Penyembuh Sudan: Cerita Seorang Doktor Sudan
Sudan, 2023. © MSF
Sebelum 15 April tahun lalu, tidak pernah saya bayangkan bahawa diri saya akan berada di Khartoum, ibu kota negara kita, bekerja di zon konflik.
Saya seorang doktor dari Sudan, dan saya sudah beberapa tahun bekerja bersama dengan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF). Namun saya tidak pernah melihat sesuatu seperti penderitaan yang setiap hari dialami penduduk di negara saya sekarang. Konflik ini mendatangkan kemusnahan. Lebih 7 juta orang kehilangan tempat tinggal akibat konflik ini di Sudan serta di negara jiran, ramai melarikan diri daripada keganasan, kebanyakan mereka akhirnya berdepan kehidupan yang hampir melarat di kem tidak rasmi.
Seperti kebanyakan orang lain, saya sendiri bersama orang yang saya sayangi turut tidak terlepas daripada menerima kesan konflik yang berlaku ini.
Keadaan laluan kali lima di hospital Umdawanban. Sudan, 2023. © MSF
Keruntuhan
Sudan sudah lama bergelut dengan sistem penjagaan kesihatan yang rapuh, manakala konflik berterusan meletakkannya di ambang keruntuhan. Saya telah menyokong pasukan Doctors Without Borders di dua hospital di Khartoum dan satu lagi di kem pelarian Um Rakuba di timur sejak beberapa bulan lalu.
Apabila orang ramai memikirkan tentang keperluan perubatan dalam konflik, selalunya terlintas di fikiran mereka mengenai orang yang cedera akibat bom atau peluru. Namun saya turut melihat peningkatan bilangan kes kecemasan perubatan disebabkan komplikasi daripada penyakit kronik yang tidak dirawat. Orang ramai yang mungkin berjaya menguruskan diabetes atau asma selama bertahun-tahun kini tidak mampu mendapatkan ubat yang mereka perlukan untuk hidup.
Keperluan untuk penjagaan bersalin juga amat ketara, terutama bagi wanita hamil yang memerlukan pembedahan C atau bersalin kecemasan. Itulah sebabnya di Umdawnban, salah satu hospital yang saya lindungi, pasukan kami menyokong pasukan bersalin, membantu dalam lebih 1500 kelahiran sejak Julai lalu.
Namun di seluruh negara, banyak perkhidmatan bersalin tidak berfungsi secara teratur, menyebabkan wanita hamil yang menghadapi komplikasi mengancam nyawa kehilangan akses kepada penjagaan obstetrik kecemasan. Dan di mana perkhidmatan penjagaan kesihatan tersedia, kualiti penjagaan kebimbangan tetap merisaukan.
Sudan, 2023. © MSF
Banyak lagi diperlukan
Sebagai warganegara dan sebagai seorang doktor, saya cemas apabila memikirkan mengenai keperluan kesihatan yang semakin meningkat di tanah air saya. Sebahagian daripada kebimbangan ini sudah sedia wujud sebelum konflik, tetapi kini keadaan menjadi bertambah buruk disebabkannya. Sudan mempunyai sejarah wabak yang membimbangkan seperti campak dan meningitis. Penyakit yang sangat berjangkit ini boleh dicegah melalui vaksinasi, namun tanpa vaksinasi ia boleh membawa maut, terutamanya pada kanak-kanak kecil. Satu fakta meletakkan kanak-kanak secara khusus dalam keadaan berisiko adalah malnutrisi, yang mana ia menjejaskan sistem imun.
Dengan keruntuhan sistem penjagaan kesihatan dan ratusan ribu orang kini telah melarikan diri daripada keganasan, sering tinggal di kem sementara yang sesak, program vaksinasi berskala besar dan sokongan pemakanan menjadi lebih penting - ia menjadi talian hayat yang penting.
Keazaman
Di Sudan, kebanyakan kawasan di mana Doctors Without Borders beroperasi adalah di zon pertempuran yang masih aktif. Ini menjadikan kerja kami sangat mencabar dan berbahaya, namun ia juga meningkatkan keazaman kami.
