Skip to main content

Kiribati: Di mana alam semesta dan kesihatan awam bertembung

Rising sea levels are eroding the coastline of South Tarawa, Kiribati. The shrinking land is having an impact on people’s ability to grow food and pushing people further inland, contributing to overcrowding.

Peningkatan paras laut menghakis garisan pantai Tarawa Selatan, Kiribati. Tanah yang semakin mengecil memberi kesan kepada keupayaan penduduk untuk menghasilkan makanan dan mendorong mereka lebih jauh ke pedalaman, menyumbang kepada kesesakan.  Pemakanan tidak berkualiti menyumbang kepada penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, manakala keadaan sesak menyumbang kepada batuk kering dan kusta. Kiribati, 2022. © MSF/Joanne Lillie

Kiribati satu-satunya negara di dunia yang berada di keempat-empat hemisfera. Semua 32 atol (dan satu pulau karang tinggi) terletak di antara Australia serta Hawaii dan secara kolektif meliputi hanya 811 kilometer persegi tanah di kawasan lautan luas meliputi 3.5 juta km persegi. Beberapa pulau timur mengambil masa seminggu untuk sampai dengan bot dari pulau utama, dan jika bukan kerana perubahan pada garis waktu antarabangsa, maka akan ketinggalan 24 jam.

Ia menarik, cantik, dan bermasalah. Separuh daripada jumlah penduduk Kiribati (dianggarkan 120,000) tinggal di ibu negara, Tarawa Selatan. Jalur-jalur tanah nipis berbentuk bumerang, pulau utama hampir tidak dapat menampung semua rakyatnya.

Hasil daripada kadar kelahiran yang pantas (26 kelahiran bagi setiap 1,000 orang), dan pembandaran di Tarawa Selatan akibat penghijrahan dari pulau-pulau luar, kesesakan memburukkan lagi masalah kesihatan dan sosial serta isu alam sekitar.

Kiribati mempunyai antara beban penyakit tertinggi di dunia, termasuk insiden kusta tertinggi, salah satu penyakit TB dan diabetes yang tertinggi; serta antara akses terendah kepada penjagaan kesihatan primer. Terdapat keperluan jelas di sini yang tidak dipenuhi.
Alison Jones, Penyelaras Medikal

Selain itu, isu alam sekitar juga penting, dan semakin berkembang.

Antara lokasi paling rentan dari segi iklim di bumi

Keadaan rentan penduduk Kiribati (atau i-Kiribati) diancam perubahan iklim. Sebilangan besar isi rumah melaporkan terkesan dengan iklim pada 2016, dengan 81 peratus terjejas secara langsung akibat kenaikan paras laut.

Permukaan darat Kiribati yang kecil sangat terdedah kepada peningkatan paras laut - titik tertinggi di Tarawa hanyalah tiga meter di atas paras laut. Bukti pengurangan keluasan tanah akibat hakisan ada di mana-mana. Di sesetengah tempat, pokok yang tumbang terdampar di tempat yang suatu ketika dulu menjadi tumpuan perkelahan dan pantai. Rumah ditinggalkan apabila air semakin dekat dan beg pasir memenuhi pinggir pantai seperti rantai tetulang. Ketika air pasang bulan purnama, ombak menghempas tambak utama dan membanjiri rumah.

Seiring hakisan, menyebabkan sumber air bawah tanah dan tanah menjadi masin, suhu udara lebih panas, 'air pasang' lebih kerap dan kemarau semakin meningkat.

Alongside the threat of a rising sea, and inland flooding, people are affected by a shortage of clean water.

Di samping ancaman kenaikan air laut, dan banjir di pedalaman, orang ramai terjejas akibat kekurangan air bersih. Di Tarawa, Kiribati, air perigi banyak bercampur dan dicemari air laut, bahan buangan, serta pembuangan air besar secara terbuka, begitu juga menternak babi di sebelah rumah, dan amalan mengebumikan saudara-mara di sebelah rumah. Kiribati, 2022. © MSF/Joanne Lillie

Satu lagi masalah dengan pengurangan luas daratan ialah ancaman kepada pertanian. Kebanyakan i-Kiribati adalah petani sara diri, terutamanya di pulau-pulau luar, namun ini menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Penangkapan ikan juga terkesan. Dengan kesan lebihan penduduk dan iklim kepada perikanan terumbu, perikanan pantai tidak lama lagi tidak akan dapat memenuhi keperluan makanan. Secara keseluruhan Kiribati dianggarkan memerlukan 50 peratus lebih makanan menjelang 2030 untuk mengekalkan permintaan domestik yang semakin meningkat.

Keselamatan makanan yang tidak terjamin bukan hanya disebabkan cuaca yang melampau; gaya hidup semakin berubah. Ramai anak muda tidak lagi menghasilkan dan menyediakan makanan secara tradisional, sebaliknya lebih mengutamakan kemudahan makanan import. Hasil segar tidak boleh diakses secara meluas. Sebiji labu boleh berharga Euro/USD20, dan sebiji tembikai Euro/USD32 - jauh daripada kemampuan kebanyakan orang, memandangkan gaji minimum sekitar Euro/USD1 sejam. Maka tidak hairan hampir semua i-Kiribati tidak mengambil hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan.

Peralihan daripada diet tradisional ikan, babai (ubi keladi paya), sukun dan kelapa (dengan daging babi untuk perayaan khas/sewaktu pesta) mengundang implikasi kepada kesihatan orang ramai. Majoriti orang kini memakan nasi putih sebagai ruji dengan tambahan minuman manis yang diimport, serta makanan dalam tin dan diproses.

