COVID-19 beri lebih tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan Gaza yang sedia terbeban
Unit surgery, Nasser Hospital, Khan Yunis, Semenanjung Gaza. Foto dari 2020. © Lyad Alasttal/MSF
Gaza kini menghadapi peningkatan membimbangkan jumlah pesakit dengan COVID-19. Antara Mac dan April, jangkitan COVID-19 meningkat luar biasa, daripada kurang 1,000 kes dilaporkan dalam seminggu hingga lebih 1,000 kes dilaporkan setiap hari, dengan peningkatan jangkitan membimbangkan dalam kalangan pekerja kesihatan.
Keparahan gelombang kedua ini melepasi yang pertama termasuklah dalam jumlah pesakit dijangkiti, dan hospital bergelut untuk mengatasinya.
Sekatan ekonomi berterusan sekian lama oleh Israel melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan Gaza, menghalangnya daripada keperluan sumber kritikal yang diperlukan untuk mengatasi apa jenis wabak penyakit sekalipun, terutama yang teruk seperti COVID-19. Gaza kini menyumbang lebih 60 peratus daripada semua kes COVID-19 aktif di Wilayah Palestin. Hanya sekitar lima peratus penduduk Palestin diberi vaksin pada akhir April, dengan banyak petugas penjagaan kesihatan bahkan tidak menerima dos pertama vaksin mereka.
Peningkatan pesakit dengan COVID-19 di Gaza disebabkan oleh ‘varian UK’ B.1.1.7. yang lebih teruk. Varian yang sangat menular itu melanda Tebing Barat awal tahun ini, dan membanjiri hospital dengan pesakit. Walaupun peningkatan kes di Gaza dijangkakan, peningkatan respon yang efektif terhadap pandemi tetap menjadi cabaran bila sumber daya sangat sedikit.
Menyokong pihak berkuasa kesihatan tempatan di Gaza
Sejak COVID-19 mula-mula tiba di Wilayah Palestin, Doctors Without Borders menyokong kemudahan perubatan utama dan unit rawatan intensif di Gaza. Ia menyediakan nasihat teknikal dan latihan langsung dalam pencegahan dan pengendalian jangkitan, termasuk proses pengurusan dan pembersihan sampah yang betul, terapi oksigen, cara menggunakan peralatan pelindung diri (PPE) dengan betul. Doctors Without Borders juga menyumbang ubat-ubatan penting, PPE, peralatan perubatan dan bahan pakai buang seperti topeng oksigen, tiub dan alat dan alat lain.
Melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan COVID-19 cabaran besar di fasiliti ini kerana krisis yang sedang berkembang ini, di mana kakitangan yang dipindahkan ke jabatan COVID-19 memerlukan lebih banyak sokongan dan latihan. Pihak berkuasa kesihatan kini meningkatkan kapasiti katil COVID-19 di sembilan hospital untuk orang dewasa dan di dua hospital untuk kanak-kanak. Kami juga meningkatkan sokongan untuk meringankan tekanan yang meningkat pada sistem rawatan kesihatan yang sudah sedia terbeban. Selain itu, kadar vaksinasi dalam kalangan pekerja kesihatan di Gaza masih rendah - kira-kira kurang separuh menerima vaksin, dan maklumat salah COVID-19 serta keraguan vaksin menjadi cabaran dalam menangani krisis ini.Rachelle Seguin, penyelaras perubatan
Untuk membantu memerangi maklumat salah COVID-19, Doctors Without Borders menjalankan kempen Facebook, di mana ia berkongsi mesej kesihatan COVID-19 yang tepat di seluruh Gaza, menjangkau hampir satu juta orang pada April. Mesej-mesej ini merangkumi maklumat mengenai vaksinasi, langkah pencegahan dan petunjuk mengenai ke mana harus pergi ketika mengalami gejala. Kempen ini juga memberi peluang kepada Doctors Without Borders untuk berkomunikasi secara langsung melalui Facebook Messenger, menggunakan perbualan ‘satu lawan satu’ untuk menjawab soalan tertentu.
Mengekalkan perkhidmatan kesihatan penting adalah kritikal
Pandemik COVID-19 memberi kesan langsung kepada kemampuan Doctors Without Borders untuk menyediakan rawatan penting dan tepat pada masanya kepada pesakit yang mendapat manfaat daripada aktiviti biasa. Ia memberi kesan kepada akses untuk merawat pesakit yang memerlukan pembedahan penting, memburukkan keadaan mereka serta menyukarkan laluan ke arah pemulihan yang sememangnya sedia panjang dan tidak menentu. Doctors Without Borders terpaksa menyesuaikan kegiatan rutinnya dan mengurangkan khidmat tidak mendesak bagi memperkukuh langkah pencegahan dan kawalan jangkitan di fasilitinya serta memastikan kesediaan katil tambahan untuk pesakit COVID-19 di beberapa hospital di mana Doctors Without Borders bekerja.
Doctors Without Borders memberi bantuan pembedahan dan pasca pembedahan kepada mangsa luka akibat terbakar dan trauma di Gaza selama hampir 15 tahun. Pada 2018, ia mula menawarkan pembedahan rekonstruktif dan ortopedik, perubahan rawatan luka, fisioterapi, pendidikan kesihatan dan sokongan psikososial kepada ribuan warga Gaza yang cedera dalam tunjuk perasaan Great March of Return. Ramai yang mengalami luka kompleks dan parah memerlukan pembedahan berulang, rawatan untuk jangkitan dan tahap pemeriksaan susulan serta pemulihan yang melampau. Projek Doctors Without Borders sangat penting kerana sistem penjagaan kesihatan tempatan di Gaza sangat terbeban serta berdepan kekurangan dana, selain teruk dipengaruhi sekatan selama lebih sedekad.