Yaman: Doctors Without Borders gantung kemasukan ke hospital di Aden selepas pesakit diculik dan dibunuh
Keadaan di dalam hospital trauma Doctors Without Borders di Aden. YAMAN 2018 © Agnes Varraine-Leca/MSF
Pada pagi 2 April, sekumpulan lelaki bersenjata mengancam pengawal dan kakitangan perubatan di hospital Al Sadaqah sebelum memasuki bangunan dan menculik seorang pesakit yang dimasukkan ke hospital hari sebelumnya dan dijadual menjalani pembedahan. Pada hari sama, pesakit kemudian ditemui mati di jalan di daerah Al Mansoura di bandar ini.
Kejadian itu susulan beberapa ancaman dan insiden keselamatan tahun ini membabitkan pesakit dan kakitangan, termasuklah ketika hospital sibuk merawat mereka yang cedera dalam keganasan yang semakin meningkat di Aden.
© Malak Shaher/MSF
"Susulan kejadian ini, kami tidak punya pilihan selain menggantung kemasukan pesakit sehingga diberitahu lebih lanjut," kata Caroline Seguin, pengurus program Doctors Without Bordersn untuk Yaman. "Selama beberapa minggu terakhir, rumah sakit beroperasi dengan kapasitas penuh, terutama ruang kecemasan dan unit rawatan intensif, susulan meningkatnya keganasan di kota."
Hospital bagaimanapun terus merawat pesakit yang diterima sebelumnya.
Pasukan Doctors Without Borders beroperasi di hospital Al Sadaqah di Aden sejak 2012. Sejak itu, mereka mengendalikan lebih daripada 30,000 konsultasi kecemasan kepada pesakit yang datang dari pelbagai wilayah yang terkesan akibat pertempuran, termasuk Abyan, Taiz dan wilayah pentadbiran Hodeidah.
"Penggantungan ini hadir pada saat kritikal bagi pesakit dan keluarga mereka dari Aden, selain dari wilayah pentadbiran Hodeidah dan Taiz, di mana kami menerima pesakit yang tercedera akibat perang yang memerlukan rawatan pembedahan segera setiap hari," kata Seguin. "Kami sangat bimbang dengan keadaan keselamatan yang semakin buruk di Aden dan kesannya terhadap aktiviti perubatan kami, kerana insiden seperti ini membahayakan nyawa pesakit dan kakitangan."
Semasa pertempuran Aden pada 2015, hospital Doctors Without Borders satu daripada beberapa kemudahan pembedahan yang masih berfungsi dalam bandar. Antara Mac dan Ogos 2015, pasukan Doctors Without Borders merawat lebih 2,800 pesakit yang cedera akibat perang di hospital. Pada masa sama, pasukan Doctors Without Borders menguruskan pusat kecemasan dan klinik pembedahan bergerak di bandar untuk menstabilkan pesakit yang tercedera akibat perang dan meningkatkan peluang mereka untuk bertahan.
Abdallah di IPD hospital trauma Doctors Without Borders di Aden, selepas dirujuk dari hospital surgeri MSF di Mocha. © Agnes Varraine-Leca/MSF
Pada 2018, Doctors Without Borders meningkatkan kapasiti hospital Al Sadaqah kepada 104 katil sebagai respon kepada kemasukan pesakit yang cedera akibat perang berikutan serangan Hodeidah. Sepanjang 2018, pasukan Doctors Without Borders memberikan lebih daripada 6,000 konsultasi kecemasan dan melakukan 5,400 pembedahan di hospital Al Sadaqah, 90 peratus daripadanya adalah kerana kecederaan akibat keganasan.
Di Yaman, pasukan Doctors Without Borders bekerja di 12 hospital dan memberikan sokongan kepada lebih daripada 20 kemudahan kesihatan yang terletak di 11 wilayah: Abyan, Aden, Amran, Hajjah, Hodeidah, Ibb, Lahj, Saada, Sanaa, Shabwah, dan Taiz.