Skip to main content

Kami kekal di sini: Kehidupan Rohingya di Myanmar

Woman, Rakhine state, Myanmar. March 2022 © Ben Small

Seorang wanita menunggu di klinik Doctors Without Borders di negeri Rakhine, Myanmar. Mac 2022 © Ben Small

Tidak bernegara

Di Myanmar, Undang-undang Kewarganegaraan yang diperkenalkan pada 1982, menjadikan masyarakat Rohingya tidak bernegara, walaupun mereka sudah tinggal di negara itu selama berabad lamanya. Ramai daripada mereka yang memilih untuk terus kekal di Myanmar terpaksa tinggal di kem yang terlalu sesak dan kotor di negeri Rakhine.

Lama sebelum Rohingya dilucutkan kewarganegaraan pada 1982, mereka menjadi sasaran keganasan, diskriminasi dan pengasingan yang mengerikan. Diskriminasi, keganasan dan amalan buruh paksa oleh pihak berkuasa Myanmar mencetuskan penghijrahan lebih 250,000 komuniti Muslim Rohingya antara 1991 dan 1992.

A family in their tent in a refugee camp on the outskirts of Sittwe, February 2, 2013

Kehidupan dalam khemah: Sebuah keluarga di kem pelarian di pinggir Sittwe di Myanmar. Februari 2, 2013. © Kaung Htet 

A sick child sleeps in his mother's arms while waiting for the malaria screening test result at MSF clinic in a refugee camp on the outskirts of Pauk Taw township, February 3, 2013. photo by Kaung Htet

Seorang kanak-kanak yang sakit tidur dalam dakapan ibunya sementara menunggu keputusan ujian saringan malaria. Ibu dan anak berada di klinik Doctors Without Borders di kem pelarian di pinggir perbandaran Pauk Taw, Myanmar Februari 3, 2013. © Kaung Htet 

Sittwe, Myanmar. February 2, 2013. © Kaung Htet

Adakah anda mempunyai air bersih? Di kebanyakan kem pelarian, akses kepada air bersih selalunya menjadi masalah. Orang ramai sering berkumpul di sekitar pam air seperti ini, di kem pelarian di pinggir Sittwe di Myanmar. Februari 2, 2013 © Kaung Htet 

Sittwe, Myanmar, February 2, 2013. © Kaung Htet

Adakah anda mempunyai tempat yang bersih untuk memasak makanan anda? Di kem pelarian di pinggir Sittwe di Myanmar ini, seorang wanita berusia 26 tahun memulakan kebakaran di luar khemahnya. Februari 2, 2013 © Kaung Htet 

Pauk Taw township, Myanmar. February 3, 2013. © Kaung Htet

Seorang wanita berusia 65 tahun menjahit pukat di sebuah kem pelarian di pinggir perbandaran Pauk Taw, Myanmar. 3 Februari 2013. © Kaung Htet

700,000 melarikan diri

Di negeri Rakhine, ramai Rohingya telah dihalau dari rumah mereka dengan keganasan dan seluruh kampung dihancurkan ke tanah. Pada Ogos 2017, lebih 700,000 Rohingya melarikan diri daripada kempen terbesar keganasan yang disasarkan yang dilancarkan oleh tentera Myanmar terhadap mereka. Hari ini, masih terdapat kira-kira 600,000 Rohingya tanpa kerakyatan di seluruh negeri Rakhine. Rohingya yang kekal di Negeri Rakhine menghadapi pengasingan, intimidasi dan diskriminasi, yang--antara akibat lain--mengakibatkan pengecualian daripada penjagaan kesihatan.

Sejak tentera merampas kuasa pada Februari 2021, Myanmar masih jauh daripada memenuhi syarat yang diperlukan untuk pemulangan secara sukarela, selamat, bermaruah, dan mampan pelarian Rohingya ke negeri Rakhine terutamanya dari kem di seberang sempadan di Bangladesh, dan negara lain yang berdekatan seperti Malaysia dan India.

