Skip to main content

Bangladesh: Wabak kudis jejaskan ratusan ribu di kem pelarian Cox's Bazar

Doctors Without Borders’s health promotion volunteer providing sessions to the patients who came to Jamtoli clinic for medical consultation. Bangladesh, March 2023. © Farah Tanjee/MSF

Sukarelawan promosi kesihatan Doctors Without Borders mengendalikan sesi bersama pesakit yang datang ke klinik Jamtoli untuk konsultasi perubatan. Bangladesh, Mac 2023. © Farah Tanjee/MSF 

Dianggarkan 40 peratus yang menetap di kem sesak itu kini menghidap kudis, dengan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mencadangkan prevalen di beberapa kem setinggi 70 peratus.

Kudis mudah dirawat namun boleh menyebabkan kesan fizikal dan mental yang teruk seandainya dibiarkan tanpa dirawat. Rawatan biasa membabitkan penggunaan ubat-ubatan pada kulit pesakit, pakaian dan persekitaran rumah untuk menghapuskan parasit yang menyebabkan serangan, namun Doctors Without Borders memberi amaran bahawa dalam kes ini ubat tidak mencukupi dan punca wabak itu perlu ditangani. 

"Perbincangan seringkali berlaku mengenai pemberian ubat secara besar-besaran di kem untuk menangani wabak semasa, tetapi ubat-ubatan sahaja tidak akan menghalang jangkitan semula sekiranya tidak disertai langkah-langkah untuk menangani keadaan situasi tidak bersih yang menyebabkan wabak itu," kata Karsten Noko, Ketua Misi Doctors Without Borders di Bangladesh. 

Pasukan Doctors Without Borders di kem itu berdepan peningkatan ketara mereka yang menghidap penyakit kulit dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada Mac 2022, mereka mula menerima bilangan pesakit kudis yang luar biasa tinggi, sejak peningkatan itu direkodkan. Antara Januari dan Mei tahun ini, pasukan Doctors Without Borders di kem terbabit merawat hampir 70,000 pesakit kerana kudis - hampir dua kali ganda berbanding tempoh sama pada 2022. 

“Ada hari tertentu kami menerima sehingga 700 pesakit" kata Pankaj Paul, Timbalan Penyelaras Perubatan Doctors Without Borders di Bangladesh.

Situasi kekal sama sehingga Januari 2023 dan kami membangkitkan mengenai keadaan berkenaan ketika berdepan beban besar untuk bertindak balas terhadap peningkatan ini. Pasukan kami menyaksikan peningkatan bilangan pesakit dan mulai Februari 2023 mereka memutuskan untuk meminta pesakit ke kemudahan kesihatan berdekatan dengan kem masing-masing "Pada waktu itu, kami tidak mampu merawat semua orang yang datang kerana menghidap kudis – kami tidak mempunyai kapasiti untuk itu” kata Paul. 

“Anak lelaki kami berusia empat tahun menghidap kudis sejak Disember lalu,” kata Ajmot Ullah, anggota komuniti Rohingya yang tinggal di kem berkenaan. “Dia mula mengalami ruam pada tangan dan kemudian seluruh badannya. Kami membelanjakan wang untuk doktor dan farmasi dan akhirnya dia sembuh, namun dia dijangkiti kudis semula dengan cepat. Dia tidak dapat tidur dengan cukup, seluruh badannya gatal-gatal, terutamanya pada waktu malam, dan dia banyak menangis kerana kesakitan. Dua anak lelaki saya yang lain juga menghidap kudis, manakala saya dan isteri turut mempunyai simptom. Ia mimpi ngeri bagi keluarga saya.” 

Doctors Without Borders di Bangladesh menjalankan kajian mengenai keadaan air dan sanitasi di kem pelarian Rohingya tahun lalu dan ia menunjukkan keadaan membimbangkan. Kami mengesan kekurangan sanitasi yang sempurna dan ketersediaan air yang tidak mencukupi. Walaupun kami melihat sejumlah besar penambahbaikan infrastruktur air dan sanitasi sejak dua tahun lalu (pemasangan rangkaian air, pengklorinan), terdapat kemerosotan dalam penyelenggaraan - Tandas yang berfungsi kurang berbanding sebelum ini. 

A young patient from Rohingya refugee camp is visiting Doctors Without Borders’s Jamtoli facility to seek treatment of scabies. Bangladesh, June 2023. © MSF/Malvoisin

Seorang pesakit dari kem pelarian Rohingya mengunjungi fasiliti Doctors Without Borders di Jamtoli untuk mendapatkan rawatan penyakit kudis. Bangladesh, Jun 2023. © MSF/Malvoisin

Doctors Without Borders community-based health promotion volunteer raises awareness on scabies in the clinic’s waiting area. 1 June 2023, Jamtoli Clinic, Ukhiya, Cox’s Bazar, Bangladesh.

 

Sukarelawan promosi kesihatan berasaskan komuniti Doctors Without Borders meningkatkan kesedaran tentang kudis di ruang menunggu klinik. 1 Jun 2023, Klinik Jamtoli, Ukhiya, Cox’s Bazar, Bangladesh.

patients suffering from scabies are taking medications and listening to the medicine dispensers about when and how to take medications. Bangladesh, March 2023. © Farah Tanjee/MSF

Seorang pesakit yang menghidap kudis sedang mengambil ubat-ubatan dan mendengar dispenser ubat tentang masa dan cara mengambil ubat-ubatan di jabatan pesakit luar kudis di klinik Doctors Without Borders Jamtoli. Bangladesh, Mac 2023. © Farah Tanjee/MSF

Di sesetengah kawasan, orang ramai mempunyai akses kepada air hanya untuk dua jam dalam sehari. Ini disebabkan sistem air yang tidak berfungsi selain dikaitkan dengan catuan air kerana andaian salah bahawasanya sumber air bawah tanah semakin berkurangan disebabkan populasi pelarian, yang sudah pun disangkal melalui pemantauan dan pemodelan khusus sumber air ini. Bulan lalu, catuan sabun pelarian dipotong daripada dua buku sebulan kepada hanya satu. 

"Kami tidak mempunyai ruang mencukupi," kata Taher, seorang pelarian berusia 18 tahun yang tinggal di kem Jamtoli. “Saya telah cuba sedaya upaya untuk mengekalkan piawaian kebersihan, namun ia sukar. Kami berkongsi katil, kami berkongsi pakaian, kami berkongsi segala-galanya. Sekarang kami berkongsi kudis juga.” 

Wabak kudis yang di luar kawalan ini berlaku dalam keadaan di mana pembiayaan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh dikurangkan, termasuk pemotongan catuan makanan mereka. Malah sebelum pengurangan pembiayaan, tahap perkhidmatan disediakan agensi bantuan dalam kem tidak memenuhi keperluan pelarian. Kebimbangan khusus Doctors Without Borders adalah kekurangan akses orang ramai kepada kemudahan kesihatan di kem yang mempunyai kakitangan penuh dan dibekalkan dengan ubat yang mencukupi. 

“Kadar positif 40 peratus untuk kudis ibarat detik 'kenari dalam lombong arang batu' yang memberitahu kita bahawa tindak balas kesihatan dan sanitasi asas di kem tidak berfungsi dan ia berisiko mengancam kesejahteraan penduduk Rohingya dan komuniti tempatan di Cox's Bazar,” tambah Noko.