Skip to main content

Palestin: Doctors Without Borders mengecam penafian akses perubatan ketika serbuan tentera terbesar di Jenin

Doctors Without Borders staff deliver emergency and trauma medical supplies in the Jenin refugee camp on June 6, 2023

Wilayah penduduk Palestin, 2023 © MSF

Bukan setakat membunuh dan mencederakan, serbuan turut menjejaskan struktur kesihatan, serta menghalang tindak balas perubatan terhadap kecemasan. Beberapa kanister gas dilempar di halaman hospital Khalil Suleiman, di mana kakitangan Doctors Without Borders merawat pesakit yang mengalami luka akibat tembakan sejak jam 2 pagi. 

 

"Serbuan di Jenin semakin kerap, dan kadar kekerapannya juga kelihatan semakin tinggi. Kami melihat beberapa pesakit dengan luka akibat tembakan pada kepala dan kami menerima 55 pesakit yang cedera," kata Jovana Arsenijevic, Penyelaras Operasi Doctors Without Borders di Jenin. 

Jentolak tentera memusnahkan banyak jalan menuju kem pelarian Jenin, merosakkan permukaan turapan jalan sehingga menyebabkan ambulans hampir mustahil untuk sampai kepada pesakit; semasa serbuan, paramedik Palestin dipaksa berjalan kaki, di kawasan aktif berlaku tembakan dan serangan dron. Semua jalan menuju kem disekat sepanjang tempoh operasi tentera walaupun terdapat pesakit yang memerlukan penjagaan dalam kem pelarian. 

“Kami sudah bekerja 15 jam dan pesakit terus-menerus tiba. Ia operasi ketenteraan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, namun masih terdapat mangsa yang tidak dapat dihubungi. Kakitangan penjagaan kesihatan mesti dibenarkan untuk mengakses pesakit tanpa halangan, "kata Arsenijevic. 

Serbuan 3 Julai menjadikan jumlah kematian semasa operasi tentera Israel di Jenin kepada 48 tahun ini. Dengan peningkatan kekerapan serbuan, halangan kepada penyediaan rawatan perubatan juga semakin meningkat. 

Serbuan oleh tentera Israel di Jenin semakin meningkat sehingga membabitkan sokongan udara, perkembangan membimbangkan dalam penggunaan keganasan. Hari ini, sekurang-kurangnya 10 serangan udara dilaporkan di Jenin. 

Serbuan ke atas kem Jenin mula mengikut corak yang biasa dilihat - ambulans dirempuh kereta perisai dan pesakit serta kakitangan penjagaan kesihatan secara rutin dihalang masuk atau keluar kem. Namun, penggunaan helikopter perang dan serangan dron di kawasan yang padat penduduk menunjukkan peningkatan ketara dalam intensiti dan dianggap keterlaluan.
 Jovana Arsenijevic, Penyeleras Operasi

“Apa yang kami lihat bahawa hospital tempat kami merawat pesakit ditembak gas pemedih mata. Struktur perubatan, ambulans dan pesakit mesti dihormati.” 

Doctors Without Borders sudah berada di Wilayah Palestin Yang Diduduki sejak 1989 dan kini mempunyai operasi perubatan di Jenin, Nablus, Hebron dan Gaza.