Rakhine State, Myanmar, March 2022 © Ben Small/MSF

Masyarakat di Myanmar menggunakan thanaka, pes diperbuat daripada kulit tanah, pada muka mereka sebagai hiasan kosmetik dan juga untuk perlindungan daripada matahari. Rakhine State, Myanmar, Mac 2022 © Ben Small/MSF 

Rakhine State, Myanmar, March 2022 © Ben Small/MSF

Di timur Rakhine, Doctors Without Borders menyokong penjagaan kesihatan utama, termasuk kesihatan mental, kesihatan reproduktif seksual dan sokongan kepada mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan gender. Pada 2021, pasukan Doctors Without Borders menyediakan pendidikan dan jangkauan menyasarkan mangsa keganasan seksual berasaskan gender yang terselamat, menyebabkan bilangan mangsa yang dirawat lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Untuk meningkatkan akses dan keselamatan, Doctors Without Borders menetapkan hari khusus di mana hanya wanita dan kanak-kanak boleh hadir. Rakhine State, Myanmar, Mac 2022 © Ben Small/MSF 

Apa Doctors Without Borders lakukan untuk Rohingya?

Doctors Without Borders menyediakan penjagaan kesihatan kepada semua komuniti di Rakhine sejak 1994. Menjelang 2004 Pasukan Doctors Without Borders sudah merawat lebih 1.2 juta pesakit malaria di negeri ini. Bagaimanapun, kami terpaksa menggantung aktiviti perubatan kami beberapa kali pada 2012, 2014 dan 2017, seperti diarahkan pihak berkuasa. Pada Ogos 2017, Doctors Without Borders menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan di perbandaran Maungdaw dan Buthidaung di utara Rakhine sebelum ia ditangguhkan kerana kekurangan kebenaran perjalanan dan larangan ke atas kakitangan antarabangsa. Pada masa itu, kami menggerakkan empat klinik penjagaan kesihatan utama di utara Rakhine - tiga daripadanya terbakar - dan menyediakan lebih 11,000 perundingan penjagaan kesihatan primer dan reproduktif setiap bulan, serta pengangkutan kecemasan dan bantuan untuk pesakit yang memerlukan kemasukan ke hospital. 

Hari ini, Doctors Without Borders menyediakan klinik bergerak di lokasi berbeza di seluruh Rakhine: Maungdaw, Buthidaung, Rathidaung, Pauktaw, Sittwe, Mrauk U dan Minbya. Pasukan kami menyediakan penjagaan kesihatan asas yang sangat diperlukan kepada komuniti yang sangat terpinggir, termasuk kesihatan mental, kesihatan reproduktif seksual dan sokongan kepada mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan gender.

Rakhine State, Myanmar, July 2021. © Ben Small/MSF

Beberapa dekad lamanya, Rohingya menghadapi penganiayaan, terpaksa tinggal di kem dengan tempat perlindungan dan sanitasi yang tidak mencukupi. Doctors Without Borders melawat kem untuk membawa perkhidmatan penjagaan kesihatan yang penting kepada pesakit. Pada Julai 2021, pekerja kesihatan komuniti kami telah mengendalikan 23,107 lawatan pesakit di utara Rakhine, menyediakan rawatan untuk lima penyakit ringan, memeriksa tanda-tanda kekurangan zat makanan dan mempromosikan langkah pencegahan COVID-19. Negeri Rakhine, Myanmar, Julai 2021. © Ben Small/MSF

Bagaimanakah rupa kehidupan bagi Rohingya yang tinggal di Rakhine? Bagaimanakah kehidupan seharian dalam krisis kemanusiaan yang berlanjutan beberapa dekad?

Ingat Rohingya. Ingat kesusahan mereka. 

Rakhine State, Myanmar, July 2021. © Ben Small/MSF

Rakhine State, Myanmar, Mac 2022 © Ben Small/MSF 

Rakhine State, Myanmar, March 2022 © Ben Small/MSF

Rakhine State, Myanmar, Mac 2022 © Ben Small/MSF

Rakhine State, Myanmar, March 2022 © Ben Small/MSF

Rakhine State, Myanmar, Mac 2022 © Ben Small/MSF 

Pasukan Doctors Without Borders perlu menempuh perjalanan yang jauh, melalui darat dan air, untuk sampai kepada komuniti Rohingya, dan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas kepada mereka.

Penjagaan kesihatan asas di Rakhine

Di timur Rakhine, Doctors Without Borders terus mengendalikan klinik bergerak di Pauktaw, Sittwe, Mrauk U dan Minbya. Pasukan ini menyokong penjagaan kesihatan asas, termasuk kesihatan mental, kesihatan reproduktif seksual dan sokongan kepada mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan gender. Kami merujuk orang yang memerlukan rawatan lanjut ke hospital Sittwe, Mrauk U dan Minbya, selain Hospital Stesen Maung Bway.

Rakhine State, Myanmar, May 2022 © Ben Small/MSF

Pesakit termasuk penduduk Rakhine yang dipindahkan akibat konflik. Hospital stesen. Rakhine State, Myanmar, Mei 2022 © Ben Small/MSF 

Rakhine State, Myanmar, March 2022 © Ben Small/MSF

Doctors Without Borders menyokong vaksinasi Covid-19 di kem di mana kami berada di perbandaran Pauktaw dan Mrauk U. Pada Disember 2020, Doctors Without Borders memulakan operasi di kem Tay Nyo. Selepas lebih sembilan bulan berunding. Rakhine State, Myanmar, Mac 2022 © Ben Small/MSF 

Rakhine State, Myanmar, May 2022 © Ben Small/MSF

Rakhine State, Myanmar, Mei 2022 © Ben Small/MSF 

Klinik bergerak dan promosi kesihatan

Dia utara negeri Rakhine, Doctors Without Borders mengendalikan klinik bergerak di perbandaran Maungdaw, Buthidaung dan Rathidaung.

Rakhine State, Myanmar, March 2022 © Ben Small/MSF

Pada Februari 2022, Doctors Without Borders merujuk 451 pesakit ke hospital, mendekati lebih 51,000 orang melalui aktiviti promosi kesihatan, dan menyelesaikan lebih 5,600 konsultasi pesakit luar. Pekerja kesihatan komuniti melakukan lebih daripada 22,000 lawatan. Pasukan ini menyokong penjagaan kesihatan asas, termasuk kesihatan mental, kesihatan reproduktif seksual dan sokongan kepada mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan gender. Rakhine State, Myanmar, Mac 2022 © Ben Small/MSF

Rakhine State, Myanmar, March 2022 © Ben Small/MSF

Promosi kesihatan adalah bahagian penting dalam tugas Doctors Without Borders  di negeri Rakhine. Pada suku ketiga 2021, pasukan promosi kesihatan kami mendekati 35,966 orang. Apabila kes COVID-19 meningkat pada 2021, aktiviti promosi kesihatan melibatkan perkongsian maklumat melalui pembesar suara di sekitar perbandaran Maugdaw. Rakhine State, Myanmar, Mac 2022 © Ben Small/MSF

Rakhine State, Myanmar, May 2022 © Ben Small/MSF

Pasukan menyediakan penjagaan kesihatan asas yang sangat diperlukan kepada komuniti yang sangat terpinggir, termasuk kesihatan mental, kesihatan reproduktif seksual dan sokongan kepada mangsa yang terselamat daripada keganasan seksual dan berasaskan gender. Dalam tempoh tiga bulan pertama 2022, kami menyokong sejumlah 8,942 konsultasi pesakit luar dan 446 rujukan kecemasan ke hospital melalui klinik bergerak dan pekerja kesihatan komuniti kami. Rakhine State, Myanmar, Mei 2022 © Ben Small/MSF

Rakhine State, Myanmar, May 2022 © Ben Small/MSF

Apabila pekerja kesihatan komuniti melawat Rohingya di kem, mereka melakukan lawatan dari rumah ke rumah. Semasa lawatan rumah ini, mereka melakukan beberapa perkara, termasuk penilaian nutrisi dan promosi garis panduan kesihatan COVID-19. Sesetengah pekerja kesihatan juga menyediakan kaunseling HIV dan aktiviti kesihatan mental.

Pada Mei 2021, Doctors Without Borders mula menguruskan kes keganasan berasaskan gender, dan mengkoordinasi tindak balas perlindungan bersama pihak berkuasa di Maugdaw. Rakhine State, Myanmar, Mei 2022 © Ben Small/MSF 

Rakhine State, Myanmar, March 2022 © Ben Small/MSF

Kehidupan sehari-hari bagi ribuan yang tinggal di negeri Rakhine dipenuhi dengan pergelutan untuk mengisi perut, kebimbangan terhadap keselamatan, dan perasaan putus asa. Status quo yang berlarutan ini mempunyai akibat drastik terhadap kesihatan mental. Rakhine State, Myanmar, Mac 2022 © Ben Small/MSF

March 2022 © Ben Small/MSF

Walaupun pasukan bergerak boleh memberikan banyak sokongan dengan penjagaan kesihatan asas, masih ada beberapa kes yang memerlukan lebih banyak bantuan. Mac 2022 © Ben Small/MSF

 

What hope is there for young people in Rakhine State? Myanmar, May 2022 © Ben Small/MSF

Apa lagi harapan yang ada untuk orang muda di Negeri Rakhine? Myanmar, Mei 2022 © Ben Small/MSF