Skip to main content

Cabaran tidak berkesudahan: Pelarian Rohingya Mula Bina Semula selepas Kebakaran

Jan Bohm/MSF

Kebakaran bermula sejam selepas tengah malam, pada 7 Januari. Tiga jam diperlukan untuk menghentikannya, dan sepanjang waktu itu, api memusnahkan hampir 900 tempat perlindungan. Bangladesh, 2024. © Jan Bohm/MSF

"Saya tersedar apabila tempat saya berteduh terbakar," jelas Nur Bahar sambil duduk di atas tanah yang sebelum ini menjadi tempat tinggalnya. Dia melarikan diri dari Myanmar pada 2017 selepas suaminya dibunuh. Semasa mengandung, dia melahirkan seorang anak lelaki, yang kini berusia hampir tujuh tahun. Di sekelilingnya bumbung dan dinding hilang; dia dan anak lelakinya sedang duduk di atas karpet, dikelilingi makanan dan pakaian yang disumbangkan ahli komuniti lain. “Tanpa suami atau keluarga, saya tiada sesiapa untuk menjaga saya. Saya bergantung pada sumbangan makanan dan berharap dapat mencari seseorang untuk membantu saya membina semula tempat saya berteduh.”

Situasi juga sukar bagi mereka yang mempunyai keluarga. Anuhara, 67, dikelilingi saudara maranya. Dia biasanya tinggal di sini bersama dua anak lelaki dan menantunya, namun menantunya itu baru bersalin dua hari sebelum kebakaran dan berpindah ke kawasan lain di kem. Di mana saudara-mara lain juga tinggal, yang mungkin telah menyelamatkannya. Semasa kami bercakap, dua anak lelakinya dan ahli keluarga lain sedang membina tempat berteduh daripada buluh. Anuhara kehilangan segala-galanya kecuali apa yang dipakainya. "Pakaian saya satu-satunya harta yang sempat saya selamatkan."

Sona Ullah works as a humanitarian affairs officer at the MSF clinic in Balukhali that was recently reopened after also being destroyed in fire. His job is to meet with fellow Rohingya in the camps to understand their needs and how MSF can help. “We had just decorated the shelter for my son’s wedding,” he says, standing under provisional plastic sheeting. Now, he is the one in need of support, as the fire spared neither his nor his family's living space.

Sona Ullah bekerja sebagai pegawai hal ehwal kemanusiaan di klinik Doctors Without Borders di Balukhali yang dibuka semula baru-baru ini selepas turut musnah dalam kebakaran. Tugasnya untuk bertemu rakan Rohingya di kem bagi memahami keperluan mereka dan cara Doctors Without Borders boleh membantu. "Kami baru saja menghias tempat perlindungan untuk perkahwinan anak saya," katanya sambil berdiri di bawah khemah plastik sementara. Kini, dialah yang memerlukan sokongan, kerana kebakaran itu turut memusnahkan ruang yang didiaminya dan juga keluarganya. Bangladesh, 2024. © Jan Bohm/MSF

Sona Ullah bekerja sebagai pegawai hal ehwal kemanusiaan di klinik Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) di Balukhali yang dibuka semula baru-baru ini selepas turut musnah dalam kebakaran. Tugasnya untuk bertemu rakan Rohingya di kem bagi memahami keperluan mereka dan cara Doctors Without Borders boleh membantu. "Kami baru saja menghias tempat perlindungan untuk perkahwinan anak saya," katanya sambil berdiri di bawah khemah plastik sementara. Kini, dialah yang memerlukan sokongan, kerana kebakaran itu turut memusnahkan ruang didiaminya dan juga keluarganya.

Walaupun data rasmi melaporkan tiada kemalangan jiwa akibat kebakaran itu, impaknya tetap dahsyat. Rohingya, yang melarikan diri dari keganasan di Myanmar, sekali lagi kehilangan tempat tinggal. Sejak kemasukan besar pada 2017, mereka cuba menyesuaikan diri dengan ketidakpastian hidup di kem sementara, dalam keadaan sangat sukar, bergantung sepenuhnya kepada bantuan. Situasi itu dianggap sementara - pembinaan kekal tidak dibenarkan di kem, Rohingya tidak boleh bekerja, kanak-kanak tidak menerima pendidikan formal dan orang ramai menghadapi banyak sekatan lain.

Children choose from a pile of donated clothes. The Rohingya community responded quickly. As many people from Camp 5 lost everything in the fire, refugees from other parts of the camp rushed to donate them clothes and food.

Kanak-kanak menyelongkar timbunan pakaian disumbangkan. Komuniti Rohingya bertindak balas dengan pantas. Memandangkan ramai dari Kem 5 kehilangan segala-galanya dalam kebakaran, pelarian dari bahagian kem lain bergegas menyumbangkan pakaian dan makanan kepada mereka. Bangladesh, 2024. © Jan Bohm/MSF

Daya tahan masyarakat Rohingya luar biasa. Mereka dari bahagian kem lain sampai dengan cepat untuk menderma pakaian dan makanan, bertindak sebagai responden pertama, Doctors Without Borders menyediakan pertolongan cemas psikologi, dan bersama-sama organisasi lain menilai keperluan serta menyediakan respons yang lebih terkoordinasi. Kurang seminggu sudah sejak satu lagi kebakaran dahsyat melanda Kem 11 berdekatan. "Selepas Kem 5 musnah, mereka dari Kem 11 datang dengan sumbangan makanan dan pakaian," kata Erik Engel, Penyelaras Projek Doctors Without Borders.

“Namun, di sebalik daya tahan mereka, Rohingya memerlukan visi masa depan yang boleh mereka percayai. Sentiasa hidup dalam keadaan sementara tidak membenarkan kehidupan yang bermaruah.”
Erik Engel, koordinator projek