Skip to main content

Sudan: Doctors Without Borders menggesa perlindungan orang awam dan hospital susulan pengeboman berhampiran hospital kanak-kanak

MSF flag

Pada petang Sabtu 11 Mei, serangan udara dilancarkan Angkatan Bersenjata Sudan SAF mengenai kawasan 50 meter dari Hospital Pediatrik Babiker Nahar, yang disokong oleh Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF), di El Fasher, Darfur Utara. Ia menyebabkan bumbung di atas unit rawatan rapi (ICU) runtuh dan mengorbankan dua kanak-kanak yang menerima rawatan di situ, selain meragut nyawa sekurang-kurangnya seorang penjaga.

Hospital ini salah satu daripada segelintir yang mengkhususkan rawatan kanak-kanak yang sakit yang berjaya untuk terus beroperasi sejak permulaan perang. Ia menerima rujukan dari seluruh wilayah Darfur kerana kebanaykan yang lain terpaksa ditutup. Kini, satu kemudahan kesihatan tambahan turut tidak dapat digunakan.

Insiden pada Sabtu itu berlaku selepas pertempuran hebat antara Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera dan SAF/Pasukan Bersama di Darfur Utara pada Jumaat 10 Mei, di mana 160 cedera – termasuk 31 wanita dan 19 kanak-kanak – tiba di Hospital Selatan yang disokong Doctors Without Borders dalam El Fasher. 25 daripada mereka yang cedera berada dalam keadaan terminal sebaik tiba dan meninggal dunia.

Pertempuran pada Jumaat itu berlaku berhampiran Babiker Nahar, menyebabkan hampir semua pesakit bertempiaran lari demi menyelamatkan diri - ramai yang tiba di Hospital Selatan. Daripada 115 kanak-kanak yang menerima rawatan di Babiker Nahar, 10 masih berada di situ pada Sabtu ketika bom dijatuhkan - termasuk dua kanak-kanak yang terbunuh. Ketika ini, hospital ditutup.

Dua kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi kami di hospital kanak-kanak, serta seorang penjaga, terbunuh sebagai korban sampingan berikutan serangan udara oleh Angkatan Tentera Sudan. Seramai 115 kanak-kanak sedang menerima rawatan di hospital ini - kini tiada sesiapa. Ketika itu, penjagaan kesihatan yang tersedia di Sudan sudah terlalu sedikit disebabkan konflik itu. Hospital kanak-kanak asal dirompak pada permulaan perang.
Michel-Olivier Lacharité

Kanak-kanak terbabit dipindahkan ke klinik kesihatan kecil yang kami pulihkan dan perbesarkan pada Mei dan Jun tahun lalu. Menaik taraf klinik kesihatan kecil kepada hospital yang berfungsi bukanlah tugas mudah – terutamanya semasa konflik aktif. Ia salah satu daripada hanya beberapa hospital kanak-kanak yang tinggal di seluruh wilayah Darfur.

“Kami menerima rujukan dari seluruh Darfur kerana kekurangan kemudahan di tempat lain. Kini kami kehilangan satu hospital tambahan, sama seperti kami cuba meningkatkan respons kami di kem El Fasher dan Zamzam sebagai tindak balas kepada krisis kekurangan zat makanan yang teruk di sana,” sambung Michel-Olivier Lacharité, Ketua Operasi Kecemasan kami.

Kanak-kanak terbabit dipindahkan ke klinik kesihatan kecil yang kami pulihkan dan perbesarkan pada Mei dan Jun tahun lalu. Menaik taraf klinik kesihatan kecil kepada hospital yang berfungsi bukanlah tugas mudah – terutamanya semasa konflik aktif. Ia salah satu daripada hanya beberapa hospital kanak-kanak yang tinggal di seluruh wilayah Darfur

“Kami menerima rujukan dari seluruh Darfur kerana kekurangan kemudahan di tempat lain. Kini kami kehilangan satu hospital tambahan, sama seperti kami cuba meningkatkan respons kami di kem El Fasher dan Zamzam sebagai tindak balas kepada krisis malnutrisi berskala bencana di sana,"sambungnya.

Semua 115 kanak-kanak di hospital itu menerima rawatan untuk penyakit seperti malaria, radang paru-paru, cirit-birit dan kekurangan zat makanan. Kini, ramai yang tidak mendapat rawatan langsung. Kanak-kanak yang terbunuh berada dalam keadaan kritikal di ICU kami, tetapi nyawa mereka boleh diselamatkan.

Ini tidak seharusnya berlaku lagi. Kami mengingatkan pihak bertelagah dengan penegasan tinggi bahawa hospital dan kemudahan kesihatan tidak boleh dijadikan sasaran, atau menjadi kerosakan sampingan dalam konflik. Kami juga menggesa pihak terbabit untuk memastikan bahawa mereka melindungi orang awam - sesuatu yang mereka gagal lakukan pada hujung minggu ini. Selain dua kanak-kanak dan penjaga, 25 orang yang cedera dalam pertempuran yang tiba di Hospital Selatan pada Jumaat berada dalam keadaan terminal dan tidak mungkin nyawa mereka dapat diselamatkan.
Michel-Olivier Lacharité

Doctors Without Borders melakukan gesaan kepada semua pihak bertelagah untuk melindungi orang awam dan memastikan perlindungan struktur kesihatan, seperti yang mereka wajib lakukan di bawah Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa, dan deklarasi Jeddah – yang ditandatangani tepat setahun lalu pada hari hospital itu rosak, dan kanak-kanak serta penjaga pengasuh terbunuh.