Ukraine: Dalam transit demi untuk hidup - ambulans-ambulans Doctors Without Borders dan mangsa yang cedera akibat perang
Sebuah ambulans Doctors Without Borders memindahkan seorang pesakit dalam keadaan kritikal dari Druzhkivka, wilayah Donetsk ke hospital di Dnipro, wilayah Dnipropetrovsk. Ukraine, Ogos 2024. © Olelexandr Glyadyelov
- Peperangan di Ukraine, yang berterusan sejak 2014, telah meningkat dengan ketara pada 2022, dengan pertempuran sengit di timur, tenggara dan timur laut
- Doctors Without Borders mengendalikan 17 ambulans berhampiran barisan hadapan, termasuk lima kenderaan ICU dan tiga kenderaan pengangkutan pelbagai pesakit
- Pada tahun 2024, pengangkutan pesakit meningkat sebanyak 30% berbanding lewat tahun 2023, dengan lebih 8,000 pesakit telah dipindahkan dalam tempoh enam bulan yang lalu.
"Ia tidak dapat ditanggung. Semuanya menyakitkan. Sukar sekali untuk bernafas; rasa terbakar di mana-mana.”
Seorang lelaki berusia 45 tahun membisikkan kata-kata ini, hampir tidak menggerakkan bibirnya, ketika dia menunggu pemindahan perubatan dari sebuah hospital barisan hadapan di wilayah Donetsk. Dia telah cedera parah akibat tembakan, mengalami lecur hingga 90 peratus daripada badannya, termasuk organ-organ dalamanya. Dia memerlukan rawatan perubatan khusus, yang selalunya hanya terdapat di hospital-hospital yang jauh dari kawasan-kawasan konflik. Sebuah ambulans Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) membawanya ke Dnipro, sebuah hab perubatan di mana pesakit-pesakit dari kawasan-kawasan paling berbahaya menerima rawatan.
Ambulans-ambulans Doctors Without Borders kerap memindahkan pesakit-pesakit dari hospital barisan hadapan selepas pembedahan dan rawatan perubatan awal, namun tidak ada jaminan bahawa tidak akan berlaku apa-apa kepada mereka semasa pengangkutan.Dmytro Bilous, Paramedik
“Pendarahan mungkin berlaku, dan keadaan seseorang pesakit boleh merosot dengan cepat daripada stabil kepada tidak stabil. Kami membawa ubat-ubatan yang diperlukan untuk menstabilkan pesakit-pesakit dalam kes-kes sedemikian, atau menggunakan tournikuet dan memberikan ubat hemostatik jika perlu,” jelas Paramedik Doctors Without Borders Dmytro Bilous, yang telah bekerja berhampiran barisan hadapan dengan pasukan ambulans Doctors Without Borders.
Dmytro Bilous, petugas perubatan kecemasan Doctors Without Borders berdiri di sebelah ambulans Doctors Without Borders di luar hospital kanak-kanak di Sloviansk, yang kini menjadi markas ambulans.
“Kami berpangkalan di hospital kanak-kanak di Slovyansk, di mana bilik kecemasan kami berada dan terdapat bilik rehat di beberapa wad hospital. Sambil menunggu permintaan, kami berbual, bertukar pengalaman-pengalaman, kadangkala bermain teka-teki. Namun kebanyakannya hari-hari kami berada di jalan raya. Ukraine, Ogos 2024. © Olelexandr Glyadyelov
Luka terbakar dan lain-lain kecederaan yang berkaitan dengan peperangan - trauma kepala, kecederaan-pada tubuh dan anggota badan, kerosakan tisu lembut, dan pendarahan teruk - mewakili lebih 60% daripada kes-kes ditemui doktor-doktor kami ketika mengangkut pesakit-pesakit dalam ambulans Doctors Without Borders. Sehingga 31 Julai 2024, pasukan ambulans Doctors Without Borders telah menyempurnakan 8,000 rujukan-rujukan pesakit, dengan 15 peratus daripada pesakit-pesakit ini memerlukan pengangkutan dalam ambulan unit rawatan rapi (ICU). Lebih separuh daripada kecederaan-kecederaan ini secara langsung telah disebabkan oleh peperangan skala penuh yang berterusan.
