Ukraine: data dan pengalaman pesakit dedahkan serangan berterusan tanpa mengira orang awam
Doctors Without Borders nurse aid monitors a war-wounded patient inside the intensive care unit (ICU) of the Doctors Without Borders medical train during a journey from Pokvrosk in eastern Ukraine, to Lviv. Ukraine, 20 May 2022. © Andrii Ovod
22 Jun 2022, Lviv/Brussels – Data perubatan dan pengalaman diceritakan pesakit yang dipindahkan menggunakan kereta api rujukan perubatan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) menunjukkan bahawa perang di Ukraine digerakkan secara semberono tanpa membezakan atau mengambil peduli perlindungan orang awam. Lebih 40 peratus daripada mereka yang cedera akibat perang dalam kereta api itu adalah warga emas dan kanak-kanak yang mengalami luka akibat letupan, amputasi traumatik, serpihan dan luka tembakan. Ini menunjukkan bahawa kurangnya rasa hormat terhadap perlindungan awam yang mana ia pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa, kata organisasi kemanusiaan perubatan itu.
Antara 31 Mac dan 6 Jun, Doctors Without BordersF memindahkan 653 pesakit secara perubatan dengan kereta api dari kawasan dilanda perang di timur ke hospital di bahagian yang lebih selamat di negara ini. Dalam perjalanan 20 hingga 30 jam itu, jururawat dan doktor memantau pesakit dan memberikan rawatan untuk memastikan mereka stabil. Ramai yang berkongsi pengalaman pahit mereka dengan kakitangan Doctors Without Borders.
Kecederaan pesakit kami dan cerita yang mereka sampaikan menjadi bukti jelas tahap penderitaan yang mengejutkan akibat keganasan perang yang melanda orang awam ini. Ramai pesakit dalam kereta api Doctors Without Borders cedera akibat serangan tentera yang mengenai kawasan kediaman orang awam. Walaupun kita tidak boleh secara khusus menuduh niat untuk menyasarkan orang awam, keputusan menggunakan senjata berat secara besar-besaran di kawasan berpenduduk padat bermakna orang awam tidak dapat dielakkan, dan oleh itu sememangnya diketahui, terbunuh dan cedera.Christopher Stokes, Penyelaras Kecemasan
Daripada pengalaman pesakit, beberapa tema yang konsisten dan mengerikan disedari:
- Orang awam ditembak ketika pemindahan atau diserang ketika cuba meninggalkan zon perang;
- Pengeboman dan penembakan semberono membunuh serta mencederakan penduduk yang tinggal dan berlindung di kawasan kediaman;
- Warga emas dikejami, diserang secara terus, dan status mereka yang rentan sepenuhnya tidak langsung dipandang oleh pasukan yang melakukan serangan; dan
- Jenis luka seringkali serius dan menakutkan serta dialami semua, tidak kiralah sama ada lelaki atau wanita, muda atau tua.
Mereka yang dirujuk dalam kereta api kebanyakannya sama ada pesakit yang sekian lama dirawat di hospital atau baharu sahaja tercedera akibat peperangan yang memerlukan penjagaan selepas pembedahan berikutan kecederaan traumatik. Daripada lebih 600 pesakit yang dibawa dan dirawat dengan kereta api perubatan Doctors Without Borders selama dua bulan, 355 cedera akibat kesan langsung peperangan. Majoriti pesakit ini mengalami kecederaan akibat letupan. Dan 11 peratus pesakit trauma berkaitan perang berusia tidak sampai 18 tahun, manakala 30 peratus berusia lebih 60 tahun.
Saya dalam perjalanan ke tandas apabila letupan berlaku. Saya tidak sedarkan diri dan jatuh. Sebaik tersedar, muka saya dipenuhi darah kering. Saya mengalami patah tulang lengan yang terbuka dan semestinya patah tulang hidung apabila terjatuh. Saya keseorangan dan dalam kesakitan menjerit meminta tolong tetapi tiada sesiapa mendengar. Kemudian, seorang sukarelawan menemui saya dan dia mengambil masa dua hari cuba menghubungi ambulans yang akan membawa saya ke hospital.wanita berusia 92 tahun dari Lyman
Kecederaan akibat letupan mewakili 73 peratus daripada kes trauma berkaitan perang, dengan 20 peratus disebabkan serpihan atau tembakan dan selebihnya kerana insiden ganas lain. Lebih 10 peratus pesakit trauma perang kehilangan satu atau lebih anggota badan, yang paling muda berusia enam tahun.