Keazaman yang saya nyatakan di sini bukan semata-mata tertumpu pada Doctors Without Borders; Saya panjangkannya kepada komuniti yang bersatu untuk menyokong satu sama lain. Contohnya, di kem Um Rakuba, di timur Sudan, Doctors Without Borders menyediakan penjagaan kemanusiaan yang amat diperlukan kepada ribuan orang yang tinggal di dalam dan sekitar kem pelarian. Apabila konflik meletus, tiada kepastian sama ada kami masih dapat meneruskan sokongan kami di sana, namun berbekalkan keazaman pasukan teras, tiada jurang dikesan dalam perkhidmatan.
Tahun lalu kami menyampaikan 40,000 konsultasi perubatan kepada pelarian serta komuniti tuan rumah dan membantu 507 wanita melahirkan anak dengan selamat. Keazaman kami dikongsi bersama: di Um Rakuba saya melihat sendiri peranan penting dimainkan sukarelawan tempatan dan bidan komuniti.
Keazaman sahaja tidak mencukupi…
Namun kadangkala keazaman tidak mencukupi. Ikrar suci saya sebagai seorang doktor adalah untuk melakukan semua yang termampu kepada mereka yang memerlukan rawatan perubatan. Dan dalam peranan saya sebagai timbalan penyelaras perubatan Doctors Without Borders, ini bermakna bukan sahaja merawat pesakit individu, tetapi juga menyelaraskan penjagaan pada skala lebih besar, memastikan kakitangan dan bekalan berada di tempat yang paling mereka perlukan.
Namun bagaimana saya boleh terus berpegang pada ikrar saya dalam keadaan di mana sumber dan bantuan terhalang serta terdedah kepada bahaya? Persoalan ini terus berlegar dalam fikiran saya siang dan malam.
Soal kini adalah berkaitan hidup dan mati bahawa semua pihak dalam konflik ini mengiktiraf tujuan tunggal Doctors Without Borders: untuk menawarkan rawatan perubatan kepada mereka yang paling terdedah, secara percuma. Kami memerlukan akses serta perlindungan untuk pasukan dan bekalan kami sama seperti untuk pesakit, bukan esok, tetapi sekarang. Nyawa yang kami cuba selamatkan bergantung padanya.
Sebahagian daripada saya
Apa yang saya lakukan di Sudan, di negara saya, bukan sekadar satu pekerjaan; ia sebahagian daripada sifat kemanusiaan saya. Dan etika tugas saya di sini adalah saya, seperti rakan sekerja dalam Doctors Without Borders, melakukan semua yang kami mampu untuk merawat penderitaan dalam keadaan konflik.
Dan saya kekal berdedikasi demi tujuan ini.
Mengenai Doctors Without Borders di Sudan:
Ketika ini, pasukan Doctors Without Borders mempunyai misi di 11 negeri: Khartoum, Al-Jazeera, Nil Putih, Nil Biru, Sungai Nil, Al Gedaref, Darfur Barat, Darfur Utara, Darfur Tengah, Darfur Selatan dan Port Sudan. Kami turut menyediakan bantuan kepada pelarian serta mereka yang kembali ke negara ini di seluruh sempadan Sudan di Sudan Selatan, Republik Afrika Tengah dan Chad.
Dr Mohammad Bashir adalah Timbalan Penyelaras Perubatan Doctors Without Borders di Sudan. Beliau sudah beberapa tahun bekerja bersama Doctors Without Borders. Beliau menyelia aktiviti perubatan di hospital Umdawnban dan Alban Aljadeed di Khartoum, yang disokong oleh Doctors Without Borders sejak Julai-Ogos 2023. Dr Bashir juga bekerja dengan pasukan perubatan untuk Kem Pelarian Um Rakuba di Al Gedaref di mana kami menyediakan 40,000 konsultasi pesakit luar hanya pada 2023. Peranan beliau diperluaskan kepada usaha menangani beberapa kecemasan kesihatan seperti tindak balas terhadap wabak taun.