Skip to main content
Ukraine

Krisis Ukraine

Tindak balas kecemasan

Sokong tindak balas perubatan kecemasan kami di tempat seperti Ukraine dengan menderma hari ini.

Doctors Without Borders bertindak balas terhadap krisis yang tercetus di Ukraine

Kemaskini

Sehingga kini, pasukan Doctors Without Borders hanya dibenarkan memasuki kawasan yang dikuasai oleh pasukan Ukraine. Ini bermakna mereka hanya menyaksikan kemusnahan yang berlaku di wilayah yang dikawal oleh Ukraine. Meskipun usaha telah dilakukan untuk mendapatkan kebenaran memasuki kawasan yang diduduki oleh pasukan Rusia, akses tersebut masih belum diberikan. Oleh itu, Doctors Without Borders tidak dapat menilai situasi di kawasan yang dikuasai oleh tentera Rusia.

Dalam laporan bertajuk Between Enemy Lines, Doctors Without Borders mendedahkan kemusnahan besar-besaran terhadap kemudahan kesihatan di Ukraine, serta halangan besar dalam penyampaian perkhidmatan perubatan di bawah pendudukan tentera Rusia.

Adakah anda akan menyokong kerja kami dalam menangani krisis ini?

Anda boleh membantu pasukan perubatan kami menghantar bekalan perubatan kecemasan dan rawatan kepada penduduk di Ukraine dengan membuat sumbangan hari ini

Dari lapangan

Ukraine: Dalam transit demi untuk hidup - ambulans-ambulans Doctors Without Borders dan mangsa yang cedera akibat perang
Ukraine: Dalam transit demi untuk hidup - ambulans-ambulans Doctors Without Borders dan mangsa yang cedera akibat perang
Peperangan di Ukraine, yang berterusan sejak 2014, telah meningkat dengan ketara pada 2022, dengan pertempuran sengit di timur, tenggara dan timur ...
Ukraine: Doctors Without Borders memindahkan 150 pesakit akibat serangan berulang ke atas hospital di Kherson
Ukraine: Doctors Without Borders memindahkan 150 pesakit akibat serangan berulang ke atas hospital di Kherson
Doctors Without Borders /Médecins Sans Frontières (MSF), memindahkan 150 pesakit dari sebuah hospital di Kherson, di selatan Ukraine, akibat bedilan y...
Ukraine: Hospital Kherson dibedil dua kali dalam 72 jam
Ukraine: Hospital Kherson dibedil dua kali dalam 72 jam
Ketika artikel ini ditulis, hospital sama yang dibedil pada Selasa di Wilayah Kherson, Ukraine yang mengakibatkan kematian seorang doktor dan menceder...
 Ukraine: Pemusnahan struktur perubatan secara besar-besaran
Ukraine: Pemusnahan struktur perubatan secara besar-besaran
Organisasi kemanusiaan perubatan antarabangsa Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) mendedahkan kesan kemusnahan meluas dan besar-b...
Ukraine: data dan pengalaman pesakit dedahkan serangan berterusan tanpa mengira orang awam
Ukraine: data dan pengalaman pesakit dedahkan serangan berterusan tanpa mengira orang awam
22 Jun 2022, Lviv/Brussels – Data perubatan dan pengalaman diceritakan pesakit yang dipindahkan menggunakan kereta api rujukan perubatan Doctors Witho...
Doctors Without Borders menggerakkan tindak balas di Ukraine dan negara-negara berdekatan
Doctors Without Borders menggerakkan tindak balas di Ukraine dan negara-negara berdekatan
Ketika ratusan ribu orang terpaksa melarikan diri, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontièrespula berusaha mengatur gerak aktiviti tindak bala...
Kenyataan: Doctors Without Borders menilai tindak balas ketika konflik Ukraine memuncak
Kenyataan: Doctors Without Borders menilai tindak balas ketika konflik Ukraine memuncak
Pasukan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) kekal di Ukraine, dan kami kini mencari jalan untuk menyesuaikan tindak balas kami ke...
Ukraine: Di Odessa, “semua orang bersedia untuk yang lebih buruk”
Ukraine: Di Odessa, “semua orang bersedia untuk yang lebih buruk”
Carla Melki, koordinator kecemasan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF), baru pulang dari bandar pelabuhan Odessa di selatan Ukrai...

