Skip to main content

Kiribati: Negara pulau terpencil berdepan ancaman tiga kali ganda ke atas kesihatan

A passenger boat travelling between North and South Tarawa. Kiribati, March 2023. © MSF/Nicolette Jackson

Sebuah bot penumpang bergerak antara Tarawa Utara dan Selatan. Kiribati, Mac 2023. © MSF/Nicolette Jackson 

Kiribati adalah satu daripada negara paling terpencil serta berselerak secara geografi di dunia. Ia juga salah satu negara paling terdedah kepada kesan krisis iklim. 

  Negara ini berdepan apa yang digambarkan sebagai ancaman tiga kali ganda kepada kesihatan: penyakit berjangkit, penyakit tidak berjangkit (NCD), serta kesan kesihatan akibat perubahan iklim. [1] 

Perubahan iklim dan persekitaran memburukkan lagi beban penyakit yang tinggi di Kiribati

Kiribati mengalami peningkatan suhu udara dan laut, gelombang ribut dan angin kencang, hakisan, kemarau serta banjir. Ia menimbulkan ancaman langsung dan tidak langsung kepada kesihatan manusia, termasuk kecederaan, wabak penyakit dan malnutrisi

Pada Jun 2022, kerajaan mengisytiharkan Keadaan Darurat susulan kemarau yang berpanjangan. Paras air Kiribati (yang digelar penduduk tempatan sebagai 'kanta air') letaknya di atas air laut dan di bawah karang pulau atol, menyebabkannnya terdedah kepada salinasi. Kanta air diisi semula oleh hujan namun apabila tiada hujan, akses orang ramai kepada air bersih terhad. 

“Air dalam perigi menjadi lebih payau [masin] jadi ia tidak lagi sesuai diminum,” kata pakar pediatrik Doctors Without Borders Dr Jo Clarke. "Kekurangan air segar menjadikan sanitasi dalam komuniti lebih sukar, meningkatkan risiko cirit-birit dan jangkitan kulit serta menjadikannya lebih sukar untuk bercucuk tanam menghasilkan makanan." 

On a beach in a village in South Tarawa, the piles of rubbish littering the beach are everywhere. Locals have constructed barriers (built out of rubbish, tyres and sometimes cars) to protect the banks from sea surges and king tides. Kiribati, March 2023. © MSF/Nicolette Jackson

Di pantai sebuah perkampungan di Tarawa Selatan, timbunan sampah di pantai boleh dilihat di merata tempat. Penduduk tempatan membina penghadang (dibina daripada sampah, tayar dan kadangkala kereta) untuk melindungi tebing daripada gelombang laut dan pasang surut. Kiribati, Mac 2023. © MSF/Nicolette Jackson 

Keselamatan makanan dan air masalah yang kronik 

Penduduk Kiribati (dikenali i-Kiribati) mengalami kadar obesiti tinggi namun sebaliknya pasukan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) sebaliknya mendapati semakin ramai kanak-kanak kecil yang kekurangan zat makanan. 

Apa yang menarik dibandingkan negara lain yang pernah saya bekerja di mana terdapat masalah malnutrisi, ramai orang dewasa di sini mengalami berat badan berlebihan. Ia sudut yang jauh berbeza dengan masalah kurang nutrisi; jumlah besar penghidap NCD berkaitan diet seperti diabetes jenis dua. Sukar untuk menanam buah-buahan dan sayur-sayuran di sini serta mengakses makanan sihat dan berkhasiat bukan suatu yang mudah. Kebanyakan makanan diimport, dan ia tinggi lemak serta gula.
Dr Jo Clarke, Pakar Pediatrik

Beban penyakit

Beban penyakit Kiribati kompleks. Prevalens penyakit berjangkit seperti tuberkulosis dan kusta antara tertinggi di Pasifik[2]; ia berdepan krisis penyakit tidak berjangkit pada kadar kedua tertinggi, dalam kalangan negara berpendapatan sederhana rendah, membabitkan kematian pramatang akibat diabetes jenis dua[3] dan kadar kematian bayi disenarai tertinggi di rantau ini[4].  

Beban penyakitnya sangat besar untuk negara kecil seperti itu,” kata Dr Tinte Itinteang, Menteri Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan Kiribati. “Kematian ibu bersalin, antara paling teruk di rantau ini; kematian bayi kira-kira sepuluh kali ganda berbanding Australia dan New Zealand dan antara paling teruk di rantau ini. Semua ini tidak berlaku sekelip mata dan sebahagiannya menjadi lebih teruk sejak sepuluh tahun lalu. 

a Kiribati resident at Tebikenimwakina community in South Tarawa who have no land to live on, so they build on land that was part of the lagoon. They fortify it with tyres, cement walls and piles of rubbish and palm fronds in a vain attempt to limit damage from king tides.

