Pengecualian monopoli COVID-19: Doctors Without Borders menggesa semua negara yang menentang akur
Pandangan dari udara kain rentang dipasang MSF di hadapan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva menuntut beberapa kerajaan berhenti menyekat cadangan pengecualian harta intelek (IP) ketika pandemik. Mac 04, 2021. © Pierre-Yves Bernard/MSF
Menjelang mesyuarat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada Khamis untuk membincangkan cadangan menyekat harta intelektual tertentu pada alat perubatan COVID-19 semasa wabak, Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) memuji kenyataan baru-baru ini oleh Ketua Pengarah WTO yang baharu Dr Ngozi Okonjo-Iweala, meminta semua kerajaan meneruskan rundingan mengenai cadangan penting yang awalnya dibuat India dan Afrika Selatan tahun lalu. Ketika COVID-19 terus memusnahkan negara-negara seluruh dunia, Doctors Without Borders menggesa semua pemerintah bersolidariti dan menyokong, atau sekurang-kurangnya tidak menyekat, cadangan penting ini.
Doctors Without Borders turut mengiktiraf pernyataan minggu lalu oleh Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Katherine Tai, yang menekankan 'ketidaksamaan ketara yang kita lihat dalam mengakses vaksin antara negara maju dan membangun sama sekali tidak dapat diterima' dan bahawa kesalahan yang mengakibatkan 'kematian dan penderitaan yang tidak perlu' ketika wabak HIV / AIDS tidak boleh diulang. Walaupun AS belum menjelaskan apakah ia telah mengubah kedudukannya terhadap cadangan pengecualian TRIPS, pernyataan itu mengiktiraf bahawa peraturan WTO mungkin perlu disesuaikan untuk mengharungi tempoh krisis ini. Kenyataan AS bertentangan dengan Suruhanjaya Eropah yang membantah status quo mengenai peraturan perdagangan.
"Dalam pandemik COVID-19 ini, kita sekali lagi berhadapan masalah kekurangan, yang dapat ditangani melalui kepelbagaian kapasiti pembuatan dan penawaran serta memastikan pengecualian sementara harta intelektual yang relevan," kata Dr Maria Guevara, Setiausaha Perubatan Antarabangsa Doctors Without Borders.
“Kami mendesak semua negara yang menentang ini, termasuk AS dan EU, untuk berdiri di sisi yang betul dan berganding bahu dengan negara yang menyokong. Ia akhirnya mengenai menyelamatkan nyawa, bukan melindungi sistem. "
Cadangan penting ‘pengecualian TRIPS’ pada awalnya dikemukakan India dan Afrika Selatan pada Oktober 2020, dan kini secara rasmi disokong 59 kerajaan yang menaja, dengan sekitar 100 negara menyokong secara keseluruhan. Tetapi enam bulan kemudian - dan selepas berpuluh-puluh pernyataan daripada kerajaan yang menyokong menekankan keterdesakan dan kepentingannya - cadangan itu terus ditentang sebilangan kecil kerajaan.
Sementara itu, ketika Brazil, India dan negara lain berjuang mendepani lonjakan COVID-19 besar-besaran, peningkatan bilangan individu dijangkiti yang memerlukan rawatan perubatan memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan awam dan bekalan perubatan yang ada. Sangat penting untuk memastikan mana-mana negara yang menghadapi wabak itu dapat dengan mudah mengakses semua alat perubatan COVID-19 yang ada dan yang akan datang dalam jumlah mencukupi dan tepat pada masanya.
Beberapa ubat berpotensi yang menjanjikan pencegahan dan rawatan COVID-19 kini dalam ujian klinikal, dan jika terbukti berkesan, boleh menjadi bahagian kritikal dalam tindak balas berterusan terhadap pandemik, terutama dengan pengeluaran vaksin global yang perlahan dan tidak menyamai kemunculan varian virus. Namun, walaupun dalam keadaan pandemik, syarikat farmaseutikal masih mengekalkan praktik standard kawalan ketat terhadap hak harta intelek, dan analisis Doctors Without Borders menunjukkan mereka sudah mengemukakan tuntutan paten sejak tahun lalu untuk beberapa ubat yang sedang dikembangkan untuk rawatan COVID-19.
Pengecualian ini, sekiranya terpakai, dapat memberi pilihan baharu buat beberapa negara untuk mengatasi lebih awal ketidakpastian dan sekatan undang-undang yang mungkin menghalang pengeluaran dan pembekalan produk perubatan COVID-19, berbanding menunggu sekatan timbul dan kemudian bergelut untuk bertindak.
"Kami belajar daripada pengalaman lalu yang terpaksa mengambil pendekatan mengenepikan sekatan IP yang menghalang akses rawatan menyelamatan nyawa berpandukan negara-demi-negara dan produk-demi-produk; ia tidak mencukupi dan bukanlah pilihan terbaik untuk wabak global ini,” kata Dr Márcio da Fonseca, Penasihat Penyakit Berjangkit untuk Kempen Akses Doctors Without Borders. "Ketika lebih tiga juta nyawa hilang kerana COVID-19, kami mendesak negara-negara untuk mengambil semua kemungkinan tindakan, termasuk mendukung pengecualian ini, supaya dapat melindungi semua orang, di mana saja ketika wabak ini."
Doctors Without Borders baru-baru ini bergabung dengan lebih 200 organisasi masyarakat sivil dalam surat terbuka kepada Ketua Pengarah dan anggota WTO, menekankan batasan pelesenan sukarela dan peraturan perdagangan WTO sedia ada, menekankan keperluan mendesak supaya cadangan pengecualian diterima.
"Sudah tiba waktunya untuk memperkukuh kemampuan kerajaan-kerajaan dengan menawarkan semua kemungkinan pilihan yang akan memberi mereka peluang terbaik untuk menangani pandemic ini dan melindungi rakyat mereka," kata Guevara.