Skip to main content

Sudan: Laporan Doctors Without Borders dedah kematian mengejutkan akibat 'peperangan terhadap orang ramai'

Sudan: Doctors Without Borders report reveals catastrophic toll of ‘a war on people’. A rickshaw taxi goes around a destroyed tank belonging to the Sudanese Armed Forces, a remnant of the violent clashes that took place in El Geneina, West Darfur, in 2023. Sudan, February 2024. © Diana Zeyneb Alhindawi

Sebuah teksi beca melintasi kereta kebal milik Angkatan Bersenjata Sudan yang musnah, sisa pertempuran ganas yang berlaku di El Geneina, Darfur Barat, pada 2023. Sudan, Februari 2024. © Diana Zeyneb Alhindawi

Amsterdam - Peperangan di Sudan membawa kepada keruntuhan dalam aspek perlindungan orang awam dengan komuniti yang berdepan keganasan, pembunuhan, penyeksaan dan keganasan seksual tanpa mengenal sesiaspa di tengah-tengah serangan berterusan ke atas pekerja kesihatan dan kemudahan perubatan menurut laporan yang dikeluarkan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) hari ini.

Laporan itu,, ‘A war on people – The human cost of conflict and violence in Sudanmenjelaskan bagaimana kedua-dua pihak sama ada Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) atau Pasukan Sokongan Pantas (RSF) serta pihak yang menyokong mereka melakukan keganasan yang dahsyat ke atas orang ramai di seluruh negara. Peperangan itu mendatangkan malapetaka sejak pertempuran bermula April 2023 dengan hospital diserang, pasar dibom, dan rumah ranap dihancurkan.

A war on people – The human cost of conflict and violence in Sudan

Anggaran jumlah yang tercedera atau terbunuh semasa perang ini berbeza-beza namun Doctors Without Borders, yang bekerja di lapan negeri di seluruh Sudan, mendedahkan bahawa dalam hanya satu daripada hospital disokongnya, hospital Al Nao di Omdurman, di Khartoum, sejumlah 6,776 pesakit dirawat kerana kecederaan disebabkan keganasan antara 15 Ogos 2023 dan 30 April 2024, purata 26 orang sehari. Doctors Without Borders merawat beribu-ribu pesakit yang mengalami kecederaan berkaitan konflik di seluruh negara, kebanyakannya disebabkan letupan, tembakan dan tikaman.

Seorang pekerja penjagaan kesihatan di hospital Al Nao menggambarkan kesan selepas pengeboman di kawasan perumahan di bandar itu.

“Seramai 20 orang tiba dan meninggal dunia tidak lama selepas itu, ada yang sudah mati sebelum sempat sampai. Kebanyakkan mereka datang dengan tangan atau kaki yang dipotong. Sesetengahnya dalam keadaan hanya sebahagian kecil kulit menyambungkan dua anggota badan bersama-sama. Seorang pesakit datang dengan kaki yang dipotong, penjaga mereka pula mengikuti di belakang, sambil memegang anggota badan yang dipotong itu.

Laporan itu mengandungi pendedahan mengejutkan mengenai keganasan seksual serta keganasan berasaskan jantina, terutamanya di Darfur. Tinjauan Doctors Without Borders ke atas 135 mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual yang dirawat oleh pasukan Doctors Without Borders antara Julai dan Disember 2023 di kem pelarian di Chad berhampiran sempadan Sudan mendapati 90% didera oleh pelaku bersenjata, 50% didera di rumah mereka sendiri dan 40% dirogol oleh beberapa penyerang.

Emergency Surgical Team at Bashair Hospital Khartoum. A bullet extracted from a patient. Bullet wounds are one of the most common cases treated at Bashair hospital on a daily basis. Sudan, May 2023. © Ala Kheir/MSF

Sebiji peluru dikeluarkan daripada pesakit. Luka akibat peluru salah satu kes yang paling biasa dirawat di hospital Bashair setiap hari. Sudan, Mei 2023. © Ala Kheir/MSF

Penemuan ini konsisten dengan testimoni mangsa yang terselamat yang masih berada di Sudan, menunjukkan bagaimana keganasan seksual dilakukan terhadap wanita di rumah mereka dan di sepanjang laluan perpindahan, ciri-ciri khas konflik.

