Skip to main content

Doctors Without Borders menyeru Malaysia ke arah akses penjagaan kesihatan yang selamat dan berpatutan untuk pelarian

A patient sits as MSF staff member give her some documentation at MSF’s mobile clinic in Bukit Gudung, Penang.

Staf Doctors Without Borders membantu seorang pesakit di klinik bergerak di Pulau Pinang, Malaysia.

Dalam lawatan ke Malaysia baru-baru ini untuk bertemu wakil kementerian kesihatan dan hal ehwal luar, Presiden Antarabangsa Doctors Without Borders Antarabangsa Dr Christos Christou menyatakan bahawa "pelarian dan pencari suaka tanpa status dan dokumen pengenalan diri berkaitan yang sah berjuang untuk mendapatkan rawatan perubatan di negara seperti Malaysia kerana takut ditangkap atau ditahan.” 

Dengan krisis Myanmar yang tidak berpenghujung, Doctors Without Borders mengiktiraf kepemimpinan Malaysia dan peranan yang boleh dimainkannya dalam usaha serantau untuk mencari penyelesaian mampan bagi Rohingya yang membolehkan orang ramai hidup dalam keadaan sihat, selamat dan bermaruah. 

 Malaysia boleh menunjukkan contoh melalui komitmen untuk memberikan perlindungan kepada Rohingya dan pelarian Myanmar lain serta pencari suaka yang melarikan diri daripada penganiayaan dan keganasan sehingga situasi selamat untuk mereka pulang. 

 Rohingya adalah satu daripada komuniti paling terpinggir di dunia selepas kerakyatan mereka ditarik balik di Myanmar pada 1980-an. Mereka dipindahkan secara paksa di seluruh Rakhine dan ke negara lain beberapa kali dalam beberapa dekad yang lalu. Menurut data 2023 Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira 630,000 Rohingya kekal di Rakhine, termasuk kira-kira 147,000 Rohingya yang ditahan di kem pemindahan atau tinggal dalam kalangan komuniti tuan rumah sejak keganasan meluas pada 2012. Lebih 2 juta pelarian Rohingya tinggal sebagai pelarian – kebanyakannya di seluruh Asia dan Timur Tengah. 

  “Kami semua melihat apa yang boleh dilakukan pelbagai organisasi dan pihak berkuasa sepanjang beberapa tahun pertama tindak balas kecemasan untuk Rohingya. Sekarang kami melihat bagaimana keperluan penduduk berkembang, namun kemampuan kita terhad sehingga usaha mencari penyelesaian untuk masyarakat Rohingya terbantut. Kami memerlukan pihak berkuasa serantau untuk melibatkan diri secara bermakna dalam mencari penyelesaian yang mampan untuk Rohingya,” katanya. 

Staff show International President Dr. Christos Christou the drugs being dispersed to patients in the mobile clinic supported by Doctors Without Borders in Sungai Dua, Penang, Malaysia © Intan Ali/MSF

Staf Doctors Without Borders menunjukkan kepada Presiden Antarabangsa Dr. Christos Christou ubat-ubatan yang disebarkan kepada pesakit di klinik bergerak yang disokong oleh Doctors Without Borders di Sungai Dua, Pulau Pinang, Malaysia © Intan Ali/MSF

Di Malaysia, Doctors Without Borders menyediakan penjagaan kesihatan kepada pelarian, pencari suaka dan komuniti pendatang tanpa izin sejak 2015. Kehadiran operasi Doctors Without Borders di negara ini bermula sebagai sebahagian daripada tindak balas yang lebih meluas terhadap krisis pelarian di rantau ini. 

Pertubuhan kemanusiaan perubatan itu menawarkan perkhidmatan perubatan kepada pelarian dan pencari suaka di klinik tetap di Butterworth, Pulau Pinang dan klinik bergerak di kawasan terpencil Pulau Pinang serta pusat tahanan. Perkhidmatan termasuk penjagaan kesihatan primer, sokongan kesihatan mental, rujukan kepada penyedia penjagaan kesihatan menengah dan sekunder, serta menyokong mangsa keganasan seksual yang terselamat, termasuk mangsa pemerdagangan manusia. 

“Kami berhasrat untuk membantu pelarian dan pencari suaka untuk mendapatkan penjagaan yang mereka perlukan, dan kami bersedia untuk menyokong kerajaan Malaysia dengan tindak balas yang berperikemanusiaan terhadap krisis pemindahan secara paksa ini. Rohingya dari Myanmar mengalami konflik dan diskriminasi teruk serta tidak mempunyai alternatif selain meninggalkan rumah untuk mencari perlindungan dan kehidupan lebih baik di Malaysia serta tempat lain di rantau ini,” katanya. 

“Komitmen yang lebih kukuh dan berterusan penting daripada kerajaan serantau, penyumbang dan NGO. Bagi Doctors Without Borders, memastikan komuniti terpinggir ini mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan adalah keutamaan dan pemberian status sah kepada pelarian adalah tindakan bermakna yang boleh diambil Malaysia untuk memudahkan akses itu sehingga selamat untuk Rohingya pulang ke tanah air dengan jaminan kehidupan yang bermaruah.”