Empat Tahun Berlalu: Dehumanisasi Rohingya terus berlanjut
Julekha adalah Rohingya yang tinggal di kem pelarian untuk Rohingya di Kawasan Balukhali, Cox’s Bazar. © Yusuf Sayman
Pada 25 Ogos 2017, kempen keganasan yang disasarkan telah dilancarkan terhadap Rohingya di negeri Rakhine oleh tentera Myanmar. Ini bukan kempen pertama yang menyasarkan Rohingya, tetapi ia adalah yang terbesar, dan membawa penghijrahan beramai-ramai lebih 700,000 Rohingya ke Bangladesh dan beberapa ke Malaysia.
Beratus-ratus ribu, yang melarikan diri daripada penganiayaan sistemik, menyertai mereka yang telah melarikan diri ke negara-negara ini sejak 1990-an, berikutan kitaran keganasan dan penganiayaan oleh pihak berkuasa Myanmar. Hari ini, terdapat kira-kira 900,000 pelarian Rohingya di Bangladesh dan 154,000 di Malaysia.
Empat tahun kemudian, Doctors Without Borders kekal di Bangladesh, Myanmar dan Malaysia, didorong oleh komitmen untuk menyediakan komuniti Rohingya akses yang mencukupi kepada penjagaan perubatan berkualiti dan menjadi saksi kepada penderitaan mereka.