Skip to main content

Ukraine: Perlumbaan Kemanusiaan Penting Melawan Masa

Hundreds of people trying to escape the on-going conflict in Ukraine wait for a train to Poland at the central train station in Lviv.

Ratusan orang cuba melarikan diri dari konflik berterusan di Ukraine di stesen kereta api pusat di Lviv. Ukraine, Mac 2022. © Jean-Pierre Amigo

Di Lviv, saya menerima banyak panggilan daripada hospital merayu untuk mendapatkan bantuan segera. Kami memulakan perlumbaan penting melawan masa untuk mendapatkan bekalan perubatan yang betul ke tempat yang betul sebelum bantuan tidak lagi dapat sampai ke pekan dan bandar yang dikelilingi tentera.

Kemusnahan, pengeboman udara, tembakan artileri berat, pertempuran kereta kebal, bandar yang dikelilingi, permulaan peperangan bandar, orang yang berlindung di kubu dan ruang bawah

tanah kehabisan makanan, air dan elektrik - inilah yang berlaku. Dan ia semakin teruk. Kekejaman, ketegangan dan kepantasan perang ini tidak seperti apa yang pernah kita lihat sejak sekian lama.

Tindak balas perubatan kemanusiaan perlu tepat dan pantas.

Di MSF, kami bekerja siang dan malam untuk beralih daripada program perubatan jangka panjang biasa di Ukraine kepada tindak balas terhadap situasi perang sepenuhnya.

Pasukan kami mengedarkan bekalan terhad perubatan dan lain-lain yang kami miliki dalam negara sejak hari pertama perang, namun kami tahu ia sangat sedikit dibandingkan keperluan hospital dan rakyat.

Late-night loading of MSF emergency medical supplies onto a train at Lviv station, to be dispatched as rapidly as possible to hospitals in Kyiv.

Mengambil bekalan perubatan kecemasan Doctors Without Borders dari gudang di Lviv untuk dimuatkan ke atas keretapi menuju Kyiv. Ukraine, 5 Mac 2022. © MSF

Bekalan pertama melalui keretapi ke Kyiv

Hujung minggu lalu, pada Sabtu 05 Mac, tiga trak pertama bekalan perubatan kecemasan kami – 120m3 – memasuki Ukraine. Kami segera menghantar satu pertiga daripadanya, kebanyakannya bahan pembedahan dan trauma serta ubat-ubatan, ke Kyiv dengan kereta api, yang dimuatkan sehingga tengah malam. Ia dihantar pada tengah hari Ahad 06 Mac kepada Kementerian Kesihatan di Kyiv untuk diedarkan ke hospital yang merawat kecederaan akibat perang di ibu kota dan ke hospital di zon perang lebih jauh ke timur.

Memandangkan hospital-hospital di timur mula terbeban dengan peningkatan bilangan pesakit yang mengalami trauma perang, bekalan mereka semakin berkurangan. Dan kita tidak tahu berapa lama masa yang ada sebelum Kyiv terputus bekalan. Usaha utama kami buat masa ini ialah mendapatkan bekalan perubatan yang betul ke tempat yang diperlukan, dalam jumlah yang besar, serta secepat yang mampu. Lebih banyak bekalan perubatan kecemasan telah tiba dalam beberapa hari lalu, dan penghantaran selanjutnya akan menyusul dalam beberapa hari dan minggu akan datang.

Mendapatkan bekalan ke tempat yang diperlukan di Ukraine akan menjadi satu cabaran.

Pelbagai keperluan bertindi

Setakat ini, tumpuan diberikan kepada peralatan dan ubat-ubatan pembedahan, trauma, ER (Bilik Kecemasan) dan ICU (Unit Rawatan Rapi). Namun gambaran lebih luas tentang item perubatan utama lain mula muncul: insulin untuk pesakit diabetes, ubat untuk pesakit dengan penyakit kronik lain seperti asma, hipertensi atau HIV. Sebahagian daripada ini perlu dihantar menggunakan kelengkapan sejuk beku yang lebih rumit.

Menghantar bekalan ke tempat ia diperlukan di Ukraine akan menjadi satu cabaran. Kereta api kebanyakannya masih berjalan, dan ia pilihan yang baik memandangkan jumlah kargo yang boleh mereka bawa, namun kami sedang menilai pelbagai cara untuk memindahkan bekalan perubatan ke seluruh negara dengan selamat. Kami bimbang ia akan menjadi lebih sukar, mungkin juga dengan cepat, untuk memindahkan bekalan dan kakitangan perubatan ke tempat yang mereka perlukan, maka keperluan untuk bergerak pantas sekarang amat mendesak.

Di mana saya berada sekarang, di bandar Lviv, suhu negatif tujuh darjah Celsius pada waktu malam… Suhu sejuk ini boleh membunuh.

Perlumbaan melawan kesejukan

Perlumbaan lain adalah menentang kesejukan. Di mana saya berada sekarang, di bandar Lviv, suhu negatif tujuh darjah Celsius pada waktu malam, dan terdapat ratusan ribu orang yang berkumpul di sini atau sedang meneruskan perjalanan dari Lviv ke sempadan Poland, Slovakia atau Hungary. Suhu sejuk ini boleh membunuh. Oleh itu, kami segera membawa masuk 160m3 kelengkapan untuk membantu – lebih 2,000 beg tidur, lebih 3,500 selimut bulu yang hangat, ribuan set pakaian dalam hangat, baju bulu untuk cuaca sejuk, topi, jaket hujan dan pakaian lain, lebih 500 khemah, serta barangan kebersihan seperti ubat gigi, berus gigi, sabun dan tuala. Kami berhasrat menyampaikannya kepada organisasi masyarakat awam tempatan yang akan mengedarkannya kepada mereka yang melarikan diri ke Lviv atau sedang beratur di sempadan Ukraine.

Pasukan pembedahan pertama kami tiba di Lviv, namun keputusan untuk bergerak lebih dekat ke kawasan pertempuran aktif untuk melakukan kerja perubatan secara langsung tidak boleh dipandang ringan. Kami sedang mempertimbang beberapa lokasi serta pilihan dan akan memutuskannya dalam beberapa hari akan datang.

Perlumbaan untuk menempatkan bantuan perubatan di mana ia diperlukan sudah bermula. Kami meningkatkan usaha dengan pantas - dan ini adalah langkah pertama yang sangat diperlukan semasa kami membina tindak balas perubatan konkrit kami.