Pesakit Doctors Without Borders dan penjaga mereka dalam kereta api menceritakan kisah yang tidak dapat dibayangkan tentang kanak-kanak, lelaki dan wanita yang terperangkap dalam konflik, dibom di tempat perlindungan, diserang semasa pemindahan dan cedera parah dalam letupan, sama ada disebabkan bom, tembakan atau oleh periuk api dan serpihan. Sesetengah pesakit dilapor mengalami kecederaan ketika di rumah mereka. Yang lain pula, terkena tembakan senjata berat ketika cuba ke kawasan lebih selamat. Kebanyakan pesakit yang kami temui ketika menetapkan siapa yang bertanggungjawab atas kecederaan mereka menuding jari ke arah Russia dan pasukan tentera yang disokong Russia.
The medical team on board the Doctors Without Borders medical train discuss the condition of an eldelry war-wounded patient during the journey from Pokrovsk in eastern Ukraine, to Lviv. Ukraine, 20 May 2022. © Andrii Ovod
“Seperti dalam semua konflik, Doctors Without Borders menyeru semua kumpulan bersenjata untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa (IHL) dan mematuhi kewajipan mereka untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam, membenarkan orang ramai melarikan diri ke tempat selamat, dan membenarkan pemindahan yang selamat untuk orang yang sakit dan cedera tepat pada masanya. Di samping itu, kami menyeru agar akses kemanusiaan dapat memberikan bantuan kepada orang ramai tidak kira di mana mereka berada. Di Ukraine kami melihat, sekurang-kurangnya, serangan semberono terhadap orang awam menjadi desakan kami yang utama,” kata Dr Bertrand Draguez, presiden Doctors Without Borders.
Doctors Without Borders di Ukraine
Doctors Without Borders memulakan misi di Ukraine pada 1999. Sejak 24 Februari 2022, kami meningkatkan dan mengorientasikan semula aktiviti kami dengan ketara untuk bertindak balas terhadap keperluan yang tercetus akibat perang di Ukraine. Ini termasuk kereta api rujukan perubatan yang menerima pesakit dari hospital berhampiran barisan hadapan di timur yang menerima atau bersiap untuk menerima kemasukan pesakit yang baru cedera, dan memindahkan mereka ke hospital di barat negara, di mana mereka boleh meneruskan rawatan. Kereta api perubatan dikendalikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kereta Api Negara Ukraine. Antara 31 Mac dan 6 Jun Doctors Without Borders memindahkan dan merawat 653 pesakit di dalam kereta api. Di timur dan selatan, Doctors Without Borders juga menjalankan sistem rujukan ambulans. Walaupun Doctors Without Borders menyediakan bantuan perubatan di kawasan terjejas akibat pertempuran hebat di timur dan selatan Ukraine dan dalam kereta api rujukan, kami tidak mempunyai akses terus ke tempat di mana kebanyakan pesakit kami berasal serta lokasi pertempuran paling sengit. Doctors Without Borders juga menyediakan bantuan perubatan dan kemanusiaan kepada mereka yang dipindahkan ke kawasan lain di Ukraine, termasuk menyediakan penjagaan kesihatan mental, merawat mangsa keganasan seksual yang terselamat, mengendalikan klinik bergerak dan menderma bekalan perubatan serta lain-lain kepada hospital. Pasukan pembedahan juga membantu di hospital di timur dan selatan, di mana Doctors Without Borders turut menyediakan rujukan ambulans antara hospital. Pasukan kami juga memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk dari Ukraine di negara jiran seperti Belarus, Poland, Russia dan Slovakia.