Insya Allah: Bagaimana Saya Menemui Harapan di Wad Bersalin di Yaman
Wadha, bidan di Hospital Ibu dan Anak MSF di Taiz Houban, barat daya Yaman, sedang membantu pesakit wanita bersalin dan bayi mereka.
Insya'allah adalah frasa yang kelihatan diucapkan dalam setiap kalimah lain di sini. Ia secara literasi bermaksud "Jika diizinkan Allah" dan digunakan ketika mana saya akan menggunakan perkataan "mudah-mudahan".
Salah seorang rakan Yaman menjelaskan kepada saya bahawa dalam budaya Islam, menjadi kebiasaan untuk mengelak daripada membuat kenyataan yang pasti, memandangkan hanya Tuhan yang tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.
Jadi, sebagai contoh, jika saya bertanya kepada doktor di hospital kami "siapa yang lapang pada jam 3 petang untuk hadir ke sesi pengajaran?", mereka yang berhasrat untuk datang akan menjawab "Insya Allah saya boleh hadir".
Pada telinga saya yang biasa berbahasa Inggeris, bunyinya seperti "mungkin saya boleh datang jika keadaan mengizinkan", tetapi rakan sepasukan membantu saya memahami bahawa ia sebenarnya bermaksud "Saya boleh datang".
Ia begitu mudah bahawa ketidakpastian dijalin ke dalam bahasa Arab.
Ketidakpastian
Saya sudah lama memikirkan tentang soal ketidakpastian.
Di UK, tempat saya biasa bekerja, ramai wanita bertanya kepada saya bagaimana mereka boleh memastikan bahawa "semuanya akan berjalan mengikut rancangan untuk kelahiran". Malah komplikasi biasa berkaitan kelahiran – pembedahan Caesarean kecemasan, kelahiran biasa yang dibantu, atau pendarahan selepas kelahiran – boleh menyebabkan wanita berasa kecewa kerana perkara tidak berjalan mengikut perancangan
Bagaimanapun, di Yaman, kekurangan akses kepada penjagaan antenatal bermakna bilangan wanita yang mengalami komplikasi teruk selepas bersalin adalah lebih tinggi.
Kriteria kemasukan untuk unit neonatal kami berpandukan kepada penjagaan yang boleh kami berikan. Unit ini mempunyai penyusuan tiub, terapi oksigen, antibiotik untuk merawat jangkitan dan fototerapi untuk jaundis. Namun, kami tidak dapat menyediakan sokongan pernafasan yang diperlukan oleh bayi yang sangat pramatang. Amat malang, bayi pramatang yang kecil ini biasanya meninggal dunia sejurus dilahirkan.
Kesihatan mental ibu bersalin
Kematian ketika lahiran, neonatal atau sewaktu kanak-kanak adalah perkara biasa di sini. Apabila kami melakukan pemeriksaan pusingan di wad selepas bersalin, kami secara rutin menawarkan sokongan kesihatan mental untuk semua wanita yang kehilangan bayi mereka.
Di hospital kami di Taiz, kami mempunyai pasukan kesihatan mental yang menawarkan kaunseling. Sesetengah ibu menerima penjagaan ini, tetapi kebanyakan mereka menolak. Ini mungkin disebabkan stigma terhadap penerimaan sokongan kesihatan mental: keadaan ini wujud dalam banyak budaya, termasuk budaya saya di UK.
Atau, seperti dijelaskan seorang jururawat kepada saya, boleh jadi kerana dalam budaya Yaman ramai wanita dan keluarga seperti boleh menerima kematian. Beliau berkata bagi kebanyakan orang kematian adalah perkara biasa dan dilihat sebagai sebahagian kehidupan.
Minggu ini saya terpaksa menamatkan kehamilan seorang wanita yang mengalami pra-eklampsia yang teruk. Tekanan darahnya sangat tinggi dan kami menghadapi masalah untuk mengawalnya. Dia hamil kira-kira 28 minggu dan walaupun tekanan darahnya turun selepas kelahiran, bayinya tidak berjaya diselamatkan, sepertimana dijangka.
Saya memberitahunya bahawa saya benar-benar simpati atas kehilangannya dan dia tersenyum kepada saya dan berkata "Tidak apa. Allah memerlukan dia.” Insya Allah bayi seterusnya akan selamat.
Luar jangkauan
Pada hakikatnya, setiap keluarga berbeza. Seorang lagi wanita yang saya rawat minggu ini mengalami tanda-tanda awal chorioamnionitis (jangkitan dalam rahim yang merebak kepada bayi) selepas air ketubannya pecah beberapa hari sebelumnya.
