Sudan: MSF mengecam serangan ke atas ambulans membawa wanita hamil ke hospital
Ambulans Doctors Without Borders untuk rujukan dari pusat kesihatan Rokero ke hospital Al-Fasher. Perjalanan memakan masa enam jam. © MSF
Penumpangnya, termasuk seorang wanita hamil yang dirujuk ke hospital untuk rawatan kecemasan, disamun semua barangan milik mereka dan ditinggalkan di tepi jalan di lokasi terpencil.
Semua empat penumpang - pesakit, penjaga mereka, bidan dan pemandu - kini selamat. Pesakit dapat menerima rawatan diperlukan selepas pasukan itu ditemui dan dia dapat meneruskan perjalanan ke hospital.
Permandangan Rokero Town, Jebel Marra, Darfur
Kami mengecam sekuatnya serangan terhadap penjagaan kesihatan ini. Sangat mengejutkan apabila ada yang menyerang ambulans membawa seorang wanita hamil ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Nasib baik, pesakit - ibu mengandung dan anaknya yang belum lahir - tidak mengalami masalah perubatan akibat serangan ini. Doctors Without Borders kini terpaksa menghentikan semua rujukan ke hospital Al-Fasher sehingga kami dapat menjamin keselamatan pesakit dan kakitangan perubatan. Kami meminta semua pihak di daerah berkenaan menghormati penghantaran bantuan kemanusiaan perubatan yang sangat diperlukanMonica Camacho, Desk Manager-East Africa
Di Rokero, sebuah kawasan pergunungan di Darfur yang disebut Jebel Marra, Doctors Without Borders menyediakan rawatan perubatan di sebuah hospital dikendalikan Kementerian Kesihatan. Kami menguruskan jabatan pesakit dalam, kecemasan, bilik materniti dan bersalin. Doctors Without Borders juga mengendalikan sebuah bilik pemerhatian di mana pesakit dapat dijaga kakitangan perubatan serta pusat makanan terapi pesakit dalam untuk kanak-kanak yang kekurangan zat makanan. Rujukan ke Al-Fasher dilakukan untuk mereka yang memerlukan rawatan perubatan lebih lanjut daripada yang dapat diberikan di kemudahan itu.