Skip to main content

Pembunuhan beramai-ramai di Mediterranean berpunca dari dasar Negara Eropah

The search and rescue ship, Open Arms, is the only NGO rescue ship currently undertaking lifesaving search and rescue in the central Mediterranean sea. Mediterranean, September 2020. © MSF/HANNAH WALLACE BOWMA

Kapal mencari dan menyelamat, Open Arms, satu-satunya kapal penyelamat NGO yang kini mengendalikan tugas mencari dan menyelamat di laut tengah Mediterania. Mediterranean, September 2020. © MSF/Hannah Wallace Bowman

“Cukup-cukuplah dengan lakonan mereka meratapi peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini,” kata Penasihat Hal Ehwal Kemanusiaan MSF, Hassiba Hadj Sahraoui. “Negara anggota EU perlu bertanggung jawab atas kematian ini. Berpunca daripada dasar berpeluk tubuh mereka enggan membantu mangsa bencana dan menghalang kapal penyelamat NGO.” 

“Ianya hipokrit semata-mata apabila kerajaan Eropah dan Suruhanjaya EU menyatakan mereka bersimpati atas kehilangan nyawa dari tragedi mengerikan ini,” kata Hadj Sahraoui. “Mereka perlu berhenti bermuka-muka dan bertanggung jawab di atas tragedi ini. Kapal karam seperti ini adalah cara mereka berdepan isu imigrasi.” 

Lebih 700 orang meninggal dunia dalam usaha melepaskan diri daripada Libya menyeberangi lautan Mediterranean sepanjang 2020, dan sekurang-kurangnya 267 daripada kematian ini dilaporkan sejak kapal Sea-Watch 4 ditahan oleh pihak berkuasa Itali di pelabuhan Palermo pada 19 September. Enam kapal NGO ditahan daripada berlayar menjalankan operasi menyelamat dengan alasan kebimbangan terhadap keselamatan pelayaran. Kapal penyelamat Open Arms kini menjadi satu-satunya kapal awam yang masih beroperasi.  

Negara anggota Eropah memilih untuk mengecilkan kapasiti misi pencarian dan menyelamat, membelakangi tanggung jawab antarabangsa dan maritim mereka untuk membantu bencana di laut. Mereka mengalu-alukan dan melaungkan pengiktirafan misi NGO menyelamatkan nyawa, namun di sebalik itu tangan-tangan mereka terus mencatur rancangan berdarah. 

Aktiviti agensi penguatkuasaan perairan Libya memintas kapal pelarian turut melonjak sejak beberapa minggu ini, dengan hampir 1,000 orang pelarian dipaksa kembali Libya antara 3 hingga 9 November; angka yang tinggi ini menjadi petunjuk jumlah pelarian yang cuba melepaskan diri daripada Libya baru-baru ini. 

Midwife Marina takes the temperature of people on deck of the Sea-Watch 4. © MSF/Hannah Wallace Bowman

Bidan Marina mengambil bacaan suhu orang ramai di di dek Sea-Watch 4. © MSF/Hannah Wallace Bowman

SeaWatch4 already has 201 survivors on board, denied a place of safety until date release of this photo. Yet as EU & maritime authorities again turn a deaf ear to the cries of people in distress at sea - and despite still being over 6hrs away - the ship has altered course. MSF/Hannah Wallace Bowman

C- MSF/Hannah Wallace Bowman

“Keadaan tidak berperikemanusiaan yang berlaku di pusat tahanan Libya ini sudah sering kali dilaporkan dan kecam,” kata Pengurus Program MSF untuk Libya, William Hennequin. “Namun penahanan sembarangan itu hanya sebahagian kecil daripada kitaran maut kerana di sana ribuan lagi rakyat terperangkap dalam pergolakan keganasan. Pemimpin negara anggota yang menyokong aktiviti memintas dan membawa pulang rakyat Libya perlu melihat sendiri kesan daripada dasar itu.” 

“Minggu lalu, seorang budak lelaki Eritrean berusia 15 tahun ditembak mati selepas lelaki bersenjata merempuh masuk khemah perlindungan di Tripoli,” kata Hennequin. “Pembunuhan, penculikan dan keganasan melampau– termasuk penyeksaan dan peras ugut wang daripada tawanan dan keluarga mereka– menjadi ancaman harian yang memotivasikan penduduknya menjadi pelarian. Tidak ada pilihan lain untuk mereka melepaskan diri daripada terus merana di sana.” 

Rabu lalu, Frontex, Agensi Sempadan dan Perairan Eropah, menyatakan “komitmen untuk menyelamatkan nyawa di lautan itu menerusi kerjasama semua penggerak operasi”. Bagaimanapun, ia hanya topeng yang menutupi realiti supaya tidak berkongsi maklumat kapal pelarian di laut yang memerlukan bantuan kapal penyelamat NGO. Sedangkan lokasi itu dihantar kepada agensi penguatkuasaan perairan Libya supaya kapal terbabit diperangkap, ditahan dan dipaksa pulang ke Libya. 

Negara anggota Eropah perlu berhenti menunding jari bencana kehilangan nyawa ini kepada penyeludup yang tidak mempunyai perasaan. Mereka harus mengakui bencana kehilangan nyawa beramai-ramai ini berpunca daripada dasar dan pendirian politik mereka sendiri. Penyeludupan manusia sememangnya perlu diperangi, namun bukannya dengan mengorbankan mangsa. Daripada mengharapkan bantuan dan perlindungan, pelarian ini diperangkap dan dipaksa kembali semula dalam pergolakan keganasan di negara mereka. Atau dalam situasi ini, mereka dibiarkan lemas di lautan. 

Categories