Skip to main content

Negara G7 perlu komited melindungi bantuan kemanusiaan

On 1 May 2023, just after completing trainings and entering Malta's search and rescue region, Geo Barents was alerted by the Alarm Phone about a boat in distress located in the international waters off Malta. Mediterranean Sea, May 2023. © MSF/Skye  McKee

Pada 1 Mei 2023, sejurus menamatkan latihan dan memasuki wilayah mencari dan menyelamat Malta, Geo Barents dimaklumkan melalui Amaran Telefon mengenai sebuah bot dalam kesusahan berada di perairan antarabangsa di luar Malta. Laut Mediterranean Sea, Mei 2023. © MSF/Skye McKee 

Nama Hiroshima melambangkan harga yang dibayar orang awam dalam konflik. Walaupun sangat sedikit peristiwa tunggal yang boleh dibandingkan dengan kehilangan nyawa yang begitu mendadak dan besar, orang awam terus menjadi mangsa utama dalam peperangan dan konflik. Sejak Perang Dunia Kedua, satu set instrumen undang-undang seperti Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) dibangunkan untuk melindungi orang awam dalam konflik, namun kerajaan masih terlalu kerap meletakkan pertimbangan lain seperti memerangi keganasan, kedaulatan dan dasar migrasi di atas hari ini berbanding perlindungan terhadap individu dalam konflik atau menyelamatkan mereka. 

Setiap hari, Doctors Without Borders menyaksikan kesan peperangan dan konflik ke atas kehidupan orang ramai: daripada kecederaan fizikal dan mental kepada kekurangan zat makanan, keganasan seksual dan kemusnahan keseluruhan infrastruktur perubatan dan sistem penjagaan kesihatan. Kami melihat bagaimana cabaran mengharungi perang pada 2023 tidak sedikit mudah berbanding 50 atau 70 tahun yang lalu. 

Perkara ini terbukti ketika detik awal konflik di Sudan, apabila kebanyakan yang cedera diterima pasukan perubatan kami di El Fasher adalah orang awam, antaranya ramai kanak-kanak. Hospital terpaksa ditutup kerana berdekatan dengan pertempuran, atau kakitangan perubatan tidak dapat sampai ke kemudahan disebabkan keganasan. Dengan kapasiti pembedahan terhad dan bekalan yang kehabisan, lebih 40 orang meninggal dunia akibat kecederaan mereka dalam masa tiga hari. 

Ketika konflik ganas berterusan meragut nyawa ramai orang awam, perlindungan IHL yang bertujuan melindungi orang awam, infrastruktur dan pekerja kemanusiaan semakin diabaikan atau dinafikan. Awal tahun ini, dua rakan sekerja saya terkorban dalam serangan mengerikan terhadap pasukan kemanusiaan kami yang bekerja di Burkina Faso. Pada 2021, kami kehilangan tiga rakan sekerja di Tigray, Ethiopia, akibat pembunuhan kejam yang masih belum dijelaskan sepenuhnya. Memberi bantuan kemanusiaan kepada komuniti yang memerlukan tidak sepatutnya meragut nyawa seseorang. 

Scenes from within South Hospital, El Fasher, North Darfur, where multiple people have been wounded in the fighting. Sudan, April 2023. © MSF

Pemandangan dari dalam Hospital Selatan, El Fasher, Darfur Utara, di mana ramai orang cedera dalam pertempuran. Sudan, April 2023. © MSF 

Halangan dan Kriminalisasi Bantuan Kemanusiaan

Pasukan Doctors Without Borders terus menuntut ruang untuk menyediakan penjagaan perubatan penting di mana-mana dan pada bila-bila masa yang diperlukan. Ini adalah raison d'etre kami. Namun tindakan kemanusiaan yang berprinsip dan menyelamatkan nyawa semakin dihalang oleh banyak kerajaan, termasuk negara G7, sejak 10 tahun lalu. 

Di Laut Mediterranean, salah satu laluan penghijrahan paling membawa maut di dunia bagi mereka yang melarikan diri dari keganasan, ketidakamanan dan penganiayaan, kapal mencari dan menyelamat kami berulang kali ditahan, didenda dan tidak dibenar mendaratkan mangsa yang terselamat di pelabuhan selamat. Tahun ini, jumlah kematian di laut mencapai rekod baharu. Namun, perundangan baharu oleh kerajaan Itali mewujudkan satu siri beban birokrasi baharu yang membawa kepada penahanan kapal kami, Geo Barents, awal tahun ini. 

Kerajaan Itali dan EU mesti berhenti menjenayahkan penghijrahan dan bantuan kemanusiaan, sebaliknya membolehkan organisasi bantuan seperti Doctors Without Borders meneruskan kerja menyelamatkan nyawa mereka, yang sepatutnya dilaksanakan oleh semua negara ini sejak awal. 

