Khartoum: Bantuan berdepan bahaya apabila kakitangan Doctors Without Borders berdepan ancaman pukul, ugutan bunuh dan kecurian
Khartoum/Paris, 21 Julai 2023 – Pada petang 20 Julai, empat kakitangan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF serta empat pemandu trak dan sepasukan 10 pekerja harian dihalang sekumpulan lelaki bersenjata semasa mengangkut bekalan perubatan ke Hospital Turki di selatan Khartoum, di mana Doctors Without Borders menyediakan penjagaan kesihatan.
Selepas berhujah tentang sebab kehadiran Doctors Without Borders, lelaki bersenjata itu kemudian menyerang pasukan kami secara agresif, memukul dan menyebat mereka, selain menahan pemandu salah sebuah kenderaan kami. Lelaki bersenjata itu mengancam nyawa pemandu sebelum melepaskannya. Mereka kemudian mencuri kenderaan itu. Berikutan kejadian ngeri ini, Doctors Without Borders memberi amaran bahawa aktiviti pertubuhan di hospital ini kini dalam bahaya yang serius dan tidak akan dapat diteruskan sekiranya jaminan keselamatan minimum tidak dipenuhi.
Selepas berhujah tentang sebab kehadiran Doctors Without Borders, lelaki bersenjata itu kemudian menyerang pasukan kami secara agresif, memukul dan menyebat mereka, selain menahan pemandu salah sebuah kenderaan kami. Lelaki bersenjata itu mengancam nyawa pemandu sebelum melepaskannya. Mereka kemudian mencuri kenderaan itu. Berikutan kejadian ngeri ini, Doctors Without Borders memberi amaran bahawa aktiviti pertubuhan di hospital ini kini dalam bahaya yang serius dan tidak akan dapat diteruskan sekiranya jaminan keselamatan minimum tidak dipenuhi.Christophe Garnier, pengurus kecemasan
Hospital Turki adalah satu daripada dua yang masih dibuka di seluruh selatan Khartoum - kedua-duanya disokong oleh Doctors Without Borders. Doctors Without Borders antara beberapa organisasi kemanusiaan perubatan antarabangsa yang masih wujud di bandar ini, menyokong hospital di timur Khartoum dan Omdurman selain di selatan Khartoum. Doctors Without Borders berada di sini untuk membantu Kementerian Kesihatan mengekalkan sistem kesihatan yang sangat rapuh, namun disebabkan insiden semalam - dan siri insiden yang berlaku sebelum ini - organisasi mula berfikir bahawa sokongan berterusan mungkin tidak dapat disediakan tidak lama lagi.
Kejadian ini berlaku hanya 700 meter dari Hospital Turki, di mana ratusan pesakit – termasuk kanak-kanak – sedang menjalani rawatan. Hanya semalam kami menerima 44 pesakit yang cedera dalam serangan udara. Tiga setengah minggu lalu, kami menerima satu lagi kemasukan besar-besaran mereka yang cedera dalam peperangan - terutamanya wanita dan kanak-kanak - yang cedera akibat peningkatan pertempuran di sekitar ibu pejabat Polis Simpanan Pusat.
Setiap hari, hospital ini menerima kira-kira 15 pesakit yang cedera akibat peperangan, menjalankan pembedahan menyelamatkan nyawa dan memastikan pesakit yang menghidap penyakit kronik terus hidup. Pasukan kami bekerja sepanjang masa dalam keadaan yang teruk untuk merawat mereka yang memerlukan penjagaan, namun apabila meninggalkan hospital, mereka diserang dan didera secara fizikal.
Doctors Without Borders merawat lebih 1,600 pesakit yang cedera akibat perang di Khartoum sejak konflik bermula dengan niat kami untuk terus melakukan perkara ini. Bagaimanapun, keadaan keselamatan merosot secara mendadak sejak beberapa minggu lalu sehinggakan kehadiran kami di Hospital Turki kini menjadi tanda tanya.