Pendapat: Siapa akan memperjuangkan nasib Rohingya? Dasar pelarian yang kejam mesti ditamatkan sekarang
Pelarian Rohingya, Nur Huda dan anak perempuannya, Hosna, tinggal di khemah kecil diperbuat daripada buluh di kem Jamtoli di daerah Cox’s Bazar di Bangladesh, sejak lima tahun lalu. Nur Huda melarikan diri dari kampungnya di Myanmar bersama enam keluarganya selepas keganasan tercetus. “Kami mengambil masa 14 hari untuk sampai ke Bangladesh. Anak-anak saya kelaparan dan dehidrasi apabila kami tiba di Bangladesh.” Bangladesh, Jun 2022. © Saikat Mojumder/MSF
Saya menghabiskan hampir 30 tahun bergelumang dengan krisis kecemasan dan kemanusiaan. Namun, berdiri di 'hospital di atas bukit' kami di Cox's Bazar di Bangladesh, kini kem pelarian terbesar di dunia, saya tergamam dengan skala penempatan sementara yang besar ini. Sekumpulan manusia berkumpul di khemah sementara diperbuat daripada buluh dan plastik yang tidak selamat, semuanya terkurung dalam kawasan beberapa kilometer yang dikelilingi pagar dawai.
Saya menghabiskan hampir 30 tahun bergelumang dengan krisis kecemasan dan kemanusiaan. Namun, berdiri di 'hospital di atas bukit' kami di Cox's Bazar di Bangladesh, kini kem pelarian terbesar di dunia, saya tergamam dengan skala penempatan sementara yang besar ini. Sekumpulan manusia berkumpul di khemah sementara diperbuat daripada buluh dan plastik yang tidak selamat, semuanya terkurung dalam kawasan beberapa kilometer yang dikelilingi pagar dawai.
Ketika kami memasuki tahun kelima sejak kempen keganasan digerakkan tentera Myanmar, saya masih ingat seorang ibu Rohingya kepada enam anak yang berkata “Tentera membunuh Rohingya secara kejam dan membakar rumah kami… kini, kami tinggal di sini dalam kem pelarian. Lima tahun kami hidup dalam kesengsaraan...”
Nasib Rohingya – yang dianiaya di Myanmar, tinggal dalam kurungan di Bangladesh, diperdagangkan dan hidup sebagai secara haram di Malaysia dan tempat lain – pantas berkembang seolah-olah menunggu masa untuk 'meletup' kerana tiada siapa pun kelihatan cenderung untuk meredakannya.
Pendekatan bantuan di Bangladesh, satu-satunya negara yang membuka sempadannya dan menawarkan perlindungan kepada lebih satu juta Rohingya kini, semakin tidak mampan, dengan pembiayaan semakin sukar diperoleh. Lima tahun berlalu, tindak balas kemanusiaan mesti beralih daripada penyediaan perkhidmatan kecemasan yang minimum kepada yang lebih sesuai kepada realiti penempatan semula jangka panjang.
Bagi Bangladesh, dasar perpindahan ini tetap tidak boleh diterima. Dengan niat yang baik, ia mahu Rohingya kembali ke Myanmar, yang melucutkan kewarganegaraan mereka 40 tahun lalu. Ini juga yang diinginkan hampir setiap Rohingya yang berkongsi cerita bersama saya. Namun negara itu berperang dengan dirinya sendiri sejak tentera merampas kuasa pada Februari 2021, dan di Rakhine, ketegangan antara tentera Myanmar dan tentera Arakan semakin meningkat. Pasukan kami di lapangan melihat sendiri keadaan mereka yang masih menetap di Rakhine yang tidak boleh diterima, dan penghantaran pulang yang selamat ke wilayah ini belum lagi dilihat sebagai satu pilihan yang bertanggungjawab.
Tidak cukup dengan itu, di seluruh rantau ini, status Rohingya dianggap sebagai tidak sah dan dieksploitasi oleh mereka yang ingin mendapat manfaat daripada status mereka yang tidak menentu. Di Malaysia dan Indonesia, mereka yang tiba dengan bot diarah berpatah balik ketika di laut, dengan sebahagiannya dibiarkan hanyut berbulan-bulan lamanya dan selebihnya mati akibat kepanasan dan kelaparan. Pada April tahun ini, lebih 500 Rohingya melarikan diri dari pusat tahanan di Malaysia yang didakwa kerana keadaan hidup yang teruk dan kekurangan akses kepada perkhidmatan perubatan.
Bangladesh merasakan tidak adil untuk melepaskan beban tanggungjawab kepada mereka semata-mata. Saya bersetuju dengan Bangladesh, negara serantau sebahagian daripada masalah itu, lebih mengutamakan soal keselamatan sempadan sendiri berbanding berusaha untuk mencari penyelesaian bersama. Rasanya ASEAN sudah kehabisan semangat, tiada apa-apa yang baharu untuk dicuba dan tiada siapa yang sanggup memperjuangkan apa yang kini dianggap sebagai masalah politik yang merisaukan.
