Skip to main content

Indonesia: Memerangi COVID-19 menerusi pendidikan dan pemerkasaan

During the COVID-19 training for the community, the participants were divided into small groups. In the picture, one group presented their discussion results to the rest of the participants. © Cici Riesmasari/MSF

Semasa latihan COVID-19 untuk komuniti, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Dalam gambar, satu kumpulan menyampaikan hasil perbincangan mereka kepada peserta lain. © Cici Riesmasari/MSF


 

Pendidikan, latihan dan pemerkasaan menerusi Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF)  

Sepasukan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) melaksanakan penilaian situasi di perkampungan Kalibata. Hasilnya mendapati masyarakat Jakarta Selatan diselubungi ketakutan dan kekeliruan menyebabkan mereka sukar mempercayai sumber maklumat berkaitan COVID-19. 

“Kami mendapati pusat kesihatan setempat atau dikenali penduduk tempatan sebagai Puskesmas, sangat memerlukan sokongan kami,” kata Timbalan Penyelia Perubatan MSF di Indonesia, Dr Dirna Mayasari. “Kami perlu bantu mereka mencari jalan meningkatkan penyampaian maklumat dan mendidik masyarakat di sana secepat mungkin secara besar-besaran. Rasa takut ini juga merbahaya seperti COVID-19.” 

 

The MSF medical team introduced MSF to the participants. This training was attended by the adolescents of the village. © Sania Elizabeth/MSF

Pasukan perubatan MSF memperkenalkan MSF kepada peserta. Latihan ini dihadiri remaja kampong berkenaan. © Sania Elizabeth/MSF 

Puskesmas menjemput pemimpin masyarakat, ketua-ketua agama dan komuniti pelatih untuk menyuarakan kebimbangan mereka ketika mesyuarat bersama pihak MSF. 

“Masyarakat mahukan panduan yang jelas bagaimana boleh melindungi diri daripada COVID-19. Pada masa yang sama mereka juga mahu suara mereka didengari. Semua maklumat yang disalurkan kepada mereka ketika itu hanya sehala,” kata Mayasari. “Orang ramai mahukan peluang untuk bertanyakan soalan, membincangkan kebimbangan mereka dan memberikan penjelasan langkah terbaik untuk menghadapi virus baharu ini. Mereka juga mahu berkongsi pandangan kaedah terbaik meningkatkan penyampaian maklumat dalam komuniti mereka.” Justeru, MSF memutuskan untuk mendekatkan jurang komunikasi dengan menganjurkan latihan secara bertentang mata bersama ketua isi rumah di komuniti unit RW5. 

Latihan MSF dimulakan dengan 10 wakil isi rumah di RW5. Sesi latihan dihadiri seramai 10 orang dan berlangsung sekitar dua jam. Kemudian inisiatif itu diperluas kepada semua kejiranan di kawasan terbabit. Antara Jun sehingga Julai, MSF berjaya melatih 150 orang. 

During the COVID-19 training for the community, the participants were divided into small groups. Each group was asked to rearrange the flash cards showing the virus’ journey until it infects a person.  © Cici Riesmasari/MSF

Semasa latihan COVID-19 untuk komuniti, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan diminta menyusun semula kad imbas menunjukkan perjalanan virus sehingga menjangkiti seseorang.  © Cici Riesmasari/MSF

“Kami percaya pemerkasaan masyarakat adalah kunci utama mendepani pandemik ini. Jika kejiranan kita dapat menjaga kesihatan, mereka tidak perlu berada di pusat kesihatan," kata Mayasari. 

Sesi latihan yang dianjurkan berkonsepkan interaktif– menggalakkan perbincangan, menggunakan visual dan pembabitan peranan. “Ia mewujudkan satu lingkungan pembelajaran yang selamat,” kata Halimah. “Pembelajaran berlangsung dalam suasana menarik dengan kad imbas bergambar dan dihadiri doktor serta petugas perubatan menyampaikan maklumat dalam kaedah paling ringkas. Kini, kami memahami bagaimana virus ini boleh merebak, apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kes positif COVID-19, dan langkah pencegahan yang perlu diambil bagi melindungi diri. Sekarang walaupun sekatan pergerakan sudah dilonggarkan, kita boleh lihat orang ramai keluar rumah dengan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.” 

