Skip to main content

Apakah Kecemasan Iklim?  

Kami bekerja dalam beberapa tetapan iklim paling terdedah di dunia, bertindak balas kepada banyak krisis paling mendesak di dunia - konflik, bencana alam, wabak penyakit dan perpindahan. Banyak akibat perubahan iklim - banjir, kemarau, ribut teruk - semua itu bukanlah masalah baru. Namun kecemasan iklim menyebabkan peningkatan kejadian ini, baik dari segi keterukan dan kekerapan.

Kecemasan ini memberi kesan negatif kepada komuniti di banyak bahagian dunia, dan kesannya akan menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa melainkan tindakan segera diambil.

Kemaskini terkini

Kecemasan Iklim: Apa yang kami lihat?
Kecemasan Iklim: Apa yang kami lihat?
Apa yang kami lihat di tempat kami berkerja?
Kecemasan Iklim: Apa yang kami lakukan mengenainya?
Kecemasan Iklim: Apa yang kami lakukan mengenainya?
Kecemasan Iklim: Apa boleh anda lakukan?
Kecemasan Iklim: Apa boleh anda lakukan?
Kita semua ada peranan dalam krisis iklim.
Honduras: Memerangi denggi dengan nyamuk, satu inovasi untuk melindungi manusia daripada kematian
Honduras: Memerangi denggi dengan nyamuk, satu inovasi untuk melindungi manusia daripada kematian
Untuk memerangi krisis kesihatan awam yang berkembang dengan pesat di Honduras, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) bekerjasama r...
Kiribati: Negara pulau terpencil berdepan ancaman tiga kali ganda ke atas kesihatan
Kiribati: Negara pulau terpencil berdepan ancaman tiga kali ganda ke atas kesihatan
Kiribati adalah satu daripada negara paling terpencil serta berselerak secara geografi di dunia. Ia juga salah satu negara paling terdedah kepada kesa...
Krisis Iklim adalah Krisis Kesehatan dan Kemanusiaan
Krisis Iklim adalah Krisis Kesehatan dan Kemanusiaan
Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) sudah sejak lama merespons sejumlah krisis medis dan kemanusiaan terburuk di dunia. Wilayah k...
Madagascar: kekurangan zat makanan meningkat berikutan kejutan iklim
Madagascar: kekurangan zat makanan meningkat berikutan kejutan iklim
Situasi membimbangkan sedang berlaku di tenggaraMadagascar, di mana kekurangan zat makanan semakin meningkat dalam masyarakat luar bandar. Penduduk di...
Ancaman tiga kali ganda babitkan perubahan iklim, konflik dan kecemasan kesihatan: Gabungan risiko maut buat mereka paling terdedah dalam persekitaran yang rapuh
Ancaman tiga kali ganda babitkan perubahan iklim, konflik dan kecemasan kesihatan: Gabungan risiko maut buat mereka paling terdedah dalam persekitaran yang rapuh
Geneva (MSF/ICRC) – Perubahan iklim bukanlah suatu ancaman yang dianggap jauh. Secara dramatik ia telah menjejaskan kelompok rentan seluruh dunia. Sec...

Mengapa anda perlu mengambil berat tentang perubahan iklim?

Dunia sedang berubah—secara literal. Suhu planet meningkat setiap tahun. Nyamuk pembawa penyakit bergerak lebih jauh dan menjangkau lebih ramai orang. Di sesetengah tempat, paras laut meningkat dan jisim daratan semakin mengecil.

Semua fenomena ini mempunyai kesan ke atas kesihatan manusia—daripada penyakit yang menyebabkan kita sakit kepada makanan yang kita makan, dari panas luar biasa musim panas ke tempat di mana kita boleh membina rumah kita.

Barangay Catadman, Surigao City, January 2022. Copyright: Regina Layug Rosero/MSF

"Kami melihat dua pokok mangga tumbang di jalan kami. Kami melihat bumbung berterbangan dari rumah, jatuh ke tanah. Kelihatan seperti taufan menerbangkan bumbung dari rumah. Angin sangat kuat sehingga ketika kami berjalan, terasa seperti ia akan mengangkat kami. Di gereja, kami melihat ada yang cedera. Mereka terkena kepingan besi yang diterbangkan dari bumbung seseorang. Kami pergi memeriksa rumah kami, kata suami saya ianya hilang, ia telah runtuh. Saya melihat rumah-rumah lain, dan mereka juga sudah tiada." Marie Kris Yurtes mengimbas kembali apa yang dilihatnya semasa Taufan Rai melanda kampungnya di Barangay Catadman, Surigao City, Filipina.


Yang tinggal di pusat kesihatan barangay Catadman hanyalah beberapa dinding, penimbang berkarat dan katil pemeriksaan yang rosak. Bumbungnya diterbangkan oleh Taufan Rai. Bandaraya Surigao , Philippines. 22 Januari, 2022. © Regina Layug Rosero/MSF

Kecemasan iklim menjejaskan anda.

Kami bekerja di beberapa tetapan iklim yang paling terdedah di dunia, dan pasukan perubatan kemanusiaan kami bertindak balas terhadap situasi dikaitkan atau diburukkan lagi oleh perubahan iklim dan alam sekitar.

Situasi ini berlaku di dunia di mana suhu semakin tinggi. Pemanasan global tambahan akan membawa akibat bencana kepada ramai orang di seluruh dunia--bukan hanya komuniti di mana kami bekerja.