Skip to main content

Krisis Rohingya: Ringkasan penemuan daripada enam tinjauan terkumpul

A Rohingya child at Tasnimarkhola camp. Bangladesh, 2017. © Mohammad Ghannam/MSF

Keadaan hidup pelarian Rohingya di kem di Bangladesh adalah suram. Bangladesh, 2017. © Mohammad Ghannam/MSF

Untuk menilai skala kecemasan dan keperluan untuk bantuan kemanusiaan, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) menjalankan enam tinjauan untuk menganggarkan korban retrospektif penduduk yang menetap di penempatan Kutupalong, Balukhali dan Tasnimarkhola di daerah Cox’s Bazar, Bangladesh. Tinjauan itu menyasarkan keseluruhan anggaran populasi 608,108, 82.8% daripadanya 'baru berpindah' dari Myanmar, iaitu tiba selepas 25 Ogos 2017.

Map of Doctors Without Borders projects for Rohingya refugees in Bangladesh, December 2017

Peta projek Doctors Without Borders untuk pelarian Rohingya di Bangladesh, Disember 2017

Kaedah

Pada November 2017, Doctors Without Borders telah menjalankan enam tinjauan retrospektif dalam kalangan penduduk Rohingya di Bangladesh. Empat tinjauan dijalankan di penempatan utara (di penempatan sementara Kutupalong, penempatan sementara Balukhali dan sambungan kepada dua penempatan ini), meliputi anggaran penduduk 367,718. Dua lagi tinjauan dijalankan di penempatan selatan (di penempatan Balukhali 2 dan Tasnimarkhola), meliputi kira-kira 135,980 orang. Di utara, pasukan tinjauan menggunakan pensampelan rawak secara mudah, dengan saiz sampel 905 isi rumah; di selatan, pensampelan sistemik digunakan, dengan saiz sampel 1,529 isi rumah. Secara keseluruhannya, pasukan tinjauan menjalankan temu bual dengan 2,434 isi rumah (mewakili 11,426 orang). Tempoh 'recall' (panggilan) ditetapkan bagi tinjauan itu meliputi jangka masa hampir sama iaitu sebelum dan selepas 25 Ogos 2017, bermula pada 27 Mei 2017 dan berakhir pada 30 Oktober 2017. Ketua isi rumah menerangkan struktur keluarga dan memberikan tarikh, lokasi dan punca kematian ahli keluarga yang meninggal dunia semasa tempoh panggilan itu. Untuk mengumpulkan hasil tinjauan kolektif, Doctors Without Borders membuat analisis wajaran menggunakan anggaran populasi relatif untuk setiap kawasan tadahan tinjauan.

Keputusan

Tinjauan ini mewakili 503,698 Rohingya yang tiba dari Rakhine di Myanmar semasa pemindahan besar-besaran baru-baru ini, serta 104,410 Rohingya yang sudah berada di penempatan di Bangladesh sebelum 25 Ogos 2017. Kira-kira 626,000 Rohingya dianggarkan telah tiba di Bangladesh sejak 25 Ogos, dan oleh itu tinjauan Doctors Without Borders mewakili 80.4% daripada jumlah penduduk yang baharu tiba di Bangladesh dari Myanmar.

Kematian yang dilaporkan berlaku pada bulan pertama krisis (25 Ogos hingga 24 September 2017) mewakili 2.26% daripada jumlah populasi [95% CI: 1.87 – 2.73%], dengan 2.83% [95% CI: 2.23 – 3.59%] kematian membabitkan lelaki dan 1.69% [95 CI: 1.24 – 2.30%] kematian dalam populasi wanita pada masa itu (Jadual 1).

Table of Rohingya survey

Keganasan adalah punca langsung kematian bagi majoriti (71.7%) Rohingya yang meninggal dunia antara 25 Ogos hingga 24 September 2017. Punca kematian disebabkan tembakan menyumbang 69.4% daripada kematian ini; "dibakar hingga mati di rumah" menyumbang 8.8%; dipukul hingga mati menyumbang 5.0%; keganasan seksual yang membawa kepada kematian sebanyak 2.6%; dan kematian akibat periuk api sebanyak 1.0% (ringkasan dalam Jadual 2).

