Skip to main content

Myanmar: Kemajuan global menangani Tuberkulosis boleh beri manfaat jika penjagaan kesihatan benar-benar tidak dipolitikkan

Patients receiving long-term treatment for DRTB in Myanmar

Phone Pyae Thaw telah hampir empat tahun pulih daripada TB dan kini kali ketiga menghuni di hospital. Myanmar, 2023. © MSF

Apa yang Doctors Without Borders tahu mengenai prevalen TB di Myanmar?

Berdasarkan laporan terkini dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia, Myanmar masih dalam kalangan 30 negara yang merekodkan beban TB tinggi dan menanggung tiga kali ganda beban membabitkan TB yang mudah terdedah kepada dadah (DSTB), TB rintang dadah (DRTB) dan TB yang dikaitkan dengan HIV.


Kemajuan dicapai dalam menangani penyakit berjangkit ini sehingga 2019 namun kombinasi Covid-19 dan keruntuhan sistem penjagaan kesihatan akibat pengambilalihan tentera menyebabkan kemajuan ini terhenti dan berubah arah pada 2020 dan 2021.

Untuk memberi anda gambaran tentang perkara ini, pengesanan pesakit yang baharu didiagnosis dengan TB menurun lebih 20% pada 2020, dan ia terus menurun pada 2021. Puncanya bukanlah disebabkan penyakit itu sudah berkurang di Myanmar, tetapi kerana gabungan kesan Covid-19 yang membawa maut dan sistem kesihatan yang terjejas serta runtuh, sekali gus mengurangkan kapasiti ujian dan rawatan secara drastik.

Sejumlah 60,000 penghidap TB dianggarkan tidak didiagnosis dan tidak dirawat dalam tempoh ini, meningkatkan kematian berkaitan TB, lebih banyak penularan TB dan lebih ramai menghidap TB dalam bentuk yang mempunyai keupayaan rintang.

Dengan hampir tiada perkhidmatan awam untuk menyokong pesakit TB dan cabaran dalam mengakses sedia ada, disebabkan, antara lain, konflik berterusan di negara ini, orang ramai bergelut untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan tepat pada masanya.

Bagaimanapun tahun ini, data rasmi daripada Program Tuberkulosis Kebangsaan (NTP) menunjukkan ujian dan pengesanan TB di Myanmar dilaporkan kembali bergerak ke arah sasaran WHO – dan kedudukannya hanya sedikit di bawah paras pada 2019.[1]

Meskipun ini berita baik, hampir pasti data terbabit kebanyakannya mewakili Wilayah Yangon, di mana 50% daripada beban TB di Myanmar berasal. Sejak Doctors Without Borders mula menyokong Makmal Rujukan Tuberkulosis Kebangsaan pada 2021, kami melihat peningkatan yang baik dalam jumlah ujian dilakukan setiap bulan, dengan kebanyakan sampel datang dari Wilayah Yangon.

Namun, di beberapa bahagian luar bandar di negara tempat kami bekerja, ceritanya berbeza. Dengan hampir tiada perkhidmatan awam untuk menyokong pesakit TB dan cabaran dalam mengakses perkhidmatan sedia ada, antara lain disebabkan oleh konflik yang berterusan di negara ini, orang ramai bergelut untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan tepat pada masanya.

Apa cabaran utama bagi mereka yang memerlukan penjagaan TB?

Di beberapa bahagian di Myanmar, pesakit kami memberitahu mereka menangguhkan temu janji rawatan kesihatan atau tidak dapat sampai ke kemudahan terdekat disebabkan takut untuk bergerak. Disebabkan Ketidapatuhan Pergerakan Awam (CDM) yang berterusan, dengan sebilangan besar pekerja penjagaan kesihatan membantah pengambilalihan tentera dengan meninggalkan tugas mereka, pesakit sering tiba ke kemudahan itu terkesan akibat kekurangan kakitangan dan ubat.

Gangguan dalam rawatan atau ketidakupayaan orang ramai untuk mematuhi temu janji rawatan mereka bukan hanya mempertaruhkan hasil yang membawa maut kepada pesakit, tetapi akan menyebabkan peningkatan kekuatan rintangan dadah dan bentuk TB yang lebih rumit semakin berleluasa.

Malah bagi mereka yang mempunyai akses kepada penjagaan, diagnosis DRTB tepat pada masanya boleh jadi suatu yang mencabar, memandangkan satu-satunya makmal berfungsi dengan kapasiti ujian khusus adalah di Yangon. Di sebalik usaha, makmal terlalu sarat dengan sampel, menyebabkan kelewatan dalam keputusan dan rawatan.

TB, seperti penyakit berjangkit lain, melangkaui sempadan politik dan geografi dan Doctors Without Borders komited sepenuhnya untuk memastikan kesejahteraan pesakit.

Pemulihan daripada TB juga boleh menjadi proses yang sangat panjang, kadangkala sehingga dua tahun dan boleh membabitkan kemasukan ke hospital yang ketara. Tempoh rawatan panjang ini memberi tekanan kewangan kepada pesakit DR-TB di Myanmar kerana mereka sering terpaksa berpindah dari rumah atau kuarantin di hospital dan klinik serta tidak boleh bekerja.

Diagnosis TB pada kanak-kanak seperti di banyak negara lain di seluruh dunia, kekal menajdi satu cabaran yang besar. Ia biasanya tidak didiagnosis sepenuhnya, membawa kepada kematian yang boleh dicegah. Malah, apabila didiagnosis dan dirawat dengan betul, kanak-kanak biasanya mempunyai hasil lebih baik berbanding dewasa.

Pasukan kami di Myanmar menyediakan sokongan tetap kepada program NTP pada tahap berbeza, sama ada menyokong penyediaan perkhidmatan langsung (seperti di Yangon) atau memudahkan akses kepada ujian dan rawatan (seperti di Kachin, Shan dan Rakhine).

TB, seperti penyakit berjangkit lain, melangkaui sempadan politik serta geografi dan Doctors Without Borders komited sepenuhnya untuk memastikan kesejahteraan pesakit. Kami akan melakukan segala yang termampu untuk memudahkan penerusan penjagaan pesakit sedia ada, akses kepada ujian dan rawatan berkesan untuk pesakit baharu, dan untuk mengurangkan sebanyak mungkin ancaman kesihatan awam daripada kemunculan strain TB rintang yang berbahaya.

Adakah ini bermakna Doctors Without Borders bekerjasama dengan pihak berkuasa tentera?

Pihak berkuasa, aktor kesihatan dan penderma mesti saling terlibat antara satu sama lain untuk meningkatkan ketersediaan dan kualiti penjagaan TB (termasuk TB Rintang Ubat) dengan pantas di Myanmar.

Di mana-mana negara di mana Doctors Without Borders memberikan perkhidmatan, kami bercakap dengan semua pihak yang terbabit dengan konflik. Di Myanmar, dialog ini membolehkan pasukan kami memastikan kesinambungan sokongan kepada pesakit sedia ada dan bertindak balas terhadap keperluan perubatan dan kemanusiaan yang muncul.

Di peringkat global, Doctors Without Borders terbabit dalam