Skip to main content

Hari Kesihatan Sedunia: Cabaran kepada akses wanita terhadap penjagaan kesihatan di Bangladesh

Umme Salma, Medical Doctor at MSF’s Kutupalong hospital. Bangladesh 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Umme Salma bekerja sebagai Doktor Perubatan di Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) hospital Kutupalong, di mana dia melihat sendiri cabaran yang dihadapi wanita, sama ada dalam kalangan Rohingya atau komuniti tuan rumah. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Di Bangladesh, wanita berdepan pelbagai halangan dalam mengakses penjagaan kesihatan. Bagi wanita Rohingya, pergerakan dalam kem terhad, terutamanya pada waktu malam. Selain isu-isu lain, seperti ditahan di pusat pemeriksaan oleh polis, kekurangan pengangkutan di kem, mereka juga tidak mempunyai akses mencukupi kepada maklumat berkaitan tempat untuk mendapatkan sokongan perubatan serta pengetahuan terhad mengenai tanda-tanda bahaya semasa kehamilan. Begitu juga, wanita daripada komuniti tuan rumah di Cox's Bazar dan Dhaka mengalami halangan ketara untuk mengakses penjagaan kesihatan. Disebabkan faktor jantina mereka, wanita tidak boleh membuat keputusan untuk diri mereka sendiri dengan mudah.

Di Bangladesh, pelarian Rohingya yang melarikan diri dari keganasan dan penganiayaan di Myanmar telah mencari perlindungan di Cox's Bazar, daerah di mana Doctors Without Borders menyediakan perkhidmatan perubatan sejak 1992. Kemasukan terbaru dan terbesar berlaku pada 2017, apabila hampir 700,000 Rohingya memasuki Bangladesh dengan merentasi sempadan. Kem-kem pelarian yang sesak itu sehingga kini dikepung selama hampir tujuh tahun.

Akses terhad kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang teruk terbeban telah menimbulkan cabaran besar terhadap kesihatan wanita, termasuk isu berkaitan penjagaan ibu, perancangan keluarga, penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif serta keganasan seksual dan jantina.

Wanita Rohingya melalui banyak halangan untuk mengakses penjagaan kesihatan di kem. Di beberapa kem, pergerakan pelarian dihadkan pada waktu malam atas sebab keselamatan. Mereka turut berdepan cabaran lain, seperti ditahan di pusat pemeriksaan oleh polis, faktor jarak serta kekurangan pengangkutan di kem, akses yang tidak mencukupi kepada maklumat tentang tempat untuk mendapatkan sokongan perubatan, serta pengetahuan terhad tentang tanda bahaya semasa kehamilan. Gadis Rohingya dibelenggu perkahwinan paksa dan keganasan, selain kekurangan akses kepada perkhidmatan penjagaan serta perlindungan perubatan dan psikologi.

Begitu juga, wanita daripada komuniti tuan rumah di Cox's Bazar dan Dhaka berdepan halangan ketara untuk mengakses penjagaan kesihatan disebabkan jantina mereka. Di sini, wanita tidak boleh membuat keputusan untuk diri sendiri dengan mudah; mereka perlu bergantung kepada apa yang diputuskan lelaki. Akibatnya, mereka sering tidak menerima rawatan perubatan tepat pada masanya. Walaupun pusat penjagaan kesihatan terletak sangat dekat dengan beberapa kediaman mereka, wanita bimbang kos perubatan yang tinggi.

Hamida, dari Moricchya, Cox’s Bazar

MSB191494 - World Health Day - Women's access to healthcare. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Hamida, from Moricchya, Cox’s Bazar. Bangladesh, 01 April, 2024 © MSF/Farah Tanjee

Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

"Saya Hamida, dari Moricchya, Cox's Bazar. Semasa mengandung, saya tahu saya inginkan penjagaan terbaik untuk anak pertama saya. Walaupun terdapat klinik swasta berdekatan, saya pernah mendengar bahawa Hospital Kutupalong Doctors Without Borders menyediakan perkhidmatan penjagaan berkualiti tinggi, semuanya percuma.