Bagaimana kami bertindak balas di Ukraine

Lebih daripada setahun selepas serangan tentera Rusia ke atas pelbagai bandar di Ukraine, pertempuran sengit telah mencetuskan krisis kemanusiaan yang serius dan menyebabkan jutaan rakyat Ukraine terpaksa meninggalkan kediaman mereka, sama ada di dalam mahupun luar negara.

Doctors Without Borders terus memberikan rawatan kepada pesakit yang cedera akibat perang di jabatan kecemasan dan melalui perkhidmatan ambulans rujukan. Kami juga menjalankan klinik bergerak dan menyediakan sokongan kepada kemudahan kesihatan.

Tindakan balas semasa kami merangkumi:

  • Rujukan perubatan dan pemindahan pesakit melalui ambulans Doctors Without Borders.
  • Menyokong unit rawatan kecemasan dan unit rawatan rapi, serta memperkukuhkan keupayaan pembedahan hospital-hospital berhampiran kawasan pertempuran di wilayah Donetsk dan Kherson.
  • Menyediakan fisioterapi dan penjagaan pasca-pembedahan, serta sokongan psikologi kepada pesakit yang cedera akibat perang, termasuk latihan fisioterapi untuk kakitangan di wad pemulihan di hospital yang disokong oleh Doctors Without Borders.
  • Pasukan klinik bergerak yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, kaunseling kesihatan mental, pendidikan psikologi, serta penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif, terutamanya di kawasan yang hampir dengan barisan hadapan.
  • Sumbangan perubatan, termasuk kit perubatan, peralatan, dan ubat-ubatan kepada hospital dan kemudahan perubatan yang mengalami kekurangan bekalan.
  • Latihan berkaitan penjagaan kesihatan sekunder, termasuk latihan pengurusan kecederaan besar-besaran, pengurusan kesakitan, dan kesihatan mental untuk kakitangan perubatan.

Anda boleh menyokong tindak balas perubatan kami di Ukraine dengan melakukan sumbangan hari ini. 

Sejak tercetusnya pertempuran di seluruh negara, pasukan kami telah berusaha keras untuk memberikan tindak balas bagi memenuhi keperluan mendesak. Pada masa ini, kami bekerjasama dengan kira-kira 22 kakitangan antarabangsa di Ukraine dan menggaji sekitar 22 kakitangan tempatan dari Ukraine. Mereka bertugas sebagai petugas perubatan (doktor, jururawat), ahli psikologi, serta dalam bidang logistik, pentadbiran dan pengurusan. (Dikemas kini pada Ogos 2024)

UKRAINE TIMUR

Wilayah Kharkiv

Pasukan ambulans sedang menjalankan rujukan perubatan dari Kharkiv ke hospital-hospital di bandar lain yang kurang dibebani pesakit cedera. Doctors Without Borders telah membuka pangkalan ambulans di bandar Kharkiv, manakala klinik bergerak beroperasi di beberapa penempatan yang berdekatan dengan sempadan wilayah Donetsk.

Wilayah Donetsk

Di hospital Pokrovsk, pasukan kecemasan kami memberikan sokongan semasa insiden kecederaan besar serta di bilik pembedahan. Perkhidmatan ambulans turut melakukan rujukan dari Pokrovsk, Kostiantynivka, Sloviansk dan bandar-bandar lain di wilayah Donetsk.

Wilayah Dnipropetrovsk

Doctors Without Borders telah menubuhkan pejabat dan gudang farmasi di wilayah ini, yang memastikan operasi klinik bergerak dan pasukan kecemasan dapat berjalan lancar.

UKRAINE SELATAN

Wilayah Mykolaiv

Pasukan kami menjalankan klinik bergerak di kawasan penempatan berhampiran wilayah Kherson.

Wilayah Kherson

Pasukan perubatan Doctors Without Borders bekerjasama dengan doktor-doktor kerajaan di Hospital Kherson, memberikan sokongan dalam jabatan rawatan rapi, pembedahan, dan traumatologi. Selain itu, pasukan klinik bergerak turut beroperasi di kawasan penempatan dalam wilayah Kherson, termasuk dalam saringan tuberkulosis (TB).

UKRAINE TENGAH

Vinnytsia

Doctors Without Borders telah memulakan perkhidmatan psikoterapi khusus bagi mereka yang mengalami gejala gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) akibat peperangan. Pusat ini juga menyokong pusat-pusat setempat bagi pelarian dengan sesi promosi kesihatan dan sesi kumpulan kesihatan mental.

