Skip to main content
MSB220092

Konflik Sudan

Kami menyeru dengan segera agar para penderma, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan organisasi antarabangsa meningkatkan pembiayaan serta memperluas program kesihatan ibu dan pemakanan dengan pantas.

Dua tahun perang di Sudan: Krisis semakin parah, tiada tanda akan berakhir

Kemaskini terkini

Sudan menempuh tahun kedua peperangan, dan jutaan penduduk yang terperangkap dalam krisis kemanusiaan terbesar di dunia kini berdepan keputusasaan yang semakin mendalam — tanpa sebarang petanda penghujungnya.

“Di mana sahaja anda memandang di Sudan, keperluan amat ketara — mendesak, meluas, dan belum dipenuhi. Jutaan orang hampir tidak menerima sebarang bantuan kemanusiaan, kemudahan kesihatan serta kakitangan perubatan terus menjadi sasaran serangan, manakala sistem kemanusiaan global gagal menyampaikan walaupun sebahagian kecil daripada bantuan yang amat diperlukan.”


Sudikah anda menyokong usaha kami?

Bantulah kami menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan dengan menyumbang hari ini.


Related articles

Laporan Doctors Without Borders mendedahkan kadar kematian tinggi dalam kalangan wanita hamil dan kanak-kanak di Darfur Selatan
Laporan Doctors Without Borders mendedahkan kadar kematian tinggi dalam kalangan wanita hamil dan kanak-kanak di Darfur Selatan
Terdorong untuk dilupakan: harga akibat konflik dan pengabaian terhadap kesihatan para ibu dan anak di Darfur Selatan memdedakan bahawa dalam hanya du...
Sudan: Bantuan segera diperlukan untuk mereka yang kelaparan akibat sekatan di Kem Zamzam
Sudan: Bantuan segera diperlukan untuk mereka yang kelaparan akibat sekatan di Kem Zamzam
Segala usaha mesti diambil supaya akhirnya dapat menghantar makanan, ubat-ubatan dan bekalan-bekalan penting kepada komuniti-komuniti yang disekat dan...
Sudan: 500 hari peperangan, bantuan yang gagal, dan keperluan perubatan yang semakin meningkat
Sudan: 500 hari peperangan, bantuan yang gagal, dan keperluan perubatan yang semakin meningkat
Lebih setengah juta pelarian Sudan sudah menetap di timur Chad sejak meletusnya peperangan itu. Pihak-pihak yang berperang di Sudan mesti memben...
Sudan sedang berdepan malapetaka besar ciptaan manusia
Sudan sedang berdepan malapetaka besar ciptaan manusia
Doctors Without Borders menggesa peningkatan tindak balas kemanusiaan yang segera dan pantas. Selepas setahun perang, bantuan disediakan kepada...
Sudan: Keperluan kemanusiaan yang semakin meningkat selepas setengah juta orang melarikan diri dari keganasan di Wad Madani
Sudan: Keperluan kemanusiaan yang semakin meningkat selepas setengah juta orang melarikan diri dari keganasan di Wad Madani
Perang di Sudan telah mengambil giliran baru. Pertempuran hebat dan perubahan dinamik ketenteraan telah menyebabkan penderitaan yang tidak terkira, be...
Sudan: Doctors Without Borders gesa keselamatan pasukan perubatan ketika pertempuran meningkat di Sudan
Sudan: Doctors Without Borders gesa keselamatan pasukan perubatan ketika pertempuran meningkat di Sudan
Sejak Sabtu 15 April, pertempuran sengit telah berlaku antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum dan bahagian ...
Sudan: Hujung minggu paling ramai maut di Khartoum sejak konflik bermula
Sudan: Hujung minggu paling ramai maut di Khartoum sejak konflik bermula
Minggu lalu, pasukan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) merawat lebih 100 orang yang tercedera di dua lokasi berbeza di Khartoum...

Apa impak perang ini di Sudan?

Sebelum keganasan meningkat pada April 2023, sistem kesihatan sangat tidak stabil, dengan indeks kesihatan rendah secara berterusan dan jurang besar antara kawasan bandar dan luar bandar, serta antara yang kaya dan yang miskin.

Doctors Without Borders kini bekerja dan menyokong lebih daripada 30 kemudahan kesihatan di 10 negeri di Sudan: Khartoum, Al Jazirah, White dan Blue Nile, Al Gedaref, Darfur Barat, Darfur Utara, Selatan dan Tengah dan Laut Merah. Pasukan kami juga baru-baru ini campur tangan di Kassala. Kami menjalankan aktiviti di kawasan terkawal SAF dan RSF. Kami menyediakan penjagaan trauma, penjagaan ibu dan merawat kekurangan zat makanan bersama perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lain.

Keperluan di seluruh negara besar dan sebahagian besarnya tidak dipenuhi. Sejak April 2023, lebih setengah juta orang mendapatkan konsultasi perubatan di hospital, kemudahan kesihatan dan klinik bergerak yang kami sokong.

