Skip to main content

Krisis iklim adalah krisis kesihatan, lebih-lebih lagi di Asia Pasifik

Aerial view of a flooded village near Old Fangak, South Sudan. The fourth year of consecutive flooding has devastated the area. South Sudan, 2022. © Florence Miettaux

Tahun ini, Taufan Mocha yang kuat melanda Myanmar serta Bangladesh dan ia bukan sekadar memusnahkan komuniti, bahkan juga kem pelarian. Beberapa tahun kebelakangan ini, kami melihat taufan kuat seperti Haiyan pada 2013, yang memusnahkan kawasan tengah Filipina dan menyebabkan banjir yang meluas di Indonesia yang menenggelamkan rumah dan memusnahkan harta benda.

Namun ia bukan sekadar puting beliung dan taufan super. Julai 2023 direkodkan sebagai bulan paling panas di planet ini dalam tempoh 174 tahun, mengakibatkan kebakaran hutan di Kanada, gelombang haba besar di Perancis, Sepanyol, Jerman, Poland dan Itali, serta gelombang haba marin di sepanjang garis pantai dari Florida ke Australia.

Ringkasnya, peristiwa cuaca ini berlaku di seluruh dunia dengan kekerapan serta kesan yang lebih besar.

Walaupun keadaan ini paling jelas dilihat, perubahan iklim ternyata mempunyai banyak kesan lain ke atas kesihatan, terutama terhadap penyakit. Doctors Without Borders bertindak balas terhadap penyakit tahap tinggi disebabkan bawaan vektor, bawaan makanan dan penyakit bawaan air dalam projek kami yang membimbangkan, kerana ia diunjurkan meningkat apabila krisis iklim semakin memuncak. Diramalkan terdapat 15 juta lagi kes malaria setiap tahun, dengan 30,000 kematian dikaitkan dengannya, tambahan kepada apa yang sudah sedia kami saksikan sekarang. Satu bilion lagi dijangka terdedah kepada denggi, bukan sahaja di Asia Pasifik, di mana ia lebih berleluasa, tetapi di seluruh dunia. Pihak berkuasa Kesatuan Eropah baru-baru ini memberi amaran bahawa terdapat peningkatan risiko penyakit virus bawaan nyamuk seperti denggi dan chikungunya di Eropah akibat perubahan iklim. Kami sudah melihat wabak taun di sekurang-kurangnya 30 negara. Walaupun ia disebabkan pelbagai faktor, perubahan iklim ternyata salah satu daripadanya.

Perubahan iklim turut dikaitkan dengan ketidakamanan makanan dan malnutrisi. Dengan kejadian cuaca yang melampau seperti gelombang haba dan peningkatan hujan, kemarau dan banjir yang memberi kesan kepada masyarakat petani dan nelayan, menjejaskan segala-galanya daripada hasil tanaman diusahakan, kepada haiwan yang mengusahakan tanah, kepada bilangan ikan yang ditangkap dalam pukat.

 Cyclone Freddy in Nkhulambe, Phalombe District, Malawi
Doctors Without Borders clinic at Kein Nyin Pyin camp Pauktaw, Rakhine State, Myanmar, over one month after Cyclone Mocha. © MSF
A child was diagnosed with severe acute malnutrition during the consultations provided by the team at the mobile clinic in Qarn Al Asad area in Rada’a, Al Bayda Governorate. Malnourished children are more susceptible to measles. Yemen, June 2023. © Aljunaid/MSF
Women fetch water in one of the shallow wells along a dry river bed in Illeret. Kenya, 2022. © MSF/Lucy Makori

Ia tidak berakhir di situ. Kesan lain perubahan iklim termasuk penyebaran penyakit tidak berjangkit; pemindahan secara paksa dan migrasi; serta kemunculan konflik, antara lain.''

Dan semua ini dijangka meningkat dari semasa ke semasa -melainkan jika kita mengambil tindakan segera.

Organisasi kemanusiaan seperti MSF sudah pun melihat kesan ini dan merawat pesakit dalam komuniti yang paling terdedah. Namun kami hanya mampu melakukan sekadar itu. Kami melihat keperluan besar di mana-mana sahaja kami pergi, dari Asia Pasifik ke Timur Tengah, dan negara-negara Afrika. Negara yang mempunyai sumber terhad sedang mengalami kemusnahan terburuk yang dibawa oleh krisis iklim. Pesakit Rohingya kami di Cox's Bazar, Bangladesh - yang mengalami penganiayaan berdekad-dekad dan sudah sedia terbeban akibat dikepung di kem pelarian terbesar di dunia - berulang kali diancam banjir dan taufan yang mendatangi mereka. Pesakit kami di negara pulau Kiribati menghadapi perubahan iklim dan persekitaran yang mengancam mata pencarian mereka serta memburukkan lagi risiko penyakit mereka.

Kami sudah pun membangkitkan peringatan. Kami melihat keperluan besar disebabkan krisis iklim, dan kami bimbang keperluan ini melebihi keupayaan kami untuk bertindak balas.

Kami memerlukan negara yang paling bertanggungjawab terhadap pemanasan global 1.2 darjah di atas paras pra-industri ini untuk membantu mereka yang paling terjejas, mengambil tanggungjawab dan menyediakan sokongan kewangan serta teknikal kepada mereka yang paling terdedah. Kerajaan di negara paling terjejas, termasuk di Asia Pasifik, bukan sahaja mesti memaksa pencemar utama untuk membantu mereka mengurangkan dan mengurus kesan perubahan iklim, tetapi juga meletakkan dasar dan tindakan afirmatif iklim dalam menangani serta menterbalikkan kesan isu ini.

Krisis iklim memerlukan pendekatan keseluruhan masyarakat

Kita sudah melihat komitmen daripada pemimpin dunia. Pada mesyuarat mereka baru-baru ini, negara-negara G20 komited kepada sistem kesihatan lebih hijau dan berdaya tahan iklim. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) - yang mempunyai lima daripada 20 negara paling berisiko di dunia yang terletak di rantau ini - telah mengumumkan strategi bercita-cita tinggi untuk berusaha ke arah neutraliti karbon. Agenda COP28 pada November telah meningkatkan tumpuan pada kesihatan, bantuan dan tindak balas bencana.

Ia saat yang penting dan sangat mendesak. Komitmen ini bercita-cita tinggi, tetapi negara anggota blok serantau ini mesti melihatnya dan mengambil tindakan sebenar. Hari ini, kita berada di luar landasan yang berbahaya dan tindakan segera perlu diambil sekarang.

Krisis iklim memerlukan pendekatan keseluruhan masyarakat. Individu serta organisasi juga mesti memahami bahawa tingkah laku kita sendiri adalah sebahagian daripada masalah. Kita perlu bertindak balas bersama, dalam solidariti dengan semua, untuk kesihatan semua.

Dr. Maria Guevara current International Medical Secretary for Médecins Sans Frontières (MSF)/Doctors Without Borders
Dr. Maria Guevara
International Medical Secretary

Dr. Maria Guevaraialah Setiausaha Perubatan Antarabangsa semasa untuk Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF). Kerjanya dalam sektor kemanusiaan bermula dengan Doctors Without Borders di Liberia pada tahun 2004. Sejak itu, dia telah memegang peranan lapangan di Guatemala, Haiti, DRC, Nigeria, Myanmar, Filipina, Indonesia, Malaysia, Sudan Selatan dan baru-baru ini di AS untuk COVID, dalam kedua-dua tetapan kecemasan dan stabil. Minat istimewanya ialah Kesihatan Global, Tindak Balas dalam Kecemasan dan Kesihatan Planet.

Categories