Sudan: 240 pesakit trauma dirawat di hospital Khartoum
Lebih ramai pesakit tiba di Hospital Bashair berikutan ia satu-satunya hospital yang boleh dikunjungi di selatan Khartoum. Sudan, Mei 2023. © MSF/Ala Kheir
Satu pasukan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) yang bekerja bersama kakitangan Sudan dan sukarelawan di sebuah hospital di selatan Khartoum merawat 240 pesakit trauma hanya dalam seminggu. Ramai antara mereka cedera dengan luka akibat tembakan atau disebabkan letupan, selari dengan serangan udara yang berterusan dan pengeboman di kawasan membangun di ibu kota.
Sejak pertempuran sengit meletus di ibu kota Sudan, Khartoum pada 15 April 2023, dan merebak pantas ke bahagian lain di negara ini, hospital serta kemudahan kesihatan bergelut untuk meneruskan operasi. Ada yang rosak teruk. Sementara yang lain kekurangan kakitangan selepas ramai melarikan diri atau berdepan kesukaran untuk bergerak di sekitar bandar. Bashair Teaching School di selatan Khartoum terpaksa ditutup sepenuhnya untuk sementara waktu.
Doktor dan jururawat termasuk golongan muda dalam komuniti sepakat untuk cuba menghidupkan semula hospital ini selepas ia ditutup dan kakitangannya pula meninggalkannya demi keselamatan masing-masing. Apabila pasukan pembedahan tiba di selatan Khartoum, kami menemukan sebuah hospital di mana orang ramai bekerja sedaya mungkin sambil menanggung risiko. Kami berganding bahu dengan mereka untuk cuba membawa penjagaan kesihatan dan rawatan pembedahan yang menyelamatkan nyawa kepada orang ramai di kawasan ini.Will Harper, penyelaras kecemasan
"Sewaktu kami tiba, keadaan huru-hara," kata seorang doktor di Doctors Without Borders, Hisham Eid. “Hospital tidak beroperasi. Beberapa doktor dan sukarelawan telah melakukan yang terbaik untuk merawat sejumlah besar pesakit walaupun kekurangan semua bentuk bekalan termasuk elektrik. Keadaan semakin baik sekarang, dan kami dapat merawat lebih ramai pesakit dengan berkesan.”
Sejak pasukan Doctors Without Borders mula bekerja di hospital itu pada 9 Mei, lebih 240 prosedur pembedahan dilakukan, antaranya termasuklah sekitar empat prosedur utama sehari. Sebahagian penting daripadanya adalah kes kompleks dan kritikal.
“Kami turut menemui beberapa pesakit dengan luka akibat kesan tembakan dan tikaman yang amat kritikal dan mereka ini tidak mampu diselamatkan tanpa pembedahan,” kata Pakar Bedah Doctors Without Borders Shahzid Majeed. Kecederaan ini ditemui pada dada, abdomen, hati, limpa, buah pinggang dan juga usus. Kami juga menjalankan pembedaan membina semula vaskular di sini, yang mana tanpanya pesakit akan mati atau kehilangan limpa.”
Staf dan sukarelawan Doctors Without Borders cuba menggunakan apa sahaja yang masih tinggal untuk memastikan operasi beroperasi. Sudan, Mei 2023. © MSF/Ala Kheir
Memastikan pasukan pembedahan dan profesional perubatan lain mempunyai bekalan yang betul untuk terus menyediakan rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa adalah suatu yang sukar. Doctors Without Borders dan organisasi lain menderma bekalan perubatan kepada hospital di Khartoum dan kawasan lain daripada stok yang sedia ada di negara ini. Namun kelewatan menghantar bekalan masuk ke Sudan dan ke kawasan ia paling diperlukan - sama ada disebabkan logistik atau pentadbiran - adalah satu cabaran yang serius. Bahan api untuk menggerakkan jana kuasa menjadi kebimbangan utama, kerana bekalan elektrik kerap terputus.
“Kami berjaya meningkatkan kualiti rawatan dan membina kapasiti diperlukan dalam kalangan sukarelawan serta kakitangan di sini. Kami juga campur tangan dalam beberapa pembedahan utama - pembedahan yang rumit - berpunca daripada keganasan. Namun untuk meningkatkan penjagaan selepas pembedahan, kawalan jangkitan, semua yang menjadi cabaran di mana-mana hospital harian biasa dan ia sememangnya menjadi cabaran apabila kami memiliki air, elektrik dan bekalan perubatan yang terhad,” kata Will Harper, Penyelaras Kecemasan Doctors Without Borders.
Seorang pakar bius, menyediakan pesakit untuk operasi mengeluarkan peluru di Hospital Bashair Khartoum. Sudan, Mei 2023. © MSF/Ala Kheir
Dengan penghujung konflik yang tidak kelihatan, lebih banyak bekalan dan lebih ramai kakitangan perubatan perlu sampai ke kawasan yang paling memerlukan untuk memastikan orang ramai yang mengharungi kehidupan atau cedera akibat keganasan mempunyai akses kepada rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa.
Aktiviti pembedahan di Khartoum sebahagian daripada beberapa projek Doctors Without Borders yang sedang berjalan di Khartoum, Darfur Utara, Darfur Barat, Darfur Tengah, Al-Jazeera, Blue Nile, Al-Gedaref, termasuk mengendalikan serta menyokong hospital dan klinik, menggerakkan klinik mudah alih, menyediakan barangan bukan makanan, serta melaksanakan aktiviti air dan sanitasi. Doctors Without Borders komited untuk kekal di Sudan dan terus memberikan bantuan perubatan serta kemanusiaan kepada mereka yang terjejas disebabkan krisis ini.