Cherkasy

Doctors Without Borders menjalankan rawatan fisioterapi dan penjagaan selepas pembedahan serta memberikan sokongan psikologi kepada pesakit yang cedera akibat perang. Selain itu, latihan fisioterapi turut diberikan kepada kakitangan di wad pemulihan di hospital-hospital tempatan.

PERKHIDMATAN AMBULANS

Doctors Without Borders telah menubuhkan sembilan pangkalan pasukan ambulans di Snihurivka (wilayah Mykolaiv), Apostolove (berhampiran bandar Kryvyi Rih), Dnipro, Pokrovske dan Pavlohrad (wilayah Dnipropetrovsk), Mezhove, Sloviansk (wilayah Donetsk), Zaporizhzhia (wilayah Zaporizhzhia) dan bandar Kharkiv (wilayah Kharkiv).

Pasukan ambulans Doctors Without Borders merujuk pesakit ke hospital lain bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan khusus. Di kawasan barisan hadapan di timur dan selatan, sistem kesihatan berdepan kesukaran dalam menangani keperluan perubatan lama serta baharu yang timbul akibat pertempuran.

AKTIVITI LAIN DI SELURUH UKRAINE

Pada semester pertama tahun 2024, Doctors Without Borders telah menyumbangkan lebih daripada 900,000 euro. Lebih separuh daripada jumlah ini diperuntukkan untuk pembelian ubat-ubatan dan peralatan perubatan untuk hospital-hospital berhampiran barisan hadapan serta mereka yang terjejas oleh serangan. Baki dana digunakan untuk membeli bahan binaan, alatan, dan generator bagi memulihkan hospital-hospital yang rosak akibat serangan di wilayah Donetsk, Kherson, dan Dnipropetrovsk, serta bahan api untuk pengangkutan perubatan. Selain itu, sumbangan turut merangkumi air minuman, kit kebersihan diri, dan selimut untuk pesakit serta orang yang dipindahkan di dalam negara.

Doctors Without Borders juga menjalankan sesi latihan mengenai pertolongan cemas, respons kecemasan massal, pengurusan kesakitan, serta sesi psikologi berkelompok untuk organisasi rakan kerjasama.

Map of MSF activities in Ukraine as of 27 August 2024

Tindak balas kecemasan kami di negara jiran

POLAND

Sejak 24 Februari 2022, lebih daripada 11.7 juta orang telah menyeberang dari Ukraine ke Poland (UNHCR). Lebih daripada 1.6 juta orang telah mendaftar untuk perlindungan sementara.

Doctors Without Borders aktif bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Poland bagi memastikan pesakit mendapat akses kepada rawatan batuk kering tahan ubat, termasuk pesakit yang sebelumnya mendapat sokongan daripada Doctors Without Borders di Ukraine.

RUSIA

Doctors Without Borders telah beroperasi di Rusia selama lebih daripada 30 tahun. Baru-baru ini, pasukan kami di Rusia bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan wilayah untuk menyokong rawatan penting yang menyelamatkan nyawa pesakit dengan batuk kering tahan ubat (DR-TB). Doctors Without Borders bersama rakan-rakan organisasi di Moscow dan St Petersburg turut menyediakan bantuan kepada mereka yang hidup dengan HIV dan hepatitis C, termasuk individu yang menyeberang dari Ukraine ke Rusia.

Sejak bermulanya konflik bersenjata antarabangsa, Doctors Without Borders telah memberi sokongan kepada mereka yang terpaksa meninggalkan kediaman dan ditempatkan di kawasan selatan Rusia seperti wilayah Voronezh, Belgorod, dan Rostov. Melalui kerjasama erat dengan NGO tempatan, Doctors Without Borders mengatur pasukan yang terdiri daripada pekerja sosial, perunding perubatan, dan ahli psikologi tempatan untuk memastikan mereka yang terpaksa berpindah, terutamanya yang baru tiba, menerima perkhidmatan perubatan berkelayakan di klinik perubatan berlesen dan mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dan sosial kerajaan yang lain.

Pada Ogos 2024, Doctors Without Borders telah menerima surat daripada Kementerian Keadilan Rusia yang menyatakan keputusan untuk menarik Doctors Without Borders daripada daftar pejabat cawangan dan wakil NGO asing. Akibatnya, Doctors Without Borders terpaksa menamatkan operasi mereka di Rusia.

Sokong tindakan perubatan kami

Anda boleh membantu pasukan perubatan kami menyampaikan bekalan perubatan kecemasan dan rawatan kepada mereka yang memerlukan di Ukraine dengan menyumbang hari ini.