan berterusan dikenakan ke atas pertubuhan kemanusiaan oleh pihak berkuasa Sudan, banyak kemudahan bergelut untuk terus dibuka dan nyawa serta kesihatan berjuta-juta orang di Khartoum dan bahagian lain di negara itu terancam.