Skip to main content

Afghanistan: Kecederaan dan kehilangan tempat tinggal meningkat ketika keganasan merebak serata negara

Emergency room of the MSF Kunduz Emergency Trauma Unit, a medic treats a patient who has suffered a complicated fracture of their upper and lower leg due to a bomb blast

Bilik kecemasan di Unit Trauma Kunduz MSF, seorang petugas perubatan merawat pesakit yang menderita akibat keretakan rumit pada bahagian atas dan bawah kaki disebabkan letupan bom. © Stig Walravens/MSF

"Situasi dalam negara ini merosot sehingga ke tahap di sesetengah bandar, seperti Lashkar Gah dan Kunduz, fasiliti perubatan berada di barisan hadapan,” jelas Laura Bourjolly, Pengurus Hal Ehwal Kemanusiaan Doctors Without Borders di Afghanistan. “Kakitangan Doctors Without Borders terus merawat pesakit dalam semua projek kami, dalam keadaan yang merosot , dan kami terpaksa menyesuaikan aktiviti perubatan kami untuk menangani keperluan yang teruk.”    


Di Lashkar Gah, di mana Doctors Without Borders menyokong hospital Boost, pertempuran sengit berlarutan di bandar sejak seminggu, hidup terhenti dan kakitangan penjagaan kesihatan merawat kecemasan medikal, obstetrik dan surgikal. Kakitangan tinggal di hospital untuk merawat pesakit dengan serangan bom, mortar dan roket, selain serangan udara berterusan dalam jarak sangat dekat. Pada 9 Ogos, roket meletup dalam kawasan, sangat hampir dengan bilik kecemasan, namun nasib baik tidak menyebabkan korban.

Bunyi daripada peperangan membuat sukar untuk tidur namun kakitangan tetap memastikan semua jabatan di hospital terus beroperasi hingga kini. Minggu lalu, pasukan Doctors Without Borders di Boost merawat ramai mangsa perang yang cedera dan mengendalikan 20 pembedahan hanya dalam sehari. Ramai yang meninggalkan bandar dan dalam beberapa hari terakhir kami melihat pengurangan mendadak jumlah pesakit yang datang ke hospital untuk rawatan.
   
Pertempuran juga melonjak kebekalangan ini di kawasan sekitar serta dalam Kunduz, malah hujung minggu lalu bandar itu jatuh ke tangan IEA. Apabila keganasan memuncak pada Julai, ruangan pejabat Doctors Without Borders diubah suai kepada unit trauma 25 katil dengan pasukan menyediakan rawatan kepada mereka yang cedera akibat letupan, terkena peluru dan serpihan.

Antara 1 hingga 9 Ogos, 127 pesakit dirawat kerana kecederaan akibat tembakan dan letupan, termasuk 27 kanak-kanak berusia bawah 16 tahun.

Doctors Without Borders terus menyediakan rawatan di unit trauma tetapi mula memindahkan khidmat pesakit luar ke Pusat Trauma Kunduz (KTC), yang berada dalam pembinaan sejak 2018. Doctors Without Borders juga terus menyokong pos hadapan daerah di Chahar Dara, unit stabilisasi di daerah luar bandar Kunduz, yang menerima 126  pesakit yang tercedera akibat perang antara 1 hingga 8 Ogos.

Di negara dengan sistem kesihatan yang sedia menyedihkan, keganasan akan memburukkan lagi akses orang ramai kepada rawatan. Di kawasan yang mana pertempuran masih sengit, sangat berbahaya untuk orang ramai meninggalkan rumah mereka bagi mendapatkan rawatan, atau mereka menangguhkannya sehingga kesakitan mereka bertambah parah. Kami dapati bilangan pesakit di bilik kecemasan kami, pusat rawatan COVID-19, atau klinik pesakit luar berkurangan ketika keganasan meningkat. Di Kandahar di mana Doctors Without Borders mengendalikan projek untuk pesakit dengan tuberkulosis rintang ubat (DR-TB), mereka dibekalkan dengan konsultasi jarak jauh dan stok penimbal ubatan bagi mengelak terpaksa merentasi barisan hadapan. Dan di Lashkar Gah beberapa hari lalu, jumlah wanita mengandung mendapatkan rawatan meningkat apabila situasi bertukar tenang. Kecemasan perubatan, kelahiran dan keadaan kronik tidak berhenti ketika perang.

