Skip to main content

Ancaman tanpa mengecualikan petugas barisan hadapan dan sekatan baharu, cabaran terkini khidmat perubatan kecemasan di Yaman

Operating theatre at MSF’s trauma centre in Mocha.

Bilik pembedahan di pusat trauma MSF di Mocha, di wilayah Pantai Laut Merah Yaman. Pakar bedah mengendalikan operasi menyelamatkan nyawa dan anggota badan mangsa perang, mangsa kemalangan jalan raya dan wanita hamil yang memerlukan pembedahan kelahiran kecemasan. Sejak akhir November 2020, sebahagian besar pesakit adalah orang awam yang cedera akibat perang. © Hareth Mohammed / MSF

"Kami merawat semua orang yang memerlukan pembedahan kecemasan di pusat trauma Mocha kami - mangsa yang cedera akibat perang, mangsa kemalangan jalan raya dan wanita hamil yang memerlukan kelahiran pembedahan kecemasan," kata Raphael Veicht, Ketua Misi MSF. "Membunuh dan mencederakan orang awam dalam konflik tidak hanya melanggar Hukum Kemanusiaan Antarabangsa. Ia lebih daripada itu; pesakit kami termasuk kanak-kanak, wanita hamil, ibu menyusu dan lelaki yang bekerja di kilang pembotolan susu yang terkena tembakan — dan tiada apa pun yang mewajarkan tindakan ini. ” 

 

Kewangan dan bantuan 

Gambaran masyarakat mengenai bantuan adalah doktor yang merawat pesakit, namun sebenarnya lebih daripada itu: ia termasuk pesawat yang membawa doktor ke negara ini; pemindahan wang yang bermaksud rakan sekerjanya dapat dibayar; dan kapal yang membawa ubat-ubatan serta peralatan perubatan lain. 

Antara yang menjadi sebahagian gambaran lebih besar itu ialah seorang warga Filipina, Melvin Kaibigan, pekerja lapangan bersama Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF). Dia menghabiskan dua tahun di Yaman sebagai Penyelaras Kewangan, atau FinCo. 

"Apabila mengatakan anda bekerja dengan MSF, kebanyakannya memikirkan kakitangan yang mempunyai latar belakang perubatan. Kebanyakan orang tidak sedar ada juga tugas kewangan dan pentadbiran terbabit. Dalam mana-mana misi MSF, penyelaras kewangan adalah orang yang menguruskan perbendaharaan misi, bermaksud kita bertanggungjawab terhadap dana dan wang yang digunakan dalam setiap projek. Kita harus memastikan bahawa ada wang yang cukup, sehingga kita dapat melakukan semua aktiviti, kita dapat buka hospital, dan kita dapat bayar semua gaji dan perbelanjaan lainnya. " 

 

FinCo adalah bahagian kritikal dalam operasi MSF. "Kami menyokong operasi dengan menyediakan analisis kewangan, jadi kami biasanya melaporkan kepada ketua misi. Kami akan memaklumkan jika ada masalah, dan ini membantu dalam proses membuat keputusan, terutama di mana hendak memperuntukkan anggaran dan jika kami ingin memulakan aktiviti baharu. " 

 

Operasi sokongan  

Memandangkan peranannya sebagai FinCo, Melvin tidak asing lagi setiap perincian operasi di Yaman, dan mengingati pelbagai keadaan kecemasan yang ditangani Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) di Yaman. 

“Di Kilo, Yaman, MSF mendirikan bilik pembedahan dan menyediakan unit rawatan rapi, jabatan kecemasan serta khidmat kemasukan ke salah satu hospital utama. Pasukan mengendalikan kira-kira 80 prosedur pembedahan setiap minggu, mencapai lebih 4,000 sepanjang tahun. Kami menerima lebih 6,000 konsultasi kecemasan, hampir separuh daripadanya mengalami trauma. " 

Fatima sits on the bed next to her 18-month-old son Ishaq

Fatima duduk di atas katil bersebelahan anak lelakinya, Ishaq yang berusia 18 bulan, yang dirawat di salah satu pusat rawatan kolera MSF di Kilo, pentadbiran Ibb selatan. © MSF 

Lama sebelum COVID-19 muncul, penyakit lain seperti kolera dan difteria juga memerlukan perhatian. “Sejak April 2017, kami menangani wabak kolera. MSF menubuhkan pusat rawatan dan menganjurkan aktiviti peningkatan kesedaran. Lebih 4,000 pesakit dimasukkan ke pusat rawatan kolera Kilo. Pasukan juga merawat pesakit difteria di dua unit rawatan khusus. Di bandar Ibb, perkhidmatan kecemasan baharu dibuka di hospital Al-Nasr. Pasukan ini menyediakan sistem rujukan ambulans ke hospital lain atau pesakit yang memerlukan pembedahan penting. Pada 2018, pasukan berjaya mengatasi lebih 8,600 kecemasan. Pada akhir tahun lalu, MSF mula memberi sokongan kepada bilik kecemasan dan pembedahan di hospital Al-Udayn dan Far Al-Hudayn, yang terletak di kawasan luar bandar di sepanjang laluan transit utama bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal. " 

A member of the HP team at the cholera treatment centre in Ibb, Yemen

Takut dijangkiti COVID-19 di hospital serta risiko penularan dan penyebaran penyakit ini membuatkan orang ramai kekal berada di rumah, walaupun mereka memerlukan rawatan perubatan. Orang ramai menunggu sehingga mereka benar-benar sakit sebelum datang ke kemudahan rawatan kesihatan. “Sebagai anggota pasukan promosi kesihatan di pusat rawatan kolera di Ibb, kami berusaha sebaik mungkin mendidik pesakit mengenai kolera, cirit-birit berair, simptom dan kaedah, serta amalan kebersihan untuk mencegah penyakit ini, kaedah pensterilan yang betul, dan mencuci tangan dengan sabun serta air dengan kerap. Kami di sini untuk melayani pesakit dan kehadiran kami di pusat kolera demi mereka untuk memberikan rawatan kesihatan sepenuhnya, ”kata Ali Al-Nusaif yang merupakan anggota pasukan HP di pusat rawatan kolera di Ibb, Yaman . © MSF 

Konflik semakin memuncak di Hudaydah antara terkini dalam siri kecemasan ini. Melvin mengimbas apa yang berlaku selepas misi penerokaan menilai keadaan kesihatan. "MSF memulakan aktiviti rawatan kecemasan dan trauma untuk memberikan perawatan yang menyelamatkan nyawa, sedekat mungkin di barisan hadapan. Pasukan MSF bekerja di Hospital Al-Salakhanah di kota itu, di mana mereka menguruskan jabatan kecemasan, bilik operasi dan unit kecemasan. MSF juga menyokong bank darah dan unit pensterilan, serta menyumbang peralatan perubatan. " 

An ER doctor is examining a patient injured during a road traffic accident

Yemen, Hodeidah, hospital Al Salakhana, April 2019: Doktor ER Dr. Lupita Noria Garcia sedang memeriksa pesakit yang cedera akibat kemalangan jalan raya. © Agnes Varraine-Leca / MSF 

Penyelaras kewangan seperti Melvin perlu bekerja, mendapatkan visa, melakukan transaksi bank dan membayar kakitangan di -tempat seperti Yemen, supaya organisasi seperti MSF dapat terus bertindak balas terhadap keadaan kecemasan perubatan di seluruh dunia. 

Melvin Kaibigan
Finance coordinator

Melvin Kaibigan worked as Finance Coordinator in Yemen for two years.