Kanak-kanak tidak terlepas daripada keganasan ini: sejumlah 1.70% [95% CI: 1.00 – 2.88%] daripada populasi di bawah usia lima tahun meninggal dunia dalam tempoh ini, dengan 72.8% daripada kematian itu disebabkan keganasan langsung, termasuk tembakan (59.1 %), "dibakar hingga mati di rumah" (14.8%), dipukul (6.9%), dan terbunuh akibat periuk api (2.3%) (ringkasan dalam Jadual 2).

Table of Rohingya survey

Dinyatakan dalam kadar kematian setiap 10,000 sehari (Jadual 3), data kami menunjukkan tahap kematian sangat tinggi, dengan kadar kematian kasar (CMR) terkumpul sebanyak 8.02 kematian/10,000/hari [95% CI: 6.63 – 9.71] dalam 31 hari selepas 25 Ogos 2017. Kadar kematian ini 13.3 kali lebih tinggi daripada CMR terkumpul untuk populasi sama sebelum permulaan krisis (untuk tempoh 27 Mei hingga 24 Ogos 2017) dan 9.2 kali lebih tinggi daripada CMR terkumpul untuk populasi sama selepas 31 hari awal krisis (untuk tempoh 25 September hingga 30 Oktober 2017).

Kadar terkumpul kematian bawah usia lima tahun (U5MR) ialah 5.97 kematian/10,000/hari [95% CI: 3.50 – 10.17] dalam tempoh 31 hari selepas 25 Ogos. Kadar ini adalah 23.9 kali lebih tinggi daripada U5MR terkumpul untuk populasi sama sebelum tempoh ini (27 Mei hingga 24 Ogos 2017) dan 3.2 kali lebih tinggi daripada U5MR terkumpul untuk populasi sama selepas 31 hari awal krisis (25 September hingga 30 Oktober 2017).

Untuk tempoh yang sama ini (25 Ogos hingga 24 September 2017), kadar kematian terkumpul untuk populasi ≥50 tahun ialah 21.28 kematian/10,000/hari [95% CI: 14.44 – 31.36]. Kadar kematian ini adalah 9.9 kali lebih tinggi daripada kadar kematian terkumpul untuk populasi sama sebelum tempoh ini (27 Mei hingga 24 Ogos 2017) dan 8.2 kali lebih tinggi daripada kadar kematian terkumpul untuk populasi yang sama selepas 31 hari awal krisis ( 25 September hingga 30 Oktober 2017).

Table of Rohingya survey

Kesimpulan

Sekiranya kami menggunakan perkadaran ini kepada jumlah penduduk yang baru tiba di kem yang ditinjau, dianggarkan 11,393 orang mati [95% CI: 9,425 – 13,759] di Rakhine Myanmar dalam tempoh 31 hari pertama berikutan peningkatan keganasan pada 25 Ogos 2017, termasuk 1,713 kanak-kanak bawah usia lima tahun [95% CI: 1,008 – 2,896]. Daripada jumlah ini, 8,170 kematian disebabkan keganasan [95% CI: 6,759 - 9,867], termasuk 1,247 kanak-kanak bawah usia lima tahun [95% CI: 734 - 2,109].

Tinjauan ini memberikan bukti epidemiologi tentang kadar kematian tinggi dalam kalangan penduduk Rohingya akibat keganasan, dan mencadangkan bahawa mereka menghadapi pembunuhan besar-besaran sebelum ketibaan mereka di Bangladesh. Selain itu, kadar kematian direkodkan di sini berkemungkinan lebih rendah berbanding sebenar, berikutan data tidak mengambil kira mereka yang masih belum dapat melarikan diri dari Myanmar, atau keluarga yang terbunuh secara keseluruhannya.