Laporan Doctors Without Borders mendedahkan kadar kematian tinggi dalam kalangan wanita hamil dan kanak-kanak di Darfur Selatan
Anhar Hassan Mohammed Omar, 29, dari Jir South, Nyala, bekerja syif selama 16 jam sepanjang kehamilannya untuk menampung kos rawatan dan pemakanannya. Selepas menjalani pembedahan C-section di Hospital Pengajaran Nyala, dia berasa bersyukur kepada kakitangan hospital, dan menyatakan bahawa ramai wanita hamil kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan yang sewajarnya. © Abdoalsalam Abdullah/MS
Terdorong untuk dilupakan: harga akibat konflik dan pengabaian terhadap kesihatan para ibu dan anak di Darfur Selatan memdedakan bahawa dalam hanya dua kemudahan yang disokong oleh Doctors Without Borders di Dafur Selatan direkodkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun - mewakili lebih 7% daripada keseluruhan kematian wanita mengandung atau bersalin di seluruh operasi Doctors Without Borders di serata dunia pada 2023. Sebagai tambahan, saringan ke atas 30,000 kanak-kanak membongkar kadar malnutrisi akut melebihi dua kali ganda ambang kecemasan
Nyala/Amsterdam, 25 September - Salah satu krisis kesihatan ibu dan anak terburuk di dunia sedang berlaku di Darfur Selatan, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) hari ini. Wanita hamil, bersalin, dan selepas bersalin serta kanak-kanak sedang meninggal dunia akibat penyakit yang boleh dicegah, disebabkan keperluan kesihatan yang jauh melebihi kemampuan Doctors Without Borders.
Untuk menangani krisis ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti bertindak tegas bagi mengelakkan kehilangan lebih banyak nyawa di Darfur. PBB perlu mempercepatkan pemulangan kakitangan dan agensinya ke Darfur serta menggunakan semua sumber yang ada, termasuk pengaruh politik, bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang amat memerlukannya. Hanya tindak balas antarabangsa yang diselaraskan serta disokong oleh pembiayaan kukuh dan tekanan berterusan terhadap pihak yang berperang, dapat mengelakkan kebuluran besar-besaran serta mengurangkan penderitaan berjuta-juta orang.
Ini adalah krisis yang tidak seperti krisis lain yang pernah saya saksikan sepanjang kerjaya saya. Pelbagai kecemasan kesihatan berlaku serentak, namun hampir tiada respons antarabangsa, termasuk dari PBB dan organisasi lain. Bayi yang baru lahir, wanita hamil, dan ibu baru meninggal dunia dalam jumlah yang mengejutkan; begitu banyak kematian disebabkan oleh keadaan yang sebenarnya boleh dicegah. Namun, sistem kesihatan hampir lumpuh secara besar-besaran, yang telah meningkatkan penderitaan berjuta-juta orangDr Burkhardt,pengurus aktiviti kesihatan
Fadila Mohammed Abdullah, 28 tahun, menetap di bandar Nyala. Dia kerap datang untuk pemeriksaan dan menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan di Hospital Pengajaran Nyala kerana kemudahan serta ketersediaan perkhidmatannya © Abdoalsalam Abdallah/MSF
Dari Januari hingga Ogos di Darfur Selatan, terdapat 46 kematian ibu di Hospital Pengajaran Nyala dan kawasan luar bandar Kas, di mana pasukan Doctors Without Borders menyediakan penjagaan obstetrik dan perkhidmatan lain. Kekurangan kemudahan kesihatan yang berfungsi dan kos pengangkutan yang tinggi menyebabkan ramai wanita tiba di hospital dalam keadaan kritikal. Sekitar 78 peratus daripada kematian ini berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas kemasukan ke hospital.
Sepsis adalah punca utama kematian ibu di semua kemudahan yang disokong oleh Doctors Without Borders di Darfur Selatan. Kekurangan kemudahan kesihatan yang berfungsi memaksa wanita melahirkan anak dalam persekitaran yang tidak bersih, yang kekurangan keperluan asas seperti sabun, alas bersalin bersih, dan peralatan yang disterilkan. Tanpa keperluan asas ini, wanita mudah mendapat jangkitan. Dengan bekalan antibiotik yang terhad, mereka tiba di hospital hanya untuk mendapati bahawa tiada pilihan rawatan yang tersedia.