"Kebiasaannya, keluarga saya sedikit kurang senang untuk menemui doktor lelaki di hospital kerana mereka lebih selesa dengan doktor perempuan. Saya sering menerima keputusan mereka. Selalunya kami ke farmasi berhampiran jika terdapat masalah fizikal kerana ada wanita yang memberi ubat. Ia selalunya menghalang saya daripada mendapatkan rawatan perubatan yang lebih lanjut. Bagaimanapun, halangan kewangan satu lagi isu. Keluarga kami kini seramai enam orang. Suami saya seorang petani dan kadang-kadang membawa kereta. Dia satu-satunya yang bekerja dalam keluarga, dan sukar untuk menanggung enam orang. Malah bapa dan ibu mentua saya yang lebih tua juga ke farmasi berdekatan untuk mendapatkan ubat kerana ia lebih murah."

"Apabila mengandung, saya mengambil keputusan untuk mengunjungi Hospital Kutupalong. Mentua saya tidak begitu bersetuju kerana perjalanan dari Moricchya ke Kutupalong pun memerlukan perbelanjaan besar. Saya meyakinkan suami dan mula mengunjunginya bersama ibu saya untuk pemeriksaan dan susulan."

"Apabila tarikh bersalin semakin hampir, sakit untuk bersalin saya bermula. Selama empat hari, saya bergelut menahan kesakitan, dan keluarga saya teragak-agak untuk ke hospital disebabkan kos. Keluarga mentua saya meminta bantuan daripada bidan tradisional untuk bersalin di rumah. Selama beberapa dia mencuba. Saya menderita kesakitan selama beberapa hari dan tetap tidak dapat melahirkan bayi saya. Akhirnya kesakitan susah tidak tertanggung, saya lemah, dan meminta ibu saya, yang tinggal di kawasan Courtbazar di Cox's Bazar, untuk membawa saya ke hospital Kutupalong Doctors Without Borders.

"Syukurlah, pakar Doctors Without Borders ada di sana. Saya selamat bersalin dan melahirkan bayi perempuan yang sihat! Saya amat berterima kasih atas penjagaan dan kepakaran mereka."

Di hospital Kutupalong, kami menyediakan penjagaan antenatal, penjagaan bersalin dan penjagaan bagi mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan jantina.

Dr Umme Salma, Hospital Kutupalong

Umme Salma, Medical Doctor at MSF’s Kutupalong hospital. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Umme Salma, doktor perubatan di hospital Kutupalong Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF). Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Umme Salma, Medical Doctor at MSF’s Kutupalong hospital. Bangladesh 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Umme Salma, doktor perubatan di hospital Kutupalong Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF). Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

"Saya Dr Umme Salma, doktor di Doctors Without Borders sejak dua tahun lalu. Saya melihat sendiri cabaran dihadapi wanita di kem pelarian Rohingya dan komuniti Bangladesh apabila mereka melawat kemudahan kami untuk konsultasi antenatal, materniti dan pasca bersalin.

"Banyak keluarga dalam kedua-dua komuniti tidak menyedari risiko bersalin di rumah atau kepentingan pemeriksaan biasa. Ini membawa kepada komplikasi dan kelewatan dalam mendapatkan bantuan perubatan."

"Di kem pelarian, jarak, kekurangan kemudahan kesihatan berfungsi berhampiran dan pengangkutan yang boleh dipercayai menghalang ketibaan tepat pada masanya di hospital, meningkatkan risiko untuk ibu dan bayi. Ada yang lebih suka memilih pengamal perubatan tradisional kerana sering mengadu mereka disekat di pusat pemeriksaan, perlu menunjukkan dokumen untuk mewajarkan mengapa mereka melakukan perjalanan itu. Ini menyebabkan intervensi perubatan penting tertangguh."

"Komplikasi seperti plasenta tersekat, hipertensi, atau keperluan untuk bantuan bersalin selalunya disebabkan ketibaan lewat. Ini boleh mengancam nyawa.

"Di Doctors Without Borders, kami menyediakan penjagaan penting, selain turut memberikan kesedaran kepada keluarga tentang risiko kehamilan serta kepentingan rawatan perubatan yang tepat pada masanya. Kami menasihati suami dan isteri supaya memahami keperluan ibu hamil.

"Malangnya, ramai ibu dan bayi kehilangan nyawa mereka akibat komplikasi yang boleh dicegah. Meningkatkan kesedaran dan meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan adalah penting."

Sumaiya Shimu Kakoli, Hospital Kutupalong

Sumaiya Shimu Kakoli, midwife at Kutupalong. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Sumaiya Shimu Kakoli, bidan di Kutupalong. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee 

Sumaiya Shimu Kakoli, midwife at Kutupalong. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Sumaiya Shimu Kakoli, bidan di Kutupalong. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee 

"Saya Sumaiya Shimu Kakoli, seorang bidan yang bekerja untuk Doctors Without Borders. Di klinik Kutupalong kami, saya melihat keperluan kritikal: menyokong mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan jantina.

