Doctors Without Borders di COP28: Ucapan berkaitan perjuangan membuka laluan kepada iklim dan kesihatan
Dr. Christos Christou di COP 28. Emiriah Arab Bersatu, 2 Disember 2023. © MSF
Itulah kata-kata rakan sekerja saya Adamo. Dan menyedihkan, apa yang beliau gambarkan adalah realiti di banyak tempat lain.
Sebagai organisasi perubatan dan kemanusiaan yang bekerja di beberapa persekitaran iklim paling terdedah di dunia, pasukan dari Médecins Sans Frontières merawat pesakit yang mengalami kesan kesihatan akibat kecemasan iklim secara terus.
Krisis ini mendatangkan kesan paling teruk kepada mereka yang paling terdedah. Kami tahu, kerana kami melihat sendiri keadaan mereka di bilik menunggu kami.
Dari Niger ke Mozambique, dari Honduras ke Bangladesh, kami merawat pesakit disebabkan penyakit berjangkit seperti malaria dan denggi; kerana malnutrisi; dan kerana isu kesihatan yang dikaitkan dengan kejadian cuaca melampau.
Sejak COP27, kami telah bertindak balas terhadap banjir yang berleluasa di Sudan Selatan dan Kenya, terhadap taufan yang teruk di Myanmar dan Madagascar, serta terhadap panas dan kemarau tanpa henti yang memaksa jutaan orang berada dalam situasi kebuluran di Horn of Africa. Kami juga bertindak balas terhadap wabak kolera serentak di beberapa negara, dan kadar denggi yang membimbangkan di seluruh benua Amerika. Kombinasi maut malaria dan kekurangan zat makanan menjadikan wad pediatrik kami penuh di seluruh Sahel, di mana, di Chad, pasukan kami kini menyediakan pencegahan dan rawatan untuk kekurangan zat makanan sepanjang tahun.
Terlampau sedikit yang dilakukan untuk melindungi mereka yang terdedah daripada kesan negatif perubahan iklim. Banyak komuniti berhadapan pelbagai krisis yang semakin meningkat dari segi skala dan juga intensiti.
Orang ramai membayar dengan kesihatan dan nyawa mereka untuk masalah yang bukan dicipta mereka.
Adalah tidak masuk akal dan tragis bahawa mereka yang paling kurang bertanggungjawab terhadap pelepasan yang mencetus kecemasan iklim dibiar menanggung akibatnya.
Di Global Stocktake ini, jelas bahawa tindakan yang diambil sehingga kini gagal untuk memenuhi keperluan hari ini, apatah lagi cabaran yang semakin meningkat menanti di hadapan. Kepimpinan politik global gagal menunaikan komitmen untuk membendung pelepasan dan menunaikan janji untuk menyokong negara yang paling terjejas untuk menyesuaikan diri.
Ini perlu berubah.
Komuniti ini perlu melihat tindakan iklim yang menyamai skala kecemasan iklim. Mereka memerlukan komitmen sebenar untuk mengambil tindakan segera, penting, tertunggak yang diperlukan untuk mengurangkan pelepasan secara mendadak. Mereka memerlukan sokongan kewangan dan teknikal yang konkrit untuk menyesuaikan diri kepada, dan menangani, akibatnya.
Keperluan semakin meningkat untuk meletakkan kesihatan dengan kukuh di barisan hadapan dasar berkaitan iklim, rundingan dan tindakan.
Dunia tidak boleh terus menerus melihat ketika krisis kemanusiaan menjadi bertambah teruk.
Berapa tahun lagi akan berlalu, berapa banyak lagi COP,
Berapa banyak lagi nyawa akan terjejas – atau hilang –
sebelum langkah konkrit diputuskan dan diambil tindakan?
Kita tidak boleh menerima lagi, kegagalan yang besar