Afghanistan: “Merawat pesakit tanggungjawab kami. Banyak kerja yang perlu kami tanggung."
Pesakit disahkan COVID-19 di Pusat Rawatan COVID-19 Doctors Without Borders di Gazer Ga, Herat. Afghanistan, Januari, 2021. © Waseem Muhammadi/MSF
Selepas berbulan bertempur di pinggir Herat di Afghanistan, Emiriah Islam Afghanistan, atau dikenali Taliban, telah menguasai bandar itu pada 12 Ogos. Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) mengendalikan pusat terapi pemakanan pesakit dalam (IFTC), klinik untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal dan pusat rawatan COVID-19 di Herat. Seorang pakar perubatan Afghanistan yang bekerja untuk Doctors Without Borders di bandar itu menerangkan bagaimana kami memastikan perkhidmatan terus diberikan selepas pertempuran tamat dan cabaran baharu yang mereka serta perkhidmatan kesihatan lain di kawasan itu hadapi hari ini.
Ketika pertempuran menghampiri Herat ketakutan cukup besar dirasai, orang ramai bimbang. Begitu juga saya, tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan. Apabila pertempuran sebenar bermula di bandar ramai yang takut dan berkurung di rumah, namun keadaan berubah secara dramatik dalam kira-kira tiga jam dan Emiriah Islam Afghanistan mengambil alih sepenuhnya bandar itu.
Sewaktu pertempuran itu, ramai yang cedera dibawa ke Hospital Wilayah Herat. Apabila orang ramai mendengar tentang korban atau bom, mereka terus menaiki basikal menuju hospital dan menyatakan hasrat untuk menderma darah. Begitu ramai yang menderma hinggakan pihak hospital mengumumkan bahawa mereka mempunyai bekalan yang mencukupi dan akan menghubungi orang ramai jika masih memerlukannya lagi. Bagi saya ia memberi inspirasi apabila sewaktu pertempuran ada yang berlari menuju hospital untuk membantu. Ia semangat yang sangat baik.
Pusat Rawatan COVID-19 Doctors Without Borders di Gazer Ga, Herat. Afghanistan, Januari, 2021. © Waseem Muhammadi/MSF
Pagi selepas Taliban mengambil alih saya pergi ke ITFC kami untuk memberi sokongan kepada petugas. Sewaktu tiba di hospital orang belum lagi ramai; orang ramai tidak pasti bagaimana keadaan di bandar atau jika kami masih beroperasi. Pertama sekali kami memberi ubat kepada semua pesakit kami dan kemudian menghubungi kakitangan kami untuk memberitahu mereka bahawa bandar ini dibuka dan selamat untuk mereka datang bekerja. Selepas beberapa jam kami berjaya mengumpulkan pasukan kami sepenuhnya dan meneruskan rawatan pesakit.
Beberapa rakan sekerja memberitahu saya bahawa ketika mereka keluar rumah untuk datang bekerja pada waktu pagi, beberapa jiran berasa bimbang dan bertanya, “Apa kamu lakukan? Kamu perlu duduk di rumah.” Mereka menjelaskan bahawa tugas kami untuk membantu orang, dan inilah masanya mereka memerlukan bantuan kerana kemudahan kesihatan lain ditutup. Ramai kakitangan datang dengan sikap ini dan ia satu pandangan yang bagus.Medik Afghan, Doctors Without Borders
Khadija terpaksa meninggalkan kediamannya di daerah Chekhcharan di wilayah Ghor pada Jun 2018. Dia tinggal bersama keluarganya di sebuah khemah di penempatan Kadistan. Dia membawa bersama anak perempuannya Bibi Aysha yang berusia dua tahun ke klinik musim sejuk Doctors Without Borders untuk dirawat kerana mengalami cirit-birit teruk. Afghanistan, Disember 2018. © Adhmadullah Safi/MSF
Sebelum pertempuran, kami mempunyai 95 kanak-kanak kekurangan zat makanan di wad pusat berkenaan. Kami hanya mempunyai 42 katil, dan walaupun menambah 18 lagi dengan memasang khemah sebagai wad sementara, kami masih melebihi kapasiti. Semasa pertempuran bilangannya berkurangan kepada sekitar 60 tetapi jumlahnya kembali meningkat, kami mempunyai kira-kira 80 pesakit yang dimasukkan ke wad, dan jumlahnya meningkat hari ke hari.
Kami juga membuka klinik berhampiran kem di mana ramai yang kehilangan tempat tinggal menetap, termasuk dari wilayah lain seperti Badghis dan Farah. Ahad pertama selepas pengambilalihan ramai pesakit datang ke klinik kami kerana banyak organisasi lain menggantung operasi mereka, sama ada atas sebab keselamatan atau kerana mereka tidak mampu membayar gaji. Doctors Without Borders menemui cara untuk membayar semua kakitangannya dan ia membuatkan orang ramai tenang dan lebih mempunyai harapan.
Kami bermula dengan dua doktor, kemudian tiga dan kini empat. Kami menjalankan sistem triage, jadi kami akan merawat mereka yang memerlukan rawatan perubatan segera terlebih dahulu. Ramai datang ke klinik, dalam sehari seorang doktor kami memeriksa lebih 150 pesakit.