Sementara itu, di Kanada, undang-undang anti-keganasan yang dikuatkuasakan lebih 20 tahun tidak pernah mengecualikan sepenuhnya tindakan kemanusiaan, bermaksud - suatu yang sukar dipercayai - wujudnya risiko bagi petugas kemanusiaan Kanada untuk berada di pihak yang salah dari segi undang-undang ketika menyokong orang ramai dalam situasi krisis. Memandangkan Kanada kini berusaha untuk mengemas kini perundangan antikeganasannya untuk memudahkan bantuan antarabangsa di tempat yang undang-undang ini terpakai, Doctors Without Borders menyeru kerajaan Kanada untuk menegakkan IHL dan menggunakan pengecualian kemanusiaan penuh dalam undang-undang antikeganasannya. Mereka yang membantu dalam tugas kemanusiaan tidak boleh ditahan oleh undang-undang yang bertujuan untuk menjenayahkan kesalahan berkaitan keganasan. 

Ini hanya dua contoh. Kematian yang semakin meningkat membabitkan mereka yang berhijrah, tembok sempadan fizikal dan pentadbiran, penerimaan atau keadaan penahanan yang teruk di banyak tempat harus dilihat oleh negara G7 sebagai kegagalan kemanusiaan dalam pengawasan mereka, selalunya di sempadan mereka sendiri. 

View of the residential buildings destroyed by a missile in Zaporizhzhia on March 02, 2023. Ukraine, March 2023. © MSF

Pemandangan bangunan kediaman yang musnah akibat peluru berpandu di Zaporizhzhia pada 02 Mac 2023. Ukraine, Mac 2023. © MSF 

Tindakan Kemanusiaan Berprinsip 

Bantuan kemanusiaan mesti dipastikan sampai kepada mereka yang paling memerlukannya, walau di barisan hadapan mana sekalipun mereka berada. Namun, semakin hari prinsip kemanusiaan asas ini dicabar oleh rangka kerja undang-undang, naratif awam yang berbahaya serta tindakan di lapangan yang secara bersama menjenayahkan mereka yang cuba untuk memberikan bantuan. 

Terdapat resolusi PBB sedia ada (cth. Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2286 yang diterima pakai pada 2016) yang mengukuhkan IHL untuk melindungi tindakan perubatan dan kemanusiaan, dan lain-lain sedang dalam pembikinan. Namun ia tidak akan membawa makna apa-apa sekiranya naratif politik atau memerangi keganasan mengatasi komitmen ini. Keadaan ini akan terus mengundang risiko ugutan, kecederaan fizikal dan pemenjaraan terhadap mereka yang cuba memberikan rawatan yang sangat diperlukan. Secara lebih asas, ia boleh mengikis kepercayaan yang sepatutnya dimiliki masyarakat bahawasanya itulah sebenarnya golongan kemanusiaan, dan akhirnya secara drastik mengurangkan akses orang ramai kepada rawatan yang mereka perlukan. 

Malangnya, Doctors Without Borders sudah masak dengan dengan apa yang berlaku apabila tindakan kemanusiaan berprinsip dipersoalkan. Tahun lalu sahaja, lima daripada rakan sekerja kami dipenjarakan secara tidak wajar selama berbulan-bulan di wilayah yang dilanda konflik di Cameroon berdasarkan tuduhan tidak berasas kononnya bersubahat dengan pemisahan. Ia mengambil masa lebih setahun sebelum mereka dibebaskan. Sehingga hari ini, kami dihalang daripada memberikan bantuan kemanusiaan kerana pihak berkuasa menangguhkan aktiviti perubatan kami, menghalang ribuan orang daripada menerima rawatan perubatan kritikal. 

Two women survey the damage to the delivery room of the health centre in Sebeya town, in the northern Ethiopian region of Tigray. Ethiopia, March 2021. © Igor Barbero/MSF

Dua wanita meninjau kerosakan pada bilik bersalin di pusat kesihatan di bandar Sebeya, wilayah utara Ethiopia di Tigray. Penduduk di luar bandar Tigray dilanda kesan krisis dan pengabaian kemanusiaan. Ethiopia, Mac 2021. © Igor Barbero/MSF 

Solidariti Kemanusiaan Global 

Dalam kenyataan mereka sebelum sidang kemuncak itu, menteri luar negara G7 menyatakan komitmen jelas dan tegas untuk menyokong "populasi terdedah yang terjejas teruk akibat pelbagai krisis", termasuk di Afghanistan, Haiti, Ukraine dan banyak lagi. Kata-kata ini seperti tidak membawa apa-apa makna daripada ahli G7 yang masih terlalu kerap menghalang tindakan kemanusiaan menyelamatkan nyawa sama ada di sempadan mereka sendiri atau di luar. 

Untuk benar-benar memenuhi komitmen kemanusiaan mereka, Doctors Without Borders menyeru pemimpin G7 supaya melindungi orang awam dan pekerja kemanusiaan, termasuk dengan mempromosikan dan melindungi tindakan kemanusiaan yang berprinsip. Ini juga mesti terpakai apabila ia berkaitan dengan sokongan ketenteraan kepada negara ketiga. Jika tragedi yang tidak dapat difikirkan di Hiroshima memberikan apa-apa ingatan, pemimpin dunia tidak boleh meletakkan politik berbanding kemanusiaan. Hari ini, seperti semalam, terlalu banyak yang dipertaruhkan. 

Categories