Seorang pesakit Doctors Without Borders, menerangkan kejadian di Gedaref pada Mac 2024. "Dua gadis muda dari Sariba, kawasan kejiranan kami hilang. Kemudian apabila abang saya diculik dan selepas dia kembali ke rumah, dia memaklumkan kedua-dua gadis itu berada di rumah yang sama di mana dia ditahan dan gadis-gadis itu berada di sana selama dua bulan. Katanya lagi dia mendapat tahu perkara yang buruk dilakukan ke atas mereka, yang biasa dilakukan terhadap gadis."

Laporan itu mengandungi keterangan yang memperincikan keganasan etnik yang disasarkan terhadap penduduk di Darfur. Di Nyala, Darfur Selatan, orang ramai menggambarkan bagaimana, pada musim panas 2023, RSF dan sekutu militia mereka pergi dari rumah ke rumah, merompak, memukul dan membunuh, menyasarkan kaum Masalit dan mereka yang bukan daripada etnik Arab.

Seorang pesakit di Nyala, Darfur Selatan, memberitahu Doctors Without Borders, "Lelaki-lelaki itu bersenjatakan senjata api dan memakai seragam RSF... Saya ditikam berkali-kali dan jatuh ke tanah. Ketika mereka keluar dari rumah saya, mereka melihat saya terbaring di atas tanah, saya hampir tidak sedarkan diri. Saya dapat mendengar mereka berkata 'dia akan mati, jangan sia-siakan peluru awak' sewaktu seorang daripada mereka menekankan kakinya ke atas saya."

Attacks on health facilities. The destruction that followed the storming and looting of an Doctors Without Borders-supported health facility in Sudan. Sudan, April 2024. © MSF

Kesan kemusnahan susulan serbuan dan rompakan ke atas kemudahan kesihatan yang disokong Doctors Without Borders di Sudan. Sudan, April 2024. © MSF

Sepanjang perang, hospital-hospital dirompak dan diserang secara rutin. Pada bulan Jun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata bahawa di kawasan yang sukar dijangkau hanya 20 hingga 30 peratus kemudahan kesihatan kekal berfungsi, malah pada tahap minimum. Doctors Without Borders sendiri mendokumenkan sekurang-kurangnya 60 insiden keganasan dan serangan ke atas kakitangan, aset dan infrastruktur Doctors Without Borders. Hospital Al Nao yang disokong Doctors Without Borders di Omdurman dibedil tiga kali secara berasingan, manakala letupan disebabkan serangan udara pada Mei membunuh dua kanak-kanak selepas bumbung ICU runtuh di hospital Baker Nahar Pediatric yang disokong Doctors Without Borders di El Fasher. Hospital berkenaan terpaksa ditutup.

Meskipun sistem kesihatan bergelut untuk memenuhi keperluan penduduk secukupnya, organisasi kemanusiaan dan perubatan sering disekat daripada memberikan sokongan.  Walaupun pihak berkuasa telah mula mengeluarkan visa untuk kakitangan kemanusiaan dengan lebih mudah, cubaan untuk menyediakan rawatan perubatan penting kerap kali masih terhalang melalui sekatan birokrasi seperti keengganan untuk mengeluarkan permit perjalanan untuk membenarkan laluan orang ramai dan bekalan penting.

Vickie Hawkins, Ketua Pengarah Doctors Without Borders, berkata, "Keganasan dilakukan pihak yang berperang diburukkan lagi oleh halangan: dengan menyekat, mengganggu dan menyukarkan khidmat apabila orang ramai paling memerlukannya, setem dan tandatangan boleh membawa maut sepertiman peluru dan bom di Sudan. ”

Kami menyeru semua pihak yang bertelagah untuk memudahkan peningkatan bantuan kemanusiaan dan, terutama sekali, untuk menghentikan peperangan yang tidak masuk akal ini terhadap orang ramai dengan menghentikan segera serangan ke atas orang awam, infrastruktur awam dan kawasan kediaman.
Vickie Hawkins, Ketua Pengarah

Sudikah anda menyokong tugas tindak balas kecemasan kami?

Bantu kami menyediakan penjagaan kesihatan yang menyelamatkan nyawa ketika kecemasan dengan melakukan sumbangan hari ini.