Skip to main content

Yaman: Berjuang untuk akses penjagaan antenatal di Al Qanawis

Accessing Antenatal Care in Al Qanawis, northwestern Yemen

Pengurusan Aktiviti Jururawat Astrid Opstrup bersama bayi Elwah, yang dimasukkan ke unit neonatologi kerana demam dan disyaki mengalami jangkitan. © MSF/Karin Ekholm

Konflik enam tahun yang berterusan adalah pencetus kekurangan penjagaan kesihatan asas yang tersedia untuk sebahagian besar penduduk Yaman. Peperangan memusnahkan ekonomi, memusnahkan sumber pendapatan keluarga dan mengundang peningkatan kos bahan api serta makanan. "Hidup menjadi sangat sukar disebabkan perang," kata Fatima. “Tiada pekerjaan dan harga makanan serta bahan api meningkat. Saya pernah mendengar tentang Doctors Without Borders - bahawa rawatan disediakan baik dan percuma. Kami tidak mampu membayar hospital swasta."

Fatima dan suami menggunakan wang gaji selama seminggu untuk membayar pengangkutan mereka ke klinik Doctors Without Borders. Sebaik tiba di hospital dia demam, dan apabila bayi perempuannya dilahirkan dia dimasukkan ke wad neonatologi dengan mengalami jangkitan. Fatima mengalami jaundis dan dirawat dengan fototerapi. Doctors Without Borders memang selalu melihat kes sedemikian, kebanyakannya mungkin boleh dicegah melalui perkhidmatan penjagaan kesihatan primer di peringkat tempatan.

“Sistem kesihatan di sini sudah dibiarkan hancur, dengan kekurangan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer yang boleh menyokong dalam mengesan dan mencegah masalah perubatan pada peringkat awal. Sesetengah wanita yang datang untuk bersalin di klinik mengalami kekurangan zat makanan, boleh memberi kesan seterusnya kepada kesihatan bayi mereka. Ramai bayi baharu lahir mempunyai berat lahir rendah, dan memerlukan rawatan di wad neonatologi," - Sebastian Loth, Koordinator Lapangan Doctors Without Borders di projek Al Qanawis

“Dengan hanya sedikit wang untuk membayar pengangkutan bagi mendapatkan bantuan perubatan, golongan wanita tidak mempunyai pilihan selain menunggu sehingga mereka benar-benar memerlukan rawatan untuk ke klinik. Akibatnya, ramai tiba sangat lewat, dengan komplikasi yang kadangkala boleh membawa maut kepada bayi mereka," sambungnya.

Ketersediaan penjagaan kesihatan asas di peringkat tempatan akan turut menyokong wanita dalam menentukan pilihan perancangan keluarga. Dengan keluarga bergelut untuk memberi makan kepada anak sedia ada, serta tiadanya penjagaan antenatal sewajarnya yang tersedia, prospek kehamilan serta kelahiran lain adalah sesuatu yang menakutkan bagi kebanyakan wanita, dan doktor di Doctors Without Borders menyatakan mereka melihat bukti cubaan pengguguran, yang boleh menjadi sangat berbahaya. Golongan wanita juga meminta rawatan pengikatan tiub di klinik, sesuatu yang hanya boleh dilakukan atas sebab perubatan.

Al Qanawis Mother & Child Hospital in the Hodeidah governorate of northwestern Yemen.

Hospital Ibu & Anak Al Qanawis di wilayah Hodeidah di barat laut Yaman. © MSF/Karin Ekholm

Bilangan wanita yang mendapatkan bantuan di klinik Al Qanawis berterusan meningkat sejak ia dibuka akhir Disember 2020. Terdapat keperluan jelas untuk perkhidmatan disediakan Doctors Without Borders, namun golongan wanita seringkali tidak dapat tinggal untuk tempoh pemantauan dan rawatan penuh.

Fatima, seperti ramai yang lain, ingin meninggalkan hospital lebih awal. Walaupun ia bertentangan nasihat doktor, dia menjelaskan bahawa anak lelakinya yang berusia 18 bulan sedang menunggunya di rumah, dan dibenarkan pulang dengan antibiotik untuk meneruskan rawatan di rumah. Sehingga golongan wanita dapat mengakses penjagaan kesihatan selamat dan percuma di peringkat tempatan, mereka akan terus menghadapi bahaya tambahan dan boleh dicegah semasa mengandung dan melahirkan anak.