Di kawasan-kawasan panas keganasan, kekejaman-kekejaman telah dilakukan, orang-orang awam telah disasarkan secara etnik dan telah dibunuh.

  • Pada Jun, lebih 1,500 rakyat Sudan yang telah tercedera akibat perang diterima di hospital di Adré (Chad) yang disokong Doctors Without Borders dalam satu minggu. 
  • Kami merawat mangsa-mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual. Antara Julai dan Disember 2023, 135 daripada pesakit-pesakit yang dihantar ke kemudahan perubatan Doctors Without Borders di timur Chad telah mendedahkan bahawa mereka terselamat daripada rogol. Semuanya adalah wanita-wanita atau kanak-kanak perempuan, berusia antara 14 dan 40 tahun, dan kebanyakannya telah diserang sebelum ketibaan mereka di Chad. Penyerang-penyerang terbabit bersenjata dalam 90 peratus kes, dan 40% daripada mangsa-mangsa yang terselamat telah dirogol oleh beberapa penyerang.

 

Kesan-kesan kesihatan tidak langsung akibat peperangan ini sama-sama dahsyat. Antara 70 dan 80% hospital-hospital di kawasan-kawasan yang dilanda konflik tidak lagi berfungsi. Ramai yang terpaksa melakukan perjalanan jarak jauh, selalunya dalam keadaan rasa tidak selamat yang melampau, untuk mendapatkan rawatan perubatan. Pesakit-pesakit seringkali lewat tiba ke fasiliti-fasiliti kesihatan.

Keadaan-keadaan hidup yang buruk, kekurangan akses-akses kepada air bersih, kekurangan vaksinasi-vaksinasi dan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan bergabung untuk mewujudkan kondisi untuk wabak, seperti yang telah berlaku sepanjang tahun lalu, dan memburukkan lagi prevalen penyakit-penyakit dengan ketara. Pasukan-pasukan Doctors Without Borders telah melihat lebih 100,000 kes-kes malaria, merawat lebih 2,000 orang kerana taun dan melihat beribu-ribu kes-kes campak.

Wanita hamil terutamanya yang terjejas disebabkan kekurangan akses-akses kepada penjagaan kesihatan. Sepanjang tahun lalu, Doctors Without Borders telah membantu lebih daripada 8,400 kes bersalin dan mengendalikan 1,600 pembedahan caesarean.

Satu lagi isu yang semakin meningkat adalah malnutrisi. Doctors Without Borders telah menyokong rawatan untuk lebih 30,000 kanak-kanak dengan malnutrisi akut dalam setahun.

Doctors Without Borders juga turut bertindak balas di Chad dan Sudan Selatan di mana lebih satu juga orang telah mencari perlindungan sejak permulaan peperangan di Sudan.

Keganasan yang berterusan terus meranapkan kehidupan, menyukarkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan membahayakan keselamatan petugas kesihatan. Kami menggesa semua pihak yang bertelagah agar melindungi nyawa orang awam dan tidak menjadikan mereka mangsa dalam perang terhadap kemanusiaan ini.
Ozan Agbas, Pengurus Kecemasan

Apa yang dilakukan oleh Doctors Without Borders di Sudan?

Dalam menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Sudan, Doctors Without Borders kekal komited dalam memberikan bantuan kesihatan yang menyelamatkan nyawa. Ketika ini, organisasi ini terlibat secara aktif di lebih 30 fasiliti kesihatan di 10 daripada 18 negeri di seluruh Sudan. Keutamaan kami tertumpu kepada aspek berikut:

  • Rawatan kecemasan dan pembedahan: Memberi rawatan segera kepada mangsa kecederaan akibat konflik bersenjata mahupun bukan, termasuk pembedahan trauma dan kelahiran secara pembedahan caesarean.
  • Penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak: Menyediakan rawatan penting kepada wanita hamil serta bayi dan kanak-kanak yang memerlukan pemantauan rapi.
  • Rawatan kekurangan zat makanan: Menjalankan saringan dan memberi rawatan dalam hospital serta penjagaan di rumah kepada kanak-kanak dan wanita hamil yang mengalami kekurangan zat makanan yang serius.
  • Klinik pesakit luar dan klinik bergerak: Menyampaikan perkhidmatan kesihatan asas kepada komuniti, termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal dan pelarian.
  • Kempen vaksinasi: Menjalankan imunisasi rutin serta kempen tangkapan semula untuk mengekang penyebaran penyakit.
  • Tindak balas terhadap wabak: Menghulurkan bantuan perubatan pantas bagi menangani penyakit berjangkit seperti kolera dan campak.
  • Inisiatif air dan sanitasi (WATSAN): Menyediakan tandas, memperbaiki sumber air, dan memastikan persekitaran sanitasi yang bersih demi mencegah penyakit.
  • Sumbangan bekalan perubatan: Menyokong fasiliti kesihatan tempatan dengan ubat-ubatan penting dan peralatan perubatan.
  • Pemerkasaan sumber manusia: Memberi latihan, sokongan logistik, dan insentif kepada kakitangan Kementerian Kesihatan tempatan untuk memperkukuh sistem kesihatan awam.