Waktu itu keadaan tidak menentu jadi semua orang bekerja keras, mereka letih tetapi kami berharap keadaan akan beransur tenang. Orang ramai masih berharap namun masih sedikit mereka tahu tentang apa yang akan berlaku kelak.Medik Afghan, Doctors Without Borders
Jururawat nutrisi Doctors Without Borders, Ajmal Wardak, memeriksa balutan pada bahagian tengah lengan kanak-kanak di klinik IDP Kahdistan IDP clinic, Shaydayee, Herat. Disember 2020. © Waseem Muhammadi/MSF
Kebimbangan utama kini adalah kemudahan kesihatan lain, contohnya yang menerima pembiayaan daripada Bank Dunia, tidak akan dapat menjalankan kerja mereka di Herat kerana Bank Dunia menghentikan pembiayaannya. Tiada gambaran jelas tentang apa akan berlaku. Sesetengah kakitangan yang bekerja untuk organisasi lain tidak menerima gaji selama berbulan-bulan, ia sudah berlaku sebelum ini namun orang ramai berharap mereka akan dibayar akhirnya. Sekarang dengan begitu banyak ketidakpastian mereka memberitahu saya bahawa harapan mereka sudah tidak ada, ramai yang mencari pekerjaan lain.
Ada seorang kanak-kanak kekurangan zat makanan di pusat kami yang berasal daripada keluarga sangat miskin. Kami merawat kanak-kank itu dan menyediakan makanan untuk ibu sementara bapanya menunggu di luar. Kami bertanya bagaimana mereka boleh datang ke hospital kerana si bapa memberitahu kami bahawa sebelum ini dia tidak mempunyai walaupun 10 Afghanis (0.10 USD). Mereka menjual biri-biri serta lembu mereka dan menggunakan wang itu untuk ke hospital. Bagi yang lain terpaksa meminjam wang daripada saudara-mara merekaMedik Afghan, Doctors Without Borders
Orang ramai sangat gembira apabila kami dapat menyembuhkan anak mereka. Terdapat seorang pesakit berusia dua setengah tahun datang kepada kami dari Badghis, kira-kira 250km jauhnya. Pada mulanya bayi itu dimasukkan ke bahagian dermatologi di Hospital Wilayah Herat (HRH) kerana mereka mempunyai masalah kulit. Selepas enam hari, mereka dihantar ke ITFC Doctors Without Borders kerana bayi itu kekurangan zat makanan tetapi keadaan kulit mereka masih sangat teruk. Kami dapati kanak-kanak itu memerlukan cantuman kulit daripada jabatan pembedahan HRH tetapi kami perlu merawat kekurangan zat makanan itu terlebih dahulu.
Sepanjang bayi itu bersama kami bapanya mengetuk pintu, bertanyakan khabar anak itu dan mempersoalkan bagaimana mereka masih boleh sakit selepas satu setengah bulan. Kami menjelaskan kepadanya dan menyatakan biar kami merawat pesakit itu. Kami meyakinkannya supaya percaya dengan rawatan kami, selain prosedur, persekitaran dan rawatan susulan pesakit.
Seorang ibu bersama anaknya yang kekurangan zat di bilik ICU ITFC, hospital wilayah Herat. Disember 2020. © Waseem Muhammadi/MSF
Selama dua minggu dia pulang untuk melihat keadaan anak-anaknya yang lain di Badghis dengan isterinya menunggu di ITFC. Apabila kembali, dia melihat peningkatan besar pada bayinya serta berbincang dengan isterinya dan mereka sangat gembira. Selepas sepuluh hari kita boleh benarkan dia keluar.
Sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan sejak itu si bapa menghubungi kami untuk bertanya khabar dan menyampaikan Salam kepada semua orang, dan menyatakan dia kagum dengan rawatan yang kami berikan. Apabila pertempuran bermula di Herat, dia yang menghubungi bertanyakan keadaan kami dan perkara sama dilakukan selepas bandar itu diambil alih.
Mohammad Naeem, 35, bersama anak lelakinya berusia dua tahun, Yousuf. Yousuf demam dan mengalami ruam pada lidah. Mohammad membawa anaknya itu ke klinik Doctors Without Borders di kem Kahdistan. “Saya sudah datang ke klinik ini dua kali. Anak saya dirawat dengan baik di sini, dan kami sangat gembira dengan klinik ini,” katanya. Afghanistan, Julai 2019. © Adhmadullah Safi/MSF
Merawat pesakit adalah tanggungjawab kami, itulah cara saya memikirkannya. Buat masa ini Doctors Without Borders satu-satunya organisasi antarabangsa yang beroperasi di Herat kerana yang lain sudah menghentikan aktiviti mereka. Sebelum ini kami boleh merujuk pesakit kepada pembekal kesihatan lain namun sekarang kelihatannya apabila orang datang kepada kami, hanya kamilah pilihan terakhir mereka.
Pusat terapi pemakanan, Mazlakh, Herat. Afghanistan, September 2002. © Sebastian Bolesch
Berbanding sebelum ini, ada banyak tanggungjawab, dan banyak cabaran. Banyak kerja yang perlu kami tanggung.Medik Afghan, Doctors Without Borders