Myanmar: Selepas 10 tahun di kem, kesihatan mental Rohingya terus sengsara
Zaw Rina mendapatkan khidmatan penjagaan kesihatan mental di klinik Doctors Without Borders di kem Ah Nauk Ywe di perbandaran Pauktaw, Rakhine. Myanmar, 15 Mac 2022. © Ben Small/MSF
Pada 2012, apabila keganasan meletus antara komuniti Rohingya dan Rakhine, rumah Zaw Rina di bandar Pauktaw dibakar. Dia terpaksa melarikan diri bersama keluarganya ke sebuah kem di Ah Nauk Ywe di sebuah pulau yang sukar dicapai di bahagian barat terpencil di negeri itu. Struktur buluh tidak kekal dan rapuh di mana dia tinggal sekarang menafikan sedekad dihabiskannya di kem itu.
Perlindungan tidak kukuh bersebelahan satu sama lain berbaris di laluan sempit dan berlumpur melalui kem sesak di mana lebih 5,000 orang tinggal. Saliran tidak mencukupi, dengan lopak air bertakung menjadi tempat pembiakan nyamuk dan penyakit. Terlalu ramai plarian dibandingkan dengan tandas yang terlalu sedikit, manakala bekalan air rendah, terutamanya pada musim kemarau, bermakna kemudahan itu biasanya kotor. Privasi hampir mustahil untuk dicari.
Keganasan pada 2012 yang menyaksikan rumah Zaw Rina musnah dan membunuh ratusan orang, memaksa kira-kira 140,000 orang baik Rohingya dan Muslim Kaman, berpindah ke kem-kem ini. Kebanyakannya kekal di sana hingga kini di mana kebebasan mereka untuk bergerak terhad, menafikan akses kepada kerja yang bergaji, pendidikan dan penjagaan kesihatan. Ramai memulakan perjalanan berbahaya melalui laut dan darat ke Bangladesh dan Malaysia mengharapkan kehidupan lebih baik.
Memberi kesan kepada kesihatan mental
Kewujudan harian Zaw Rina dan ribuan yang lain sepertinya yang tinggal di Rakhine digariskan perjuangan untuk membeli makanan, kebimbangan keselamatan dan perasaan putus asa. Status quo yang berlarutan ini mendatangkan kesan drastik terhadap kesihatan mental.
Kesihatan mental Zaw Rina berubah apabila anak perempuannya cuba membunuh diri susulann perceraian dengan suami. Kini mereka berdua mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan mental daripada Doctors Without Borders. Myanmar, 15 Mac 2022. © Ben Small/MSF
Tekanan hidup dalam keadaan ini bertambah buruk apabila anak perempuan Zaw Rina yang berusia 20 tahun cuba membunuh diri selepas suaminya meminta cerai.
"Dia serius bergaduh teruk dengan ibu mertuanya dan suaminya berpaling dan berkata 'Saya tak suka awak dan saya nak bercerai, saya tak kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak'," Zaw Kata Rina.
"Saya menjadi sangat pesimis dan tidak dapat mencari apa-apa untuk menjadi positif. Saya menjerit kepada suami saya. Saya menjerit kepada anak-anak saya. Saya tidak dapat mencari jawapan dalam diri saya sendiri.”
Di seluruh Myanmar, terdapat jurang besar dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan mental. Negeri Rakhine tidak berbeza, meninggalkan individu seperti Zaw Rina dan anak perempuannya pilihan yang sedikit. Terdapat satu klinik kesihatan mental swasta khusus di Sittwe, namun ia terlalu mahal untuk kebanyakan orang, manakala perkhidmatan psikiatri di hospital awam sangat terhad. Memburukkan lagi cabaran mereka, bandar ini terletak kira-kira 10 kilometer merentasi Sungai Kaladan dari kem di perbandaran Pauktaw - kedua-dua jarak dan sekatan pergerakan menjadikannya sangat sukar bagi Rohingya yang tinggal di kem untuk mencapai kemudahan ini.
Memandangkan kliniknya berada dalam kem, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) boleh datang kepada Rohingya untuk memberikan sokongan penjagaan kesihatan mental yang penting, dengan kaunselor dan doktor menyediakan temu janji secara empat mata, sesi kumpulan dan lawatan rumah. Perkhidmatan ini tersedia kepada sesiapa sahaja yang datang ke kemudahan kami, tidak kira etnik atau agama mereka.
Kedua-duanya Zaw Rina dan anak perempuannya menerima kaunseling daripada Doctors Without Borders, membantu mereka menguruskan simptom dengan lebih baik.
Saya benar-benar rasa kehilangan dan tidak tahu di mana untuk meminta bantuan sehingga saya berjumpa dengan kaunselor [Doctors Without Borders]. Saya rasa lebih baik sekarang dari segi kesihatan mental saya, jauh lebih baik, begitu juga anak perempuan sayaZaw Rina, pesakit
Bergelut untuk mencari pendapatan dari ghetto Sittwe
Walaupun Daw Than Than dilahirkan ibu bapa beragama Buddha di Mandalay, dia berkahwin dengan Muslim Kaman, menukar agamanya dan kini menetap bersama Rohingya dan Kaman di Aung Mingalar, sebuah ghetto Muslim di tengah-tengah Sittwe.
Di sinilah saki-baki penduduk Islam Sittwe berada, yang dahulunya menghuni hampir separuh daripada 200,000 penduduk bandar itu. Selebihnya melarikan diri semasa keganasan pada 2012 atau dipaksa ke kem seperti tempat tinggal Zaw Rina. Selama 10 tahun, umat Islam di pusat bandar Sittwe terkurung di kawasan kejiranan kecil ini, dinafikan kebebasan untuk bergerak dan dengan pos polis mengawal siang dan malam.