Seorang pesakit hamil dari kawasan luar bandar menunggu dua hari untuk mengumpul wang yang diperlukan bagi mendapatkan rawatan. Apabila dia tiba di pusat kesihatan, mereka tidak mempunyai ubat yang diperlukan, jadi dia pulang ke rumah. Selepas tiga hari, keadaannya semakin merosot, tetapi sekali lagi dia terpaksa menunggu lima jam untuk pengangkutan. Dia sudah berada dalam keadaan koma ketika sampai kepada kami. Dia meninggal dunia akibat jangkitan yang boleh dicegah.Maria Fix, ketua pasukan perubatan
Krisis di Darfur Selatan memberi kesan kepada kanak-kanak, dengan beribu-ribu di ambang kematian dan kelaparan, sementara yang lain mati akibat keadaan yang boleh dicegah. Dari Januari hingga Jun 2024, 48 bayi baru lahir meninggal dunia akibat sepsis di Hospital Pengajaran Nyala dan Hospital Luar Bandar Kas, ini bermaksud satu daripada lima bayi baru lahir dengan sepsis tidak terselamat.
Pada Ogos, 30,000 kanak-kanak di bawah umur dua tahun telah disaring untuk kekurangan zat makanan di Darfur Selatan. Daripada jumlah ini, 32.5% didapati mengalami kekurangan zat makanan akut, jauh melebihi ambang kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu 15%. Tambahan pula, 8.1% kanak-kanak yang disaring mengalami kekurangan zat makanan yang teruk.
Nyala, ibu kota Darfur Selatan, merupakan hab bagi organisasi kemanusiaan sebelum konflik. Namun, sejak peningkatan konflik, kebanyakan organisasi tidak kembali. PBB masih tidak mempunyai kakitangan antarabangsa di bandar itu, di mana Doctors Without Borders adalah salah satu daripada organisasi antarabangsa yang hadir. Antara Januari dan Ogos, pasukan Doctors Without Borders di Darfur Selatan menyediakan 12,600 perundingan sebelum dan selepas bersalin serta membantu dalam 4,330 kelahiran normal dan rumit.
Anhar Hassan Mohammed Omar, 29, tinggal di kejiranan Jir South Nyala. Untuk mendapatkan rawatan dan pemakanan semasa mengandung, dia bekerja syif 16 jam sehingga bulan kesembilannya. © Abdoalsalam Abdallah/MSF
Selepas Anhar Hassan Mohammed Omar, 29, tiba di Hospital Pengajaran Nyala, dia menjalani pembedahan C dan menerima rawatan perubatan yang penting. Anhar menyatakan bahawa ramai wanita hamil kekurangan penjagaan kesihatan yang sewajarnya dan berasa syukur terhadap kakitangan hospital. © Abdoalsalam Abdallah/MSF
Fatoum Abdelkarim, 30 tahun, dari kota Nyala, berada dalam bulan ketujuh kehamilannya. Dia bergelut dengan kos bekalan perubatan yang tinggi dan lawatan ke doktor, dan tidak mampu membayar yuran yang mahal. Akhirnya, dia tiba di Hospital Pengajaran Nyala, di mana dia kini menerima rawatan perubatan secara tetap dan percuma. © Abdoalsalam Abdallah/MSF
Di seluruh Sudan, krisis yang saling berkaitan semakin meningkat, menyebabkan penderitaan yang besar dengan sedikit bantuan yang tersedia, seperti yang dijelaskan oleh Dr. Burkhardt, yang bekerja di Darfur Utara sebelum ditugaskan ke Darfur Selatan.
makanan, dan perkhidmatan asas dengan tindak balas antarabangsa yang tidak konsisten sangat memalukan. Kami menyeru para penderma, PBB, dan organisasi antarabangsa untuk segera meningkatkan pembiayaan serta membekalkan program kesihatan dan pemakanan ibu. Kami sedar bahawa Sudan merupakan tempat yang penuh cabaran untuk bekerja, tetapi kita tidak boleh terus menunggu sehingga cabaran-cabaran itu hilang dengan sendirinya. Bagi beribu-ribu ibu dan anak, ia sudah terlambat; risiko mesti diurus dan penyelesaian dicari sebelum lebih banyak nyawa terkorban.Dr Burkhardt,pengurus aktiviti kesihatan
Konflik ini juga mendorong krisis kesihatan ibu dan anak kerana orang ramai terpaksa dipindahkan dan terjejas akibat keganasan. Kekurangan bekalan diburukkan lagi oleh pihak yang berperang yang, bersama kumpulan bersenjata yang bergabung dengan mereka, terus menyekat dan menghadkan akses kepada bantuan yang dapat menyelamatkan nyawa.
Krisis ini memerangkap keluarga dalam kitaran kekurangan zat makanan, penyakit, dan kemerosotan kesihatan yang berpanjangan, yang menjangkau generasi.
-- Seorang penjaga pesakit menggambarkan kesan krisis terhadap keluarga mereka.