Pasukan perubatan Doctors Without Borders telah memerhati bahawa fasiliti-fasiliti perubatan yang terletak 20-30 kilometer dari kawasan-kawasan konflik di timur dan selatan Ukraine sama ada telah musnah sepenuhnya akibat tembakan tanpa henti sejak dua tahun lalu, atau sebahagiannya telah rosak. Bagi yang masih berfungsi menghadapi kekurangan kakitangan perubatan yang kritikal. Sejak pencerobohan berskala besar bermula pada bulan Februari 2022, ramai pakar-pakar telah melarikan diri ke bandar-bandar yang lebih selamat atau ke luar negara. Hospital-hospital juga mengalami kekurangan katil-katil, kerana ia dibanjiri bukan sahaja dengan pesakit-pesakit yang cedera akibat peperangan tetapi juga dengan mereka yang menderita akibat penyakit-penyakit kronik, serangan jantung, strok, dan kecederaan-kecederaan disebabkan oleh kemalangan kereta. Doctors Without Borders menyokong hospital-hospital ini dengan meringankan beban mereka. Keperluan untuk pengangkutan perubatan dengan ambulans menjadi sangat mendesak semasa serangan peluru berpandu berat, apabila hospital-hospital dibanjiri oleh mangsa-mangsa dalam jumlah yang ramai.
Ambulans Doctors Without Borders membawa seorang pesakit yang melecur lebih 90% badan serta saluran pernafasan atasnya dari hospital Druzhkivka, sebuah bandar di barisan hadapan di wilayah Donetsk, ke Dnipro. Ukraine, Ogos 2024. © Olelexandr Glyadyelov
“Akibat serangan di Kostiantynivka, wilayah Donetsk, pada 9 Ogos, 14 orang telah terbunuh, dan lebih 40 orang lagi cedera. Sebuah pasar raya dan pejabat pos di pusat bandar, di mana ramai orang-orang awam berada, diserang. Terdapat berpuluh-puluh orang yang cedera. Para doktor-doktor di Doctors Without Borders telah membantu dengan penjagaan luka dan jahitan, dan kami juga telah mengangkut dua pesakit yang cedera parah ke Dnipro menggunakan ambulans-ambulans Doctors Without Borders. Dengan ramai pesakit trauma yang memerlukan rujukan masuk secara berterusan, pasukan ambulans Doctors Without Borders memastikan pesakit-pesakit dipindahkan ke hospital-hospital di mana mereka boleh menerima penjagaan khusus yang mereka perlukan,” kata Christopher Stokes, Penyelaras Kecemasan Doctors Without Borders di Ukraine.
Situasi ini menyerlahkan ketidakpastian mengenai berapa banyak rawatan intensif atau katil-katil pembedahan yang diperlukan di mana-mana hospital esok. Serangan boleh berlaku pada bila-bila masa, dan pasukan-pasukan kami beroperasi dalam keadaan kecemasan yang berterusan. Terdapat kes-kes di mana pesakit-pesakit yang cedera akibat peperangan terpaksa dipindahkan semasa penembakan sedang berlaku, namun para petugas medik terus menunaikan kewajipan mereka.
“Saya ada seorang anak. Dia sedih apabila saya pergi, sambil bertanya, 'Anda akan kembali, bukan?' Saya selalu memberitahunya, 'Ya, sudah tentu, saya akan kembali.' Saya perlu bekerja supaya dia membesar tanpa perlu melihat semua ini,” kongsi Paramedik Doctors Without Borders Dmytro Bilous.
Ambulans-ambulans Doctors Without Borders mula melaksanakan rujukan perubatan di Ukraine pada bulan April 2022. Hari ini, armada itu merangkumi 17 kenderaan, disokong oleh 36 paramedik, 8 doktor dan 26 pemandu-pemandu, yang mana semuanya bekerja tanpa jemu untuk memastikan penjagaan yang betul. Selain itu, ahli-ahli logistik, ahli-ahli farmasi dan penyelaras-penyelaras memastikan keberkesanan dalam operasi projek berkenaan.
Paramedik Doctors Without Borders Dmytro Bilous memaklumkan bahawa mereka sering bertanya kepada orang-orang awam mengapa mereka terus tinggal berhampiran barisan hadapan di sebalik keaadan bahaya. Jawapan yang paling biasa adalah: "Kami tidak mempunyai masa untuk berpindah." Menurut anggaran wartawan-wartawan, kira-kira satu juta orang di Ukraine terus tinggal berdekatan dengan kawasan-kawasan konflik. Mereka berpaut pada rumah yang telah mereka bina sepanjang hayat mereka, pada jalan-jalan yang mereka kenal, taman-taman, bunga-bunga dan pokok-pokok buah, meskipun berlaku peperangan, masih berbuah. Mereka ini berpegang pada harapan untuk keamanan.
Sudikah anda menyokong kerja tindak balas kecemasan kami?
Bantu kami menyediakan penjagaan kesihatan yang menyelamatkan nyawa ketika kecemasan dengan melakukan sumbangan hari ini.