Daw Than Than seorang balu. Dia tidak mempunyai anak atau keluarga untuk menanggungnya. Apabila mampu, dia mengambil upah memasak dan mencuci di rumah orang. Namun disebabkan tidak dapat untuk datang dan pergi dari kawasan kejiranan bertahun-tahun, dia sering bergelut mencari sumber pendapatan.
Daw Than Than menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan mental di klinik Doctors Without Borders di ghetto Aung Mingalar di pusat bandar Sittwe di Rakhine. Dia menjadi balu selama kira-kira 10 tahun dan bergelut untuk mencari sumber pendapatan stabil disebabkan sekatan pergerakan dikenakan ke atas penduduk di ghettonya dan keadaan kesihatannya, yang memberi kesan besar kepada kesejahteraan mentalnya. Myanmar, 11 Mac 2022. © Ben Small/MSF
Walaupun sekatan pergerakan untuk masuk dan keluar dari ghetto berkurangan tahun lalu, membolehkannya bergerak di sekitar Sittwe, kesihatan fizikalnya bertambah buruk, menghalangnya daripada bekerja. “Saya sedih kerana berjuang sendirian dalam hidup. Saya berasa sunyi dan sedih kerana saya tidak mempunyai sesiapa untuk menyokong apabila saya sakit. Saya tidak mampu ke hospital swasta,” katanya menambah betapa dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk makan dengan betul, sering mengisi perut dengan nasi dan teh hijau.
Setiap Jumaat, Doctors Without Borders membuka klinik di Aung Mingalar di mana penduduk dari dalam ghetto datang untuk menerima penjagaan kesihatan asas, sokongan kesihatan mental dan rawatan untuk penyakit tidak berjangkit.
Saya bergelut dan berasa sedih dalam hidup saya, namun apabila saya bercakap [dengan kaunselor Doctors Without Borders], saya sedikit lega. Kaunselor menjemput saya datang setiap kali merasa sakit pada badan atau fikiran saya,” katanya. Mereka membantu saya dengan senaman pernafasan, yang sangat membantu untuk berehat. Semasa sesi kaunseling, saya tidak dapat mengawal perasaan, dan saya menangis. Kaunselor bercakap dengan saya dengan penuh belas kasihan dan beritahu saya 'Saya faham masalah anda'.Daw Than Than, pesakit
Keganasan memburukkan kesihatan mental wanita Rohingya
Keadaan mencabar dan tertekan di mana Rohingya ditahan di kem sempit, dengan peluang ekonomi terhad dan bergantung bantuan kemanusiaan menyebabkan wanita dan gadis berisiko lebih besar untuk didera, gangguan seksual dan keganasan rumah tangga.
Khin Phyu Oo menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan mental di klinik Doctors Without Borders di kampung Sin Thet Maw di perbandaran Pauktaw, Rakhine. Dia mula-mula datang ke klinik Doctors Without Borders selepas mengalami sawan, dan kemudian mula berjumpa dengan kaunselor Doctors Without Borders selepas mula rasa ingin membunuh diri berikutan insiden keganasan rumah tangga. Myanmar, 14 Mac 2022. © Ben Small/MSF
Khin Phyu Oo mula-mula datang ke klinik Sin Thet Maw Doctors Without Borders selepas diserang sawan. Apabila kakitangan klinik memberitahunya supaya berhati-hati di sekeliling dapur ketika memasak disebabkan keadaannya, suaminya kecewa kerana dia tidak dapat melakukan kerja rumah dan memukulnya. Ini satu daripada beberapa insiden suami menyerangnya, yang menyebabkan dia rasa ingin membunuh diri. Ini berlaku ketika dia mula menerima kaunseling daripada Doctors Without Borders, di samping rawatan sawannya.
Saya tidak mempunyai sesiapa untuk berkongsi [dalam komuniti]. Tiada siapa yang mahu mendengar saya. Saya gembira datang ke sini dan meluahkan segala di fikiran saya. Saya lebih gembira. Saya fikir mendapatkan rawatan adalah baik untuk saya. Saya boleh berkongsi kepada doktor di sini dan mereka memotivasikan saya, memberi saya cadangan [tentang cara membuat diri saya berasa lebih baik]. Doktor juga memberi pendidikan kesihatan mental kepada suami saya.Khin Phyu Oo, pesakit
Mengatasi punca kesihatan mental
Rohingya akan terus bergelut dengan kesihatan mental selagi punca kesusahan mereka belum dapat diselesaikan.
“Saya berharap anak-anak saya boleh mendapat pendidikan suatu hari nanti,” kata Zaw Rina.
“Dan saya mahukan tempat perlindungan yang baik supaya saya boleh menjalani kehidupan normal dan menyeronokkan, seperti saya alami di bandar Pauktaw. Apabila saya tinggal di rumah sendiri, saya berasa selamat.”
Doctors Without Borders telah bekerja di Myanmar sejak 1992, membantu mereka yang terjejas akibat konflik dan bergelut untuk mengakses penjagaan kesihatan. Hari ini, lebih 1,000 kakitangan menyediakan penjagaan kesihatan asas, HIV, hepatitis C dan rawatan tuberkulosis, dan rujukan ke hospital untuk rawatan kecemasan dan rawatan pakar di seluruh negeri dan wilayah Kachin, Rakhine, Shan, Tanintharyi dan Yangon. Di Rakhine, pasukan Doctors Without Borders menyokong komuniti terlantar akibat konflik, termasuk penganut Buddha Rakhine, dan Muslim Rohingya dan Kaman.