"Mangsa keganasan seksual dan jantina yang terselamat memerlukan rawatan perubatan dalam tempoh 72 jam selepas serangan, namun ketakutan dan stigma sering menghalang mereka daripada mendapatkan bantuan. Mereka bimbang tentang rasa malu dan pengasingan sosial, menyebabkan kelewatan dalam rawatan. Ramai tidak menyedari kemungkinan hamil selepas keganasan sebegitu."

"Wanita yang melalui keganasan rumah tangga sama ada daripada komuniti pelarian atau tuan rumah sering datang selepas bertahun-tahun menderita, kerana bimbang dihakimi selain faktor tekanan sosial. Mereka meletakkan kebahagiaan dan kehormatan keluarga lebih tinggi berbanding kesejahteraan mereka sendiri."

"Lebih banyak kesukaran dialamai wanita Rohingya yang berpindah dari tanah air mereka dan berlindung di Bangladesh. Ketakutan menjadi orang luar dan pergerakan terhad dalam kem menghalang akses kepada penjagaan kesihatan.

"Kami menawarkan perkhidmatan secara sulit kepada semua mangsa yang terselamat, tanpa mengira asal usul. Tanda khas seperti bunga putih atau frasa 'Mashir Ghor' membantu wanita mengakses penjagaan secara secara tersembunyi. Kami menyediakan rawatan perubatan, kaunseling dan ubat-ubatan."

Di hospital Kutupalong Doctors Without Borders, kami menyediakan penjagaan bagi mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan jantina, serta perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri untuk kedua-duanya membabitkan pelarian dan populasi tuan rumah.

Halima, dari Goyalmara

Halima, a mom of three children, from Goyalmara. Bangladesh, 1 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Halima memangku seorang daripada tiga anaknya. Goyalmara, Bangladesh, 1 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Halima, a mom of three children, from Goyalmara. Bangladesh, 1 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Halima memangku seorang daripada tiga anaknya. Goyalmara, Bangladesh, 1 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

"Saya Halima, ibu kepada tiga anak dari Goyalmara. Mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan membawa perubahan besar kepada keluarga saya.

"Ketika saya melahirkan anak lelaki pertama saya, tidak ada hospital berdekatan untuk bersalin di kawasan Goyalmara. Ini bermakna kelahiran di rumah. Saya tahu, ia bukan suatu yang ideal."

"Keadaan tidak sama dengan anak kedua saya. Kali ini, berlaku komplikasi semasa bersalin di rumah kerana sakit bersalin secara tiba-tiba. Bayi saya kurang berat badan dan sukar menyusu. Saya segera ke hospital ibu dan anak Goyalmara. Penjagaan percuma Doctors Without Borders' membolehkan saya tinggal di hospital selama hampir dua bulan sehingga bayi saya sihat."

"Suami saya bekerja di kedai dan menyara seisi keluarga. Disebabkan masalah kewangan, saya selalunya tidak ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan perubatan. Kali ini, semasa mengandung, dari awal saya mula melawat fasiliti Doctors Without Borders Goyalmara disebabkan saya risau dengan kesihatan bayi disebabkan pengalaman saya. Di sini, Doctors Without Borders menyediakan rawatan perubatan percuma yang turut menghilangkan kebimbangan saya tentang perbelanjaan perubatan. Bayi saya lahir di sini bersama kakitangan perubatan mahir Doctors Without Borders." 

Di hospital ibu dan anak Goyalmara Doctors Without Borders, pasukan kami menyediakan penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif: penjagaan antenatal, penjagaan selepas bersalin, perancangan keluarga, penjagaan mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan jantina, serta penjagaan kesihatan mental.

Tayaba, dari Modhurchorra

Tayaba, and I am from Modhurchorra. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Tayaba, dari Modhurchorra. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee 

Tayaba, from Modhurchorra. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee 

Tayaba, dari Modhurchorra. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee 

"Nama saya Tayaba, dan saya berasal dari Modhurchorra, Lambashia. Saya hamil lapan bulan. Kehamilan ini sukar dengan tekanan darah tinggi, bengkak, pening dan loya.

"Pusat kesihatan terdekat tidak membantu, jadi saya duduk di rumah, tidak dapat melakukan apa-apa kerja.