After they discussed it in their group, the adolescents in Kalibata Village, South Jakarta, Indonesia, presented their discussion results to the rest of the participants. © Sania Elizabeth/MSF

Selepas membincangkannya dalam kumpulan, remaja di Desa Kalibata, Jakarta Selatan, Indonesia, menyampaikan hasil perbincangan kepada peserta lain. © Sania Elizabeth/MSF

After they discussed it in their group, the female cadres, homemakers, and community or religious leaders, in Kalibata Village, South Jakarta, Indonesia, presented their discussion results to the rest of the participants. © Cici Riesmasari/MSF

Selepas membincangkannya dalam kumpulan, kader wanita, suri rumah, dan tokoh masyarakat atau agama di Desa Kalibata, Jakarta Selatan, Indonesia, menyampaikan hasil perbincangan kepada peserta lain. © Cici Riesmasari/MSF

These simple flash cards were prepared by the facilitators for the COVID-19 training for adolescents in Kalibata Sub-district, Kalibata Village in South Jakarta, Indonesia. © Sania Elizabeth/MSF

Kad imbas ringkas disediakan fasilitator bagi tujuan latihan COVID-19 untuk remaja di Kecamatan Kalibata, Desa Kalibata di Jakarta Selatan, Indonesia. © Sania Elizabeth/MSF

Mengatasi stigma COVID-19  

Sesi pendidikan kesihatan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) menekankan keburukan meletakkan stigma ke atas individu yang dijangkiti COVID-19. Ia mengeruhkan situasi sedia ada apabila orang ramai enggan mengambil ujian COVID-19 yang disediakan secara percuma di Puskesmas kerana takut dipalit stigma terbabit. 

Bagaimanapun, sejak sesi latihan dan perkongsian maklumat MSF bermula, pemimpin masyarakat mula mendapati stigma terhadap pesakit semakin berkurangan dalam kejiranan. Halimah turut menyedari perubahan itu, “Saya dapat merasakan berlaku perubahan pada tingkah laku masyarakat setempat. Apabila masyarakat mula memahami COVID-19 ini, ketakutan melampau terhadap penyakit itu semakin reda, mereka mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan, dan mereka tidak lagi meletakkan stigma terhadap pesakit.” 

Dr Yulianto Santoso Kurniawan (front) and Nurse Lintang Tanjung Sibarani facilitated the MSF COVID-19 training for female cadres, homemakers, and community or religious leaders in Kalibata Village, South Jakarta, Indonesia. © Cici Riesmasari/MSF

Dr Yulianto Santoso Kurniawan (depan) dan Jururawat Lintang Tanjung Sibarani mengendalikan latihan MSF COVID-19 untuk kader wanita, suri rumah dan tokoh masyarakat atau agama di Desa Kalibata, Jakarta Selatan, Indonesia. © Cici Riesmasari/MSF

Selepas beberapa sesi latihan dilaksanakan, hasilnya mula kelihatan apabila pegawai dari Puskesmas berkongsi perkembangan positif peningkatan individu yang mengambil ujian COVID-19 kepada MSF.  

Hari ini, pasukan MSF menganjurkan bengkel dan latihan untuk pekerja kesihatan masyarakat yang terbabit dengan pengurusan kes suspek COVID-19 dan individu yang memantau prosedur pengasingan di rumah sekitar Jakarta dan wilayah Banten. 

Aktiviti Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) di Indonesia bermula sejak 1995, selepas bencana gempa bumi Gunung Kerinci di Jambi. MSF kemudiannya menyediakan rawatan perubatan di beberapa wilayah sekitar Indonesia sehingga 2009 sebelum menutup operasinya di sana. Pada 2017, MSF kembali semula ke negara itu dan hari ini program MSF di Indonesia termasuk meningkatkan akses penduduk kepada perkhidmatan asas kesihatan, latihan petugas kesihatan, perkhidmatan kaunseling dan menyediakan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.