Kami hanya merawat seorang wanita mengandung di hospital, namun hari berikutnya, selepas pertempuran sedikit reda, 10 wanita mengandung berjaya sampai kepada kami, jadi kami tahu keperluan memang ada di luar sana. Kami benar-benar bimbang jika golongan wanita terpaksa melahirkan anak di rumah tanpa bantuan perubatan tersedia jika mereka mengalami komplikasi.
Sarah Leahy, Koordinator Projek

Pertelingkahan antara pihak berperang turut memaksa ratusan ribu meninggalkan kediaman masing-masing. Sebahagian mencari kawasan selamat di bandar dan menetap di penempatan tidak formal dengan sedikit akses kepada keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan rawatan perubatan. Pada Julai di Kunduz, Doctors Without Borders membuka klinik kecil menyediakan konsultasi pesakit luar untuk wanita dan kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal di Sar Dawra dan mula menyediakan air minum selamat kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal secara dalaman.

On 6 July MSF set up a temporary clinic for people displaced by heavy fighting around Kunduz city. The clinic team carried out over 3,400 consultations during the first 12 days. The project is run by a nine-person team, including doctors, nurses and a health promoter. © Prue Coakley/MSF

Pada 6 Julai Doctors Without Borders membangunkan klinik sementara untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran sengit sekitar bandar Kunduz. Pasukan di klinik ini mengendalikan lebih 3,400 konsultasi sepanjang 12 hari pertama. Projek ini diuruskan sepasukan sembilan kakitangan, termasuk doktor, jururawat dan penganjur kesihatan.

The clinic team carried out over 3,400 consultations during the first 12 days. The project is run by a nine-person team, including doctors, nurses and a health promoter. © Prue Coakley/MSF

Pasukan klinik menjalankan lebih dari 3,400 konsultasi dalam 12 hari pertama. Projek ini dikendalikan oleh pasukan sembilan orang, termasuk doktor, jururawat dan penganjur kesihatan. © Prue Coakley/MSF

In June, heavy fighting around Kunduz city forced thousands of people from their homes. 400 families sought shelter at an informal settlement where MSF teams began providing 12,000 litres of clean drinking water a day. © Prue Coakley/MSF

Pada bulan Jun, pertempuran sengit di sekitar kota Kunduz memaksa ribuan orang keluar dari rumah mereka. 400 keluarga mencari perlindungan di penempatan tidak rasmi di mana pasukan Doctors Without Borders mula menyediakan 12,000 liter air minuman bersih sehari. © Prue Coakley/MSF 

Klinik itu merawat kira-kira 300 pesakit sehari dan pada awal Ogos Doctors Without Borders menyerahkan aktiviti ini kepada organisasi lain untuk membolehkan pasukan menumpukan kepada rawatan trauma. Di bandar Kandahar, Doctors Without Borders membangunkan klinik sementara menyediakan rawatan perubatan kepada kanak-kanak berusia bawah lima tahun di kem Haji, penempatan tidak formal yang kini menjadi tempat berteduh bagi 500 yang kehilangan tempat tinggal. Kami juga memulihkan punca bekalan air dan memastikan akses kepada tandas dan bilik mandi. Sehingga minggu lalu, sejak 28 Julai lebih 170 kanak-kanak dirawat, majoritinya kerana masalah respiratori, cirit-birit dan anemia. 

Konflik ini kekal dinamik dengan keganasan mula tercetus di kawasan berbeza dalam negara, dan Doctors Without Borders menyesuaikan projeknya semampu mungkin untuk memenuhi keperluan yang sentiasa berubah. Namun kakitangan perubatan di serata Afghanistan berdepan pertempuran yang berlaku di jalanan sekitar fasiliti perubatan, dan dengan rehat yang sedikit serta tidak mencukupi, mereka sentiasa risau dengan keluarga yang ditinggalkan di rumah. Selepas pertempuran memasuki bandar, hospital terus berfungsi tetapi ancaman disebabkan berada di lokasi yang silap sentiasa ada, sepertimana kami saksikan semalam di Lashkar Gah. Semua fasiliti perubatan yang bero[perasi mesti dihormati.