"Klinik Doctors Without Borders di Kutupalong hanya boleh diakses dengan pengangkutan tempatan, yang mana ia jarang ditemui. Perjalanan jauh amat sukar terutamanya apabila anda tidak sihat. Syukur, suami saya menemui pengangkutan tepat pada masanya.

"Anak saya sebelum ini meninggal dunia ketika proses bersalin yang rumit. Bayi dalam keadaan songsang, dan dia cedera semasa bersalin. Beberapa jam selepas kelahiran, bayi itu meninggal dunia. Kejadian ini membuatkan saya sedih.

"Apabila saya hamil untuk kali kedua, saya memutuskan untuk melalui perjalanan yang panjang ini demi kesejahteraan bayi saya dan diri saya sendiri. Kesihatan saya semakin baik, tetapi cabaran masih ada."

"Kami perlu menyeberangi pusat pemeriksaan apabila ingin bergerak dari satu kem ke kem lain selain perlu juga beberapa dokumen perubatan yang menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan rawatan, terutama pada waktu malam. Ini menghalang sesetengah orang daripada mendapatkan rawatan perubatan tepat pada masanya."

"Suami saya tidak selalu mampu untuk menanggung kos perjalanan. Kadang-kadang dia terpaksa beralih kepada pembelian ubat-ubatan dari farmasi berhampiran untuk mengelak perjalanan itu.

"Saya faham melawat doktor penting, namun ia boleh menjadi cukup mencabar kerana kos, kekurangan pengangkutan dan kekurangan kemudahan kesihatan yang berfungsi. Saya berharap akses penjagaan kesihatan lebih baik dalam kem dan lebih banyak sokongan untuk keluarga seperti saya."

Jamila, dari Jamtoli

Jamila. Bangladesh, 02 April 2024 © MSF/Mohammad Sazzad Hossain

"Jamila" Bangladesh, 02 April 2024 © MSF/Mohammad Sazzad Hossain 

Jamila. Bangladesh, 02 April 2024 © MSF/Mohammad Sazzad Hossain

"Jamila" Bangladesh, 02 April 2024 © MSF/Mohammad Sazzad Hossain 

"Nama saya Jamila (nama ditukar). Saya bekerja di klinik Doctors Without Borders di Kem 15, Jamtoli. Wanita di kem ini menghadapi pelbagai halangan apabila cuba mendapatkan penjagaan kesihatan."

"Keselamatan kem adalah isu besar bagi wanita. Disebabkan keganasan di kem, wanita terlalu takut untuk meninggalkan rumah mereka, walaupun untuk bersalin. Keadaan menjadi lebih tenang sekarang dan lebih ramai wanita datang ke klinik.

"Satu lagi halangan ialah ketakutan. Walaupun kem itu lebih selamat sekarang, ramai wanita masih mengalami ketakutan mendalam disebabkan pengalaman mereka di Myanmar. Mereka takut meninggalkan rumah pada waktu malam, terutamanya untuk kecemasan, kerana tembakan dan keganasan yang mereka saksikan. ."

"Wanita yang berpendidikan memahami kepentingan penjagaan kesihatan dan lebih cenderung mendapatkan rawatan di klinik. Namun bagi wanita yang buta huruf, terutama yang sangat sakit, sering tidak menyedari betapa seriusnya keadaan mereka sehingga terlambat.

"Sesetengah wanita dibelenggu keterbatasan disebabkan suami mereka, meskipun mereka sendiri ingin ke klinik. Suami mereka tidak memahami kepentingan penjagaan kesihatan atau perancangan keluarga dan mungkin tidak membenarkan isteri keluar rumah untuk pemeriksaan. Ini boleh menyebabkan kelewatan rawatan dan komplikasi.

"Walaupun menghadapi cabaran ini, saya melihat semakin ramai wanita datang ke klinik, khusus untuk penjagaan pranatal. Pasukan Promosi Kesihatan Doctors Without Borders juga menyediakan pendidikan kesihatan kepada wanita tentang penyakit dan pilihan penjagaan kesihatan."

Di pusat penjagaan kesihatan utama Jamtoli Doctors Without Borders, kami menyediakan penjagaan kesihatan bersalin, seksual dan reproduktif 24/7, penjagaan menyeluruh untuk mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan jantina, dan perkhidmatan kesihatan mental.

