Skip to main content

Ukraine: Hospital Kherson dibedil dua kali dalam 72 jam

Kherson hospital shelled twice in 72 hours: "How many times must we see the same thing?"


Ketika siren menandakan tembakan artileri menghampiri, seorang kakitangan dari Doctors Without Borders sedang bekerja di kubu bawah tanah hospital, yang mana pasukan logistik Doctors Without Borders sedang meneruskan pembaikan.

“Saya merasakan letupan kuat apabila bedilan mengenai premis kemudahan perubatan tempat Doctors Without Borders berfungsi. Pada masa letupan, saya berada dalam tempat perlindungan bom, mengawasi kerja pembaikan am. Pasukan kami telah menyediakan kubu bawah tanah yang sesuai di hospital ini untuk kakitangan dan pesakit Kementerian Kesihatan," kata Andrii Dobravskyi, Penasihat Operasi Doctors Without Borders."

Selepas habuk hilang, saya naik ke atas dan melihat bedilan itu mengenai bilik mayat, menyebabkan kerosakan pada struktur konkrit dan paip gas. Terdapat kira-kira 150 orang di kemudahan perubatan pada masa tembakan, termasuk kakitangan dan pesakit. Nasib baik, kedua-duanya iaitu kakitangan dan pesakit tidak cedera. Saya ingin tegaskan bahawa hospital itu terletak di kawasan perumahan, dengan bangunan sekolah dan pangsapuri berdekatan,” sambungnya.

Kherson hospital, Ukraine, shelled twice in 72 hours: "How many times must we see the same thing?"

Hanya beberapa kilometer dari barisan hadapan, di wilayah yang diambil semula tentera Ukraine tahun lalu, hospital itu kini dibedil dua kali dalam masa 72 jam. Sejak 24 Februari 2022, Doctors Without Borders berulang kali meminta kemudahan perubatan diberikan perlindungan selepas menyaksikan kemusnahan mereka di wilayah Kherson, Donetsk, Dnipropetrovsk, Kharkiv dan Mikolaiv.

Serangan terkini ke atas hospital ini selaras dengan corak yang diperhatikan Doctors Without Borders dalam perang ini – dan khususnya berkenaan serangan berterusan tentera Russia terhadap infrastruktur awam, kawasan kediaman dan struktur perubatan.

Berapa kali harus kita melihat perkara sama? Apakah yang dimaksudkan dengan menjadi penjaga atau pesakit dalam peperangan ini? Apakah yang diperlukan bagi mereka yang mengendalikan senjata untuk menunjukkan secebis penghormatan terhadap nyawa manusia? Tanpa mengira niat, kita berulang kali melihat kakitangan perubatan dan orang awam diserang dalam perang ini. Mesejnya mudah: hentikan mengebom hospital.
Cyril Cappai, Ketua Misi