Dalam hanya sehari kami mengendalikan 10 pembedahan membabitkan mereka yang tercedera akibat keganasan.
Caption: Penyelia bilik kecemasan Doctors Without Borders Masood Khan merawat pesakit dengan luka tembakan di hospital Boost, Daerah Helmand, Afghanistan. @MSF
Berlaku tembakan tanpa henti, serangan udara dan mortar di kawasan populasi padat. Rumah banyak yang dibom, dan ramai yang menderita akibat kecederaan parah,” jelas Sarah Leahy, koordinator projek Doctors Without Borders di Helmand.
Pertempuran dalam bandar menyukarkan kami untuk bertindak; kakitangan kami sebahagian daripada komuniti dan mereka, seperti orang lain, juga takut untuk keluar daripada rumah masing-masing. Keadaan terlalu berbahaya dan hidup seperti terhenti. Sesetengah rakan kami bermalam di hospital kerana ia lebih selamat, pada masa sama dapat terus merawat pesakit. Situasi begitu serius sejak berbulan dan kini bertambah teruk.
Di sebalik pelbagai cabaran itu, hospital Boost yang disokong Doctors Without Borders terus beroperasi dan menyaksikan peningkatan keperluan trauma sejak minggu lalu.
“Dalam hanya sehari kami mengendalikan 10 pembedahan membabitkan mereka yang tercedera akibat keganasan, yang mana tidak didengari Doctors Without Borders di sini memandangkan kami bukan penyedia utama rawatan trauma di Lashkar Gah,” kata Leahy.“Sebelum minggu lalu kami mengendalikan purata dua pembedahan pesakit yang cedera akibat perang setiap hari.” Pusat trauma utama di bandar dikendalikan organisasi lain, dan ia juga menerima tekanan yang memuncak; pesakit yang tidak dapat diterima masuk dihantar kepada Doctors Without Borders untuk rawatan.
Pertempuran juga memburukkan lagi keperluan kesihatan yang melangkaui keperluan trauma. Dalam keadaan kekurangan fasiliti yang beroperasi dengan baik dan mampu milik di Helmand, orang ramai bergantung harap kepada hospital Boost dengan 300 katil, satu-satunya hospital rujukan di wilayah itu, antara lain untuk keperluan neonatal, pediatrik, pesakit dalam, penjagaan rapi, materniti, kekurangan nutrisi, dan khidmat surgical.
Sejak Mei, kakitangan Doctors Without Borders menyaksikan peningkatan mendadak dalam pesakit yang parah ketika mereka tiba di hospital. Orang ramai menyatakan keadaan, walaupun memerlukan rawatan perubatan, mereka terpaksa menunggu di rumah sehingga pertempuran reda atau mengambil laluan alternatif yang berbahaya. Dengan pertempuran berlaku tidak jauh dari hospital Boost, dan orang ramai juga takut meninggalkan rumah mereka disebabkan keganasan, akses kepada rawatan kesihataan tersangatlah rendah.
Penyelia bilik kecemasan Masood Khan merawat pesakit dengan luka tembakan di hospital Boost. Daerah Helmand, Afghanista@MSF
“Kami pernah menerima pesakit yang terperangkap dalam situasi berbalas tembakan. Selain penyakit seperti cirit-birit yang teruk, mereka juga datang dengan peluru tertanam pada bahu atau kami mereka,” jelas seorang doktor yang bertugas di Bilik Kecemasan dan Unit Rawatan Rapi Doctors Without Borders di hospital Boost.
“Konflik ini memaksa orang ramai berfikir sehingga 10 kali sama ada mereka benar-benar mahu ke hospital. Mereka menangguhkannya sehingga tidak mampu lagi untuk menunggu, apabila saudara mara mereka tidak membuka mata untuk dua atau tiga hari, nafas mula tercungap dan tidak lagi bertindak balas. Dari perspektif perubatan, ia hampir sudah terlambat.”
Dan apabila sampai untuk rawatan, ia baru sekadar langkah pertama. Konflik ini membawa kesan jangka panjang juga, sepertimana dijelaskan seorang pesakit dengan luka tembakan pada kedua-dua tangannya, “Keluarga bergantung kepada saya, tetapi saya rasa seperti tidak mampu lagi untuk bekerja pada masa hadapan kerana kecederaan dialami. Keadaan ini menyukarkan saya untuk menyara keluarga. Saya sudah meninggalkan rumah dan tidak boleh lagi pulang ke sana,”
Dalam kalangan kakitangan Doctors Without Borders sekalipun, impak pertempuran jelas kelihatan. Seorang doktor yang bertugas dengan Doctors Without Borders menjelaskan, “Kakitangan penjagaan kesihatan keletihan. Beban tugas itu sendiri, menemui semua pesakit ini, ia sangat sukar. Tidak cukup dengan itu, perlu juga banyak berdepan dengan tekanan di luar serta kerisauan.
Doctors Without Borders terus menyediakan rawatan kesihatan yang amat diperlukan di hospital Boost, selain turut mempunyai projek di empat lokasi lain di serata negara, Herat, Kandahar, Khost dan Kunduz.