Risalat Binte Aalad, projek Kamrangirchar

Risalat Binte Aalad, counselor educator at MSF’s Kamrangirchar project in Dhaka. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF

Risalat Binte Aalad, counselor educator at the Doctors Without Borders Kamrangirchar project in Dhaka. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF

Risalat Binte Aalad, counselor educator at the Doctors Without Borders Kamrangirchar project in Dhaka. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF

Risalat Binte Aalad, counselor educator at the Doctors Without Borders Kamrangirchar project in Dhaka. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF

"Saya Risalat Binte Aalad, seorang kaunselor pendidik dalam projek Kamrangirchar Doctors Without Borders. Setiap hari, saya melihat wanita bergelut dengan keputusan untuk mendapatkan bantuan.

"Halangan pertama ialah menyedari kewujudan kami. Wanita sering datang untuk membincangkan masalah yang nampaknya tidak berkaitan, dan mereka tidak tahu tentang perkhidmatan yang diberikan oleh Doctors Without Borders sehinggalah kami berbual dengan teliti dengan mereka. Namun walaupun begitu, rasa takut menjalar.

"Wanita-wanita ini hidup dengan rasa malu, kebimbangan, dan ketidakpastian sepanjang masa. Mereka bimbang tentang kehormatan keluarga mereka, tentang pandangan daripada orang luar, serta tentang tindak balas daripada pihak yang mendera mereka. Mewujudkan kepercayaan adalah penting. Mereka ingin tahu bahawa orang akan mempercayai cerita mereka, tidak mempersoalkan mereka."

"Kekangan kewangan satu lagi halangan. Jumlah yang kecil untuk pengangkutan sekalipun boleh mendatangkan tekanan. Dia tidak mampu membuat pilihan untuk datang ke sini sendiri. Satu lagi punca tekanan bagi wanita ialah soalan berterusan yang mereka dapat daripada ahli keluarga tentang keberadaan mereka. Kadangkala, keganasan meletus di rumah apabila mereka mencari wang untuk pengangkutan."

"Pengaruh keluarga adalah kuat. Ramai wanita, malah orang dewasa juga tidak mampu membuat keputusan tentang penjagaan kesihatan mereka sendiri. Mereka kurang kepercayaan atau kapasiti untuk mengendalikan sesuatu dengan sendiri dan berasa tidak senang dengan kesannya."

Di Kamrangirchar, Doctors Without Borders menjalankan lebih daripada 40,000 konsultasi untuk pekerja kilang dan keluarga mereka. Doctors Without Borders bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk meningkatkan kesihatan pekerjaan.

Anwara Begum, dari Balukhali

Anwara Begum, a housewife living in Balukhali camp. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Mohammad Sazzad Hossain

Anwara Begum, seorang suri rumag yang menetap di kem Balukhali. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Mohammad Sazzad Hossain

Anwara Begum, a housewife living in Balukhali camp. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Mohammad Sazzad Hossain

Anwara Begum, seorang suri rumag yang menetap di kem Balukhali. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Mohammad Sazzad Hossain

"Nama saya Anwara Begum, berusia 40 tahun. Saya tinggal di kem Pelarian Balukhali sebagai suri rumah. Kehidupan di kem ini boleh menjadi sukar, terutamanya apabila seseorang jatuh sakit."

Apabila ke hospital, anda tidak dapat mencari sesiapa untuk membantu. Jika seseorang tiba-tiba sakit atau apabila tiba masanya untuk melahirkan bayi, anda tidak dapat mencari sesiapa untuk membantu. Kemudian kita sendiri perlu bergegas ke hospital dengan pesakit dalam pelukan atau pada bahu kita. Kadang-kadang, apabila membawa pesakit ke sesebuah hospital, mereka menghantar kita ke hospital lain. Sebabnya mereka tidak merawat penyakit atau masalah itu. Akibatnya, kami terpaksa pergi ke beberapa hospital. Jadi, kami cuba bawa mana-mana pesakit yang sakit terus ke hospital Kutupalong.

"Satu lagi kerisauan adalah wang. Ramai keluarga tidak mampu membayar kos menyewa kenderaan. Kemudahan Doctors Without Borders yang terdekat adalah di Balukhali, ia tidak menyediakan semua jenis perkhidmatan sekarang, jadi untuk penyakit yang serius, kami perlu berjalan jauh, seperti ke Hospital Kutupalong. Doctors Without Borders menyediakan rawatan percuma, tetapi kami terpaksa berhempas pulas untuk menampung kos perjalanan yang jauh.