Dianggarkan dia dalam fasa kira-kira 28 minggu, dalam kehamilan pertamanya. Berat bayinya kurang 1kg pada imbasan ultra bunyi.
Kami biasanya akan mendorong kelahiran apabila jangkitan reda, tetapi dalam kes ini, saya fikir kami akan memberikannya sehari lagi untuk melihat sama ada gejalanya reda, memandangkan bayi itu masih kecil. Beberapa jam kemudian, Allah membuat keputusan dan dia segera bersalin.
Seorang bayi pramatang menerima penjagaan neonatal pakar di hospital MSF yang berbeza di Yaman. © Nuha Haider/MSF
Ketika dilahirkan, bayi itu kecil namun sempurna dan keluarganya memilih untuk mengumpulkan sumber kewangan mereka bersama-sama untuk membayar penjagaan rapi neonatal swasta yang sangat mahal dengan bantuan pernafasan untuk bayinya.
Keadaan ini uatu yang sukar dicapai majoriti keluarga Yaman. Disebabkan kerosakan sistem penjagaan kesihatan awam di negara ini, sektor swasta terus bercambah untuk mereka yang mampu.
Ibunya memberitahu saya dia akan menjual emas yang dia dapat untuk perkahwinannya bagi membantu membayar penjagaan neonatal swasta. Dia faham ia berpotensi menjadi perjalanan cukup panjang dan mahal untuk bayinya dan juga keluarganya.
Insya Allah pengorbanan ini akan berbaloi. Dan Insya Allah kehamilannya yang berikutnya akan bertambah baik.
Kuat dan sihat
Minggu ini, kami melakukan Caesarean untuk seorang lagi wanita yang mengalami kehilangan darah kritikal dengan keadaan dikenali sebagai plasenta acrete, di mana plasenta tumbuh menjadi parut Caesarean sebelumnya. Histerektomi (pengeluarkan rahimnya) diperlukan.
Dia mempunyai dua anak lelaki, namun sudah kehilangan empat anak sebelum ini. Kali ini, anak ketiganya dilahirkan dalam keadaan hidup dan sihat. Dia benar-benar comel.
Di sebalik semua yang dialami, dia sangat bersyukur kerana kami dapat menjaganya di sini, melahirkan bayinya dengan selamat, dan menyelamatkan nyawanya.
Kebanyakan wanita di sini tidak mempunyai akses mudah kepada maklumat kesihatan yang tepat. Wanita ini tidak bercadang menyusukan anaknya kerana katanya bayinya yang meninggal dunia semua diberi susu badan. Dia takut penyusuan susu ibu menyebabkan mereka mati.
Kami menjelaskan bahawa kemungkinan untuk mati akan berkurang jika mereka diberi susu badan, dan cuba sedaya upaya untuk menggalakkannya supaya mencuba. Kami juga membantunya mengetahui tanda-tanda apabila dia perlu membawa bayinya ke hospital sekiranya jatuh sakit atau tidak menyusu dengan baik.
Insya'allah dia akan membesar dengan kuat dan sihat.
Masa lebih baik di hadapan
Waktu sekarang Ramadan, janji sebelah siang sangat senyap.
Kesesakan lalu lintas dan hiruk-pikuk setiap hari berkurangan pada waktu siang, dan setiap petang alunan doa daripada masjid diputarkan melalui pembesar suara menandakan waktu berbuka puasa, di mana semua orang berbuka puasa bersama ahli keluarga.
Di hospital, kakitangan memberitahu saya "kami adalah keluarga di sini" dan jika wad tidak sibuk maka mereka semua berada di bilik kakitangan berbuka puasa bersama-sama. Mereka masing-masing membawa hidangan makanan yang lazat untuk dikongsi dan dihamparkan di atas lantai bilik kakitangan (bilik kakitangan hospital paling bersih yang pernah saya lihat), dan mereka duduk bersila makan bersama.
Ini adalah negara di mana iman mengikat manusia bersama-sama untuk melalui waktu sukar dan waktu yang menyeronokkan.
Beberapa perkara di luar kawalan kami - peperangan, kemiskinan, kehidupan, kematian - dan Insya Allah ada masa yang lebih baik untuk Yaman di hadapan.
Sabrina adalah Pakar Ostetrik MSF di wad materniti di Bandar Taiz, Yaman.