Doctors Without Borders terus berganding bahu dengan rakyat Sudan dalam keadaan yang mencabar ini, memastikan mereka tidak keseorangan dalam saat-saat paling genting.

MSF medical activities in Sudan

Pekerja penjagaan kesihatan dan kemudahan perubatan mesti dilindungi

Sejak permulaan konflik ini, pekerja-pekerja penjagaan kesihatan dan kemudahan-kemudahan perubatan telah diserang dan dirompak menyebabkan sebahagian besar sistem kesihatan rosak dan/atau tidak berfungsi. Dengan perpindahan yang meluas dan kejatuhan ekonomi, sistem penjagaan kesihatan kini telah terbeban dan berada di ambang kehancuran sepenuhnya dengan kebanyakan hospital-hospital tidak lagi berfungsi di negara ini. Doctors Without Borders telah meningkatkan usaha-usaha dalam membina semula kemudahan-kemudahan hospital di pelbagai lokasi di seluruh Sudan, yang sebahagian atau seluruhnya rosak atau dirompak disebabkan oleh tindakan itu atau dijadikan tidak beroperasi (terutamanya: Hospital Turki di Khartoum dan Hospital Selatan di El Fasher, Hospital Pediatrik di El Fasher, hospital Pengajaran Nyala).

Fasiliti-fasiliti utama Doctors Without Borders di Khartoum serta Darfur Selatan dan Barat telah dipecah masuk pada awal konflik dan bekalan-bekalan perubatan dan peralatan logistik yang penting telah dicuri, secara kritikal menjejaskan operasi Doctors Without Borders di Sudan.

Serangan terhadap penjagaan kesihatan
  • Sejak Doctors Without Borders telah mula menyokong hospital Al Nao di Omdurman, beberapa peluru mendarat sangat dekat, dalam jarak 500m dari hospital. Pada 9 Oktober, tembakan terkena jabatan kecemasan, membunuh dua penjaga pesakit, dan mencederakan lima orang. Empat lagi peluru telah meletup hanya di luar hospital, membunuh dua orang lagi dan menyebabkan beberapa yang lain tercedera.
  • Awal Ogos, RSF mendakwa bahawa SAF telah memindahkan orang-orang awam secara paksa dan menjadikan Al Nao sebagai hospital tentera. Pada masa itu, kakitangan Doctors Without Borders sedang merawat orang awam yang tercedera akibat peperangan di kemudahan berkenaan, satu-satunya bilik trauma yang masih berfungsi di Omdurman.
  • Memastikan kemudahan perubatan bebas senjata adalah cabaran harian di Hospital Al Nao di Omdurman dan hospital Kas di Darfur, begitu juga kemudahan-kemudahan lain di pelbagai bahagian negara ini.
Serangan ke atas kakitangan serta personel perubatan Doctors Without Borders
  • Pihak-pihak yang terbabit dengan peperangan telah melakukan keganasan secara langsung terhadap kakitangan Doctors Without Borders dan kakitangan hospital yang disokong Doctors Without Borders di Khartoum dan Darfur. Ahli pasukan dan personel perubatan yang disokong mengalami serangan fizikal secara sengaja dan langsung, gangguan, dan ugutan-ugutan, selain penahanan dan terdedah kepada bentuk penderaan lain.
  • Sesetengah kakitangan kesihatan bekerja dua syif apabila terlalu berbahaya untuk rakan sekerja mereka melakukan perjalanan. Pada 5 Oktober, seorang jururawat yang bekerja di Al Nao telah dihalang oleh seorang aktor bersenjata di sebuah pusat pemeriksaan ketika dia dalam perjalanan untuk syif petang. Mereka memukulnya dengan teruk dan meninggalkannya di jalanan. Dia tidak sedarkan diri semasa dibawa ke hospital.
  • Pada 4 Julai 2023, satu peluru sesat mengenai kawasan hospital Al Saudi (Omdurman) membunuh seorang kakitangan Kementerian Kesihatan ketika berjalan di perkarangan – memaksa hospital itu berpindah ke lokasi selamat di perkarangan hospital Al Nao.

Walaupun kes-kes di atas adalah contoh, ia tidak berlaku sebagai kes terpencil. Dalam situasi semasa, kakitangan Doctors Without Borders, pekerja-pekerja penjagaan kesihatan dan kemanusiaan secara lebih meluas terpaksa telah beroperasi dalam suasana keseluruhan yang tiada rasa selamat, ketidakaman, risiko untuk nyawa dan kesejahteraan fizikal diburukkan lagi oleh tindakan-tindakan bersasar membabitkan gangguan, syak wasangka dan penjenayahan oleh pihak berkuasa Sudan dan RSF (cth. penahanan kakitangan dan petugas-petugas kemanusiaan).

Kecemasan

Bantu kami menyediakan rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa untuk mangsa-mangsa keganasan baru-baru ini di Sudan dan pesakit-pesakit kami di lebih 70 negara di seluruh dunia. Sokong kami sekarang dengan menderma.