Dianggarkan 38 peratus lelaki dan 54 peratus wanita mengalami obesiti, manakala dalam kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun, 25 peratus kurang berat badan. Daripada faktor risiko NCD, 70 peratus dewasa berusia 18 hingga 69 tahun mempunyai tiga atau lebih.

More than 90 per cent of people in Kiribati don’t get the recommended amount of fruit and veg, with most people eating less than one portion of fruit per week.

Harga untuk kesihatan: Harga labu ini antara Euro/USD12-20, jauh dari jangkauan kebanyakan orang. Lebih 90 peratus penduduk di Kiribati tidak mendapat bahagian buah dan sayur yang disyorkan, dengan kebanyakannya makan kurang daripada satu bahagian buah setiap minggu. Kiribati, 2022. © MSF/Joanne Lillie

Krisis iklim adalah sejenis krisis kesihatan

Kesihatan manusia bergantung kepada kesihatan dan kelestarian alam sekitar. Tiada tempat lebih jelas berbanding mereka yang hidup dalam kekangan di sebuah pulau.

"Di sini anda melihat pertembungan antara kesihatan alam semesta dan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tidak kelihatan di tempat lain," kata Dr Lachlan McIver, Penasihat Kesihatan Penyakit Tropika dan Alam Semesta Doctors Without Borders. McIver menggelar negeri pulau kecil itu sebagai 'burung kenari dalam lombong arang batu perubahan iklim'.

Tujuh puluh lima peratus daripada kematian di rantau Pasifik adalah disebabkan oleh NCD, dan NCD kini diiktiraf sebagai punca utama masalah kesihatan di Kiribati.

Kadar diabetes di Kiribati adalah tinggi dan meningkat: dalam kalangan wanita berusia 45-69 tahun, lebih 44 peratus menghidap diabetes.

MSF project medical referent and midwife, Sandra Sedlmaier-Ouattara talks with Antje Reiher Tebwana, NCD public health specialist with the Kiribati Ministry of Health and Medical Services (left), and nurse Teraitinikarawa Reti (in blue) in Tabituaea North, on the outer islands of Kiribati.

Perujuk perubatan projek dan bidan MSF, Sandra Sedlmaier-Ouattara berbincang dengan Antje Reiher Tebwana, pakar kesihatan awam NCD bersama Kementerian Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan Kiribati (kiri), serta jururawat Teraitinikarawa Reti (berbaju biru) di Tabituaea Utara, di pulau luar Kiribati. Doctors Without Borders berada di Kiribati untuk menyokong Kementerian Kesihatan dan Perkhidmatan Perubatan dengan pengesanan dan pengurusan diabetes dalam wanita hamil dan program untuk meningkatkan penjagaan bayi baru lahir dalam 24 jam pertama kehidupan. Kiribati, 2022. © MSF/Manja Leban

Selain diet tidak berkualiti, hipertensi, kurang bersenam dan merokok menyumbang kepada kadar penyakit yang tinggi ini.

"Diabetes dalam wanita hamil amat membimbangkan kerana keadaan ini boleh membawa berisiko tinggi untuk ibu dan bayi, yang memerlukan akses kepada penjagaan menengah (pakar) untuk pengurusan semasa bersalin, ketika bersalin dan selepas kelahiran," kata Perujuk Perubatan Projek (PMR) Doctors Without Borders di Kiribati, bidan Sandra Sedlmaier-Ouattara.

Doctors Without Borders bekerja di Kiribati pada mulanya bertujuan untuk meningkatkan pengesanan dan pengurusan diabetes serta hipertensi berkaitan kesihatan ibu di Kepulauan Gilbert Selatan, yang berpusat di Tabiteuea Utara.

Pada masa ini mana-mana wanita hamil berisiko tinggi di pulau luar mempunyai akses terhad kepada penjagaan sekunder dan mesti meninggalkan keluarga mereka untuk diterbangkan ke ibu kota Tarawa demi penjagaan pakar sehingga mereka bersalin, dan selepas itu jika diperlukan.

Aktiviti kami di klinik kesihatan primer termasuk menambah baik penjagaan antenatal secara umum, dengan tumpuan tambahan pada pengesanan awal diabetes dan hipertensi. Kami juga menyokong kelahiran dan bersalin serta penjagaan neonatal di Hospital Kiribati Selatan. Untuk memberi impak jangka panjang dan untuk kemampanan, aktiviti kami tertumpu pada latihan dan tunjuk ajar bidan, jururawat dan rakan sekerja doktor kami.
Sandra Sedlmaier-Ouattara, PMR

Aktiviti lain termasuk berusaha meningkatkan penjagaan bayi baru lahir dalam 24 jam pertama kehidupan melalui latihan bidan, jururawat dan doktor dalam program universal Helping Babies Breathe, serta pengurusan kes, di Tabiteuea North dan Tarawa.

Doctors Without Borders akan turut menyokong peningkatan infrastruktur hospital di Tabiteuea North Hospital, seperti menyediakan tenaga boleh diperbaharui, air bersih dan pengurusan sisa untuk menyokong rujukan dan keupayaan pembedahan.

Pulau-pulau Pasifik antara tempat paling terdedah kepada iklim di bumi. Kiribati sedang menunjukkan kepada seluruh dunia beberapa kesan perubahan iklim yang paling ketara. Kita mesti bertindak bersama untuk kesihatan planet dan semua manusia.

Categories