"Isu terbesar ialah kekurangan ubat yang terdapat di hospital berdekatan. Mereka sering mendiagnosis keadaan tetapi tidak memberikan ubat yang diperlukan selain parasetamol. Ini memaksa perjalanan jauh dilakukan ke hospital Doctors Without Borders memandangkan ramai pesakit memerlukan rawatan yang lebih komprehensif."

"Bagi wanita hamil, perjuangan lebih hebat. Hospital berdekatan sering mendesak untuk pembedahan C, yang mana ramai wanita tidak selesa. Mereka juga cuba menekan wanita menggunakan kaedah perancangan keluarga selepas bersalin, menyebabkan mereka teragak-agak sama sekali untuk ke hospital. Ramai daripada kami merasakan lebih mudah dan selamat untuk melahirkan bayi di rumah."

"Dalam tempoh enam tahun lalu, bilangan pesakit yang memerlukan kemasukan ke hospital meningkat ketara. Nampaknya terdapat penekanan kuat untuk mempromosikan hanya perancangan keluarga jangka panjang, dan pesakit mungkin tidak dimaklumkan sepenuhnya tentang semua pilihan mereka. Kekurangan maklumat ini boleh mengecewakan mereka yang mendapatkan rawatan penjagaan kesihatan."

Kemudahan Balukhali Doctors Without Borders memberi perkhidmatan kepada populasi pelarian Rohingya yang besar. Di Jabatan Pesakit Luar Khusus (SOPD) Balukhali Doctors Without Borders, pasukan kami menyediakan penjagaan untuk keganasan seksual dan berasaskan jantina, penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif serta perkhidmatan kesihatan mental.

Nashima Pormin, dari Unchiprang

Nashima is a Rohingya refugee from Unchiprang camp, Cox’s Bazar, Bangladesh. She is visiting MSF’s Goyalmara facility with her child, who is suffering from pneumonia. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Nashima is a Rohingya refugee from Unchiprang camp, Cox’s Bazar, Bangladesh. She is visiting MSF’s Goyalmara facility with her child, who is suffering from pneumonia. Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

Bangladesh, 01 April 2024 © MSF/Farah Tanjee

"Saya Nashima Pormin, datang dari kem 22, Unchiprang, untuk mendapatkan rawatan buat anak saya. Dia menghidap radang paru-paru. Apabila dia mendapat radang paru-paru, saya tahu saya terpaksa bertindak pantas.

"Kami mempunyai kemudahan kesihatan di kem kami, namun rawatan disediakan untuk kanak-kanak tidak mencukupi. Pada waktu malam, pusat kesihatan terdekat ditutup. Keluarga terpaksa menunggu sehingga pagi, mempertaruhkan kesihatan orang tersayang terutama untuk kanak-kanak. Saya perhatikan keadaannya semakin merosot, tanpa membuang masa kami membawanya untuk dapatkan rawatan di sini, saya takut jika keadaan menjadi lebih teruk pada waktu malam, saya tidak dapat membawa anak saya ke hospital.

"Pada waktu malam, tiada pengangkutan dalam kem. Ini menyebabkan keluarga berasa tidak berdaya apabila penyakit menyerang selepas gelap. Saya tidak mahu mengambil risiko dengan nyawa anak saya, jadi saya membawanya untuk dimasukkan ke Hospital Ibu dan Anak Goyalmara. Saya usahakan supaya dia dimasukkan ke hospital kerana saya tidak mahu membahayakan nyawanya. Saya dan anak menempuh perjalanan kira-kira 13 km dari kem Unchiprang ke klinik Doctors Without Borders di Goyalmara, dengan bantuan abang dan suami saya. Dengan sokongan kakitangan Doctors Without Borders, saya dapat menumpukan perhatian kepada penyembuhan anak saya."

"Dalam beberapa hari pertama dia sakit, saya memberinya ubat tradisional buatan sendiri (minyak panas). Saya fikir dia akan sembuh, Namun, apabila tidak melihat sebarang peningkatan, saya terus membawanya ke hospital. Sokongan Doctors Without Borders membolehkan saya memberi tumpuan kepada pemulihan anak saya."

Di hospital Ibu dan Anak Goyalmara Doctors Without Borders, pasukan kami menyediakan penjagaan kesihatan seksual dan reproduktif: penjagaan antenatal, penjagaan selepas bersalin, perancangan keluarga, penjagaan mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan jantina, serta penjagaan kesihatan mental.