Wabak kudis terbaharu di kem dan peningkatan jumlah kes demam denggi adalah simptom kepada keperluan kesihatan kecemasan populasi itu, manakala peningkatan tahun ke tahun dalam perundingan kesihatan mental dan penyakit tidak berjangkit di Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) menunjukkan sifat krisis yang berlarutan. Di Cox’s Bazar, profesional dalam kesihatan mental kami memberitahu saya betapa letihnya emosi apabila mengetahui bahawa mereka tidak dapat mengubah punca sebenar keadaan kesihatan mental orang ramai. Pada penghujung sesi psikososial, pesakit kami kembali kepada keadaan di mana kewujudan prospek tidak ada, di kem yang sesak yang semakin menjadi tidak selamat.
Adalah mudah untuk mempertikaikan bahawa tindak balas ini sudah berjaya. Ia sudah mengurangkan kehilangan nyawa, mengurangkan penderitaan yang paling teruk, dan mewujudkan ketenteraman daripada huru-hara. Namun kita perlu bertanya kepada diri sendiri: adakah kita juga menyumbang kepada sistem pembendungan (penindasan atau mungkin apartheid) untuk populasi yang tiada tempat lain untuk pergi?
Realitinya adalah kita sebenarnya galang ganti kepada kegagalan Myanmar untuk membetulkan semula kesalahan itu. Kami juga sedang berusaha untuk mengatasi kesan ketidakupayaan politik, kegagalan disebabkan ketidakupayaan kolektif dari Negara serantau dan Komuniti Antarabangsa untuk mencari penyelesaian yang lebih mampan atau sementara tetapi yang lebih baik.
Dalam semua ini, Rohingya tetap berterima kasih kepada Bangladesh kerana menyediakan tempat berlindung untuk mereka, walaupun keadaan mereka masih lagi tidak ada harapan. Mereka tidak menganggap diri sebagai individu tanpa negara, sebaliknya, dinafikan hak kewarganegaraan di negeri dan wilayah yang mereka kenal pasti secara sejarah sebagai milik mereka. Majoriti mengatakan mereka mahu kembali, tetapi mereka tidak akan mengambil risiko mengulangi sejarah di mana anak-anak mereka boleh dirampas bila-bila masa, tidak akan dapat dilihat lagi.
Melihat keluar dari hospital Doctors Without Borders di atas bukit, saya sedar kita semua mesti menolak tanggapan yang amat besar ini bahawa ia tidak boleh diperbaiki. Ada perkara yang boleh dilakukan. Permulaan yang baik ialah menamatkan dasar pelarian yang zalim yang diamalkan di seluruh rantau ini.
Kerajaan baharu Australia boleh menentukan nada untuk kemanusiaan dan perpaduan, bermula dengan Rohingya. Mereka boleh berusaha untuk membuka laluan penempatan semula bagi Rohingya dari Malaysia dan Bangladesh. Australia boleh menentukur semula sokongan trafik anti-manusianya di seluruh rantau ini untuk menjadi lebih menampung orang yang layak sebagai pelarian dan berhak mendapat perlindungan tambahan.
Kerajaan baharu Australia boleh menetukan tindakan demi kemanusiaan dan perpaduan, bermula dengan Rohingya. Mereka boleh berusaha untuk membuka laluan penempatan semula bagi Rohingya dari Malaysia dan Bangladesh. Australia boleh menentu ukur semula sokongan antipemerdagangan manusianya di seluruh rantau ini supaya lebih bersesuaian dengan mereka yang layak sebagai pelarian serta berhak mendapat perlindungan tambahan.
Malaysia, Thailand, dan Indonesia pula mesti lebih menerima pelarian. Mereka tidak boleh dianggap seperti migran yang berlainan dari segi ekonomi. Walaupun kedua-duanya sangat rentan, pelarian mencari perlindungan daripada penganiayaan dan memerlukan perlindungan khas.
Saluran diplomatik dengan Myanmar mesti kekal terbuka, dan pendekatan serantau serta antarabangsa yang lebih kukuh serta berkesinambungan bersama Myanmar mesti terus diperkukuh, dengan China berada di barisan hadapan. China boleh memimpin dalam rundingan penghantaran pulang secara selamat Rohingya dari Bangladesh, namun ia mesti mempertimbangkan bagaimana Rohingya akan diberi pampasan untuk kehilangan harta benda dan mata pencarian dalam rundingan tersebut. Penghantaran pulang mestilah menjangkau fasad politik dan wajib menyelesaikan isu-isu berkaitan Rohingya itu sendiri.
Kegagalan untuk pulang ke Myanmar secara selamat dan penuh bermakna, saya bimbang apa akan jadi pada masa depan. Berapa lama seseorang boleh hidup dengan begitu sedikit perlindungan dan harapan asas? Trauma adalah kumulatif. Selepas empat puluh tahun tanpa kerakyatan dan ketidakadilan, saya bimbang rawatan yang kami berikan hanya mampu memastikan mereka bertahan hanya untuk untuk hidup dalam situasi putus asa.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Rohingya, sila klik di sini.
Doctors Without Borders adalah organisasi perubatan kemanusiaan antarabangsa dan bebas yang menyediakan bantuan perubatan kecemasan kepada mereka yang terkesan disebabkan konflik, wabak, terkecuali daripada rawatan kesihatan dan bencana semulajadi atau disebabkan oleh perbuatan manusia.
Paul McPhun ketika ini adalah Pengarah Serantau Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) Perkongsian Asia Pasifik Tenggara & Timur (SEEAP) yang meliputi Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif untuk MSF Australia antara 2010 hingga 2020, dan pernah bekerja dalam pelbagai kapasiti melalui projek Doctors Without Borders sejak 1997.