Seorang penduduk Kiribati di komuniti Tebikenimwakina di Tarawa Selatan yang tidak mempunyai tanah untuk didiami, jadi mereka membina kediaman di atas tanah yang menjadi sebahagian daripada laguna. Mereka cuba memperkukuhkannya dengan tayar, dinding simen dan timbunan sampah serta pelepah kelapa sawit dalam usaha yang belum tentu membantu dalam mengurangkan kerosakan akibat pasang surut. Kiribati, Mac 2023. © MSF/Nicolette Jackson 

Kesengsaraan akibat saiz 

Kiribati hanya mempunyai populasi 120,000 orang, separuh daripadanya tinggal di satu pulau sahaja, Tarawa Selatan, di mana ibu kota, Tarawa, berada. Selebihnya menetap di pulau-pulau luar, di mana terdapat 33 secara keseluruhannya. 

Saiz Kiribati dan kedudukannya yang terpencil memberi kesan kepada keupayaan kerajaan untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang komprehensif. Salah satu halangan terbesarnya adalah kekurangan kakitangan perubatan berkelayakan. 

Kiribati kehilangan 30 jururawatnya yang paling berpengalaman akibat skim mobiliti buruh di Australia dan New Zealand sejak 12 bulan lalu dan ramai doktornya berhijrah ke negara lain untuk mengejar peluang profesional, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Revite Kirition. “Ada doktor kami yang tidak pernah kembali selepas menjalani latihan perubatan mereka; mereka menamatkan latihan lepasan ijazah dan terus memutuskan untuk meninggalkan Kiribati.” 

Doctors Without Borders sudah bekerja di Kiribati sejak Oktober 2022, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan, untuk meningkatkan penjagaan ibu dan pediatrik. 

Seorang doktor pediatrik, pakar obstetrik, bidan dan jururawat pediatrik Doctors Without Borders bekerja bersama-sama kakitangan kementerian kesihatan i-Kiribati untuk menyediakan penjagaan kesihatan di hospital utama negara dan untuk membantu membina kapasiti dalam kalangan kakitangan kesihatan tempatan. Pasukan Doctors Without Borders juga bekerja di pulau luar, melatih jururawat mengenai penjagaan neonatal dan saringan untuk wanita yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi disebabkan kadar diabetes kehamilan yang sangat tinggi. 

Inside the paediatric ward, Tungaru Central Hospital South Tarawa, where MSF paediatrician Dr Joanne Clarke is working alongside i-Kiribati colleagues from the Ministry of Health and Medical Services. Kiribati, March 2023. © MSF/Nicolette Jackson

Di wad pediatrik di Hospital Pusat Tungaru di Tarawa Selatan, pakar pediatrik Doctors Without Borders Dr Joanne Clarke bekerja bersama-sama rakan sekerja i-Kiribati dari Kementerian Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan. Kiribati, Mac 2023. © MSF/Nicolette Jackson 

Kedudukan terpencil beri kesan kepada akses bekalan perubatan penting 

Dr Clarke melihat sendiri betapa sukarnya Kementerian Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan untuk mendapatkan bekalan perubatan penting dan ubat-ubatan yang mereka perlukan. 

“Terdapat masalah dengan bekalan untuk farmasi dan kelengkapan. Kami agak terpencil, jadi banyak masa diperlukan untuk sesuatu sampai ke sini dengan bot atau kapal terbang. Kami baru-baru ini menghadapi masalah dengan kekurangan makanan terapeutik untuk kanak-kanak kekurangan zat ketika kami memerlukannya." 

Moannara Benete, yang mengetuai kedai perubatan pusat negara itu berkata adalah amat mencabar bagi Kiribati untuk mengakses ubat penting dan menyelamatkan nyawa yang diperlukan dalam masa dan pada harga yang berpatutan. “Apabila susu terapeutik F75 dan F100 yang kami gunakan untuk bayi kurang zat akhirnya tiba di Kiribati ia telah tamat tempoh, kerana mengambil masa lapan bulan untuk sampai ke sini dari Eropah. 

Saya tidak fikir kita mempunyai kuasa perolehan atau kuasa rundingan. Kita harus bekerjasama dengan jiran Pasifik kita supaya kita boleh mendapatkan bekalan perubatan penting yang kita perlukan sebagai sebuah rantau. Ia situasi kritikal yang kami hadapi, dan kami memerlukan bantuan segera.” 

 

[1] World Health Organization 

[2] TB & Leprosy in the Pacific 

[3] International Fund for Agricultural Development 

[4] UNICEF

Categories