Skip to main content

Suara-suara Rohingya: Suatu perjalanan mengerikan dari Myanmar dan Malaysia ke Kanada

Rohingya voices: A harrowing journey from Myanmar and Malaysia to Canada. In the picture, Mohd Ayas and family in Alberta, Canada.

Mohd Ayas dan keluarga di Calgary, Alberta, Canada. © Private

Ayas adalah seorang pendidik kesihatan manakala Sandar beralih daripada pendidikan kesihatan kepada pentadbiran pejabat dan kewangan.  Kehidupan pasangan itu berubah apabila pertempuran antara kaum tercetus pada Jun 2012. Beratus-ratus orang telah terbunuh, dan beribu-ribu keluarga Rohingya telah melarikan diri dari rumah-rumah mereka. Doctors Without Borders telah dipaksa untuk menggantung sebahagian besar aktiviti-aktiviti perubatannya di negeri Rakhine.

Doctors Without Borders adalah organisasi terbesar yang menyediakan rawatan perubatan kepada Rohingya. Ramai yang tidak lagi mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan selepas klinik-klinik Doctors Without Borders ditutup. Pesakit-pesakit TB dan HIV tidak lagi boleh mendapatkan ubat mereka. Hospital-hospital milik kerajaan tidak menerima kemasukan pesakir-pesakit Rohingya.
Ayas, seorang sukarelawan Rohingya

Kehidupan yang sudah sedia mencabar sebelum pertempuran-pertempuran bermula, menjadi bertambah sukar bagi pasangan suami isteri dan tiga anak perempuan mereka. Selama beberapa bulan, mereka tidak mempunyai maklumat mengenai keberadaan ahli-ahli keluarga mereka, yang berada di bandar lain. Penangkapan Rohingya pada waktu malam oleh tentera-tentera kerajaan dan polis menjadi kerap.

Keluarga itu menghabiskan kebanyakan waktu-waktu malam di kemudahan-kemudahan Doctors Without Borders dan sebuah lagi NGO di mana Ayas telah menawarkan diri, berharap ia akan lebih selamat. Apabila Ayas mendapat tahu bahawa namanya berada dalam senarai hitam polis disebabkan oleh tugas kerja sukarelanya bersama NGO dan hakikat bahawa dia boleh ditangkap pada bila-bila masa, dia tahu dia perlu untuk meninggalkan Myanmar.

“Saya sangat tertekan dan cemas. Saya telah memutuskan untuk melarikan diri ke negara jiran Bangladesh dan kembali jika keadaan itu bertambah baik,” katanya. Lima bulan kemudian, apabila pasangan itu telah menyedari bahawa keadaan-keadaan tidak bertambah baik, mereka telah memutuskan bahawa dia akan pergi ke Malaysia dan ahli keluarga yang lain akan menyusul kemudian.

Selepas beberapa bulan, Doctors Without Borders berupaya untuk menyambung sebahagian daripada aktiviti-aktiviti perubatannya di Rakhine, namun keadaan bagi kakitangan sukarela Rohingya bersama NGO-NGO asing masih kekal berbahaya.

Sebuah perjalanan berbahaya ke Malaysia

Pada November 2013, Sandar telah memutuskan untuk menyertai suaminya di Malaysia. Bersama-sama tiga anaknya yang masih kecil - sembilan bulan, empat dan sebelas tahun ketika itu - dia telah menaiki bot yang telah sesak dengan lebih daripada 2000 pelarian-pelarian Rohingya yang lain. Perjalanan menaiki bot selama 13 hari dari Myanmar ke Malaysia itu, dengan satu persinggahan singkat di Thailand, amat memilukan.

“Mereka tidak memberi kami sebarang air atau makanan. Orang ramai telah mengalami dehidrasi. Kanak-kanak menangis sepanjang masa. Tidak ada lampin-lampin untuk bayi-bayi itu. Ia sangat panas. Kami tidak dapat tidur. Tidak ada tandas. Orang ramai membuang air besar di atas lantai di mana kami tidur,” Sandar mengingat kembali.

“Bot itu dibadai oleh taufan di perairan terbuka. Beberapa wanita, lelaki, dan kanak-kanak telah mati di atas bot dan hanya dicanmpak ke laut. Saya sangat takut, dan hanya berdoa.”

Apabila Sandar dan anak-anak telah tiba di Malaysia, mereka telah mengalami trauma disebabkan perjalanan itu. Mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk dirawat disebabkan penyakit kulit, selaran matahari, dan dehidrasi.

Hidup di Malaysia

Telah bersatu semula dengan Ayas, keluarga itu mula-mula telah menetap di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur. Hidup tanpa dokumen-dokumen sah sebelum mereka telah diiktiraf sebagai pelarian oleh UNHCR, mereka masih tidak berasa selamat. “Kami masih takut ditangkap. Namun tidak seperti di Myanmar, sekurang-kurangnya kami tahu mereka tidak akan membunuh kami,” kata Ayas.

Pada 2015, mereka telah mendengar bahawa Doctors Without Borders telah memulakan satu projek di Pulau Pinang untuk menyokong pelarian-pelarian Rohingya, mula-mula melancarkan klinik-klinik bergerak dan kemudian menggerakkan sistem rujukan dan membuka sebuah klinik. Ayas dan Sandar telah memutuskan untuk berpindah ke pulau Malaysia itu, di mana mereka menjadi sebahagian daripada pasukan Doctors Without Borders sebagai fasilitator antara pesakit-pesakit Rohingya dan hospital-hospital.

Rohingya datang dari seluruh Malaysia ke Pulau Pinang untuk mendapatkan sokongan perubatan daripada Doctors Without Borders terutama wanita hamil. Klinik Doctors Without Borders menjadi bertambah sibuk, termasuk dengan pesakit-pesakit daripada komuniti-komuniti lain.
Ayas, seorang sukarelawan Rohingya

Kehidupan di Malaysia banyak cabaran-cabaran. Sandar melahirkan dua lagi anak. Seorang daripada mereka, lelaki, dilahirkan di Kuala Lumpur dengan kondisi perubatan yang telah memerlukan pembedahan. “Pihak hospital pada mulanya tidak mahu membedah anak kami disebabkan kami adalah pelarian, dan kerana mereka menyangka dia tetap juga akan mati. Kami terpaksa membayar banyak wang supaya mereka akhirnya telah bersetuju dengan pembedahan itu,” kata Sandar.

Kebanyakan elaun-elaun pasangan itu telah dibelanjakan untuk membayar sewa, bil perubatan untuk anak lelaki mereka, dan sekolah persendirian yang mana anak-anak mereka yang lebih tua terpaksa hadiri berikutan sekolah-sekolah awam Malaysia tidak menerima kanak-kanak pelarian. Disebabkan kesukaran-kesukaran ini, mereka telah mendambakan untuk penempatan semula. Akhirnya, UNHCR telah memudahkan penempatan semula mereka ke Kanada.

Berpindah ke Canada

Pada penghujung 2019, keluarga itu telah berpindah ke Calgary, dan mereka kini menetap di Edmonton. Sandar dan Ayas telah menghadiri kursus pembangunan profesional, mempunyai pekerjaan-pekerjaan sambilan, dan sukarela untuk menyokong bekas-bekas pelarian lain di Kanada.

Selepas hidup tanpa kerakyatan dalama kebanyakan hayat mereka, disebabkan pelucutan kerakyatan masyarakat Rohingya di Myanmar, memiliki kewarganegaraan Kanada bermakna mereka kini boleh bergerak dengan bebas buat kali pertama dalam hidup mereka.

A harrowing journey from Myanmar and Malaysia to Canada. In the picture, Mohd Ayas and family in Calgary, Alberta, Canada. © Private

Mohd Ayas dan keluarga di Calgary, Alberta, Canada. 

Sandar dapat melawat ibunya dan ahli-ahli keluarga lain di ibu kota Myanmar Yangon awal tahun ini, di mana mereka telah melarikan diri dari Rakhine. Mereka sudah lebih sedekad tidak berjumpa antara satu sama lain. “Ibu saya dan ahli-ahli keluarga yang lain menderita akibat kemurungan dan kebimbangan. Ayah saya telah meninggal dunia akibat terkejut selepas tercetusnya keganasan terbaharu di Rakhine pada 2017.”

Anak perempuan sulung pasangan itu, satu-satunya anak yang masih mengingati perjalanan bot traumatik ke Malaysia, sedang melanjutkan pengajian untuk ijazah sarjana muda dalam bidang kinesiologi.  "Dia mahu pergi ke sekolah perubatan selepas dia tamat pengajian," kata Ayas dengan bangga. “Dia berkata dia mahu bekerja dengan Doctors Without Borders di Myanmar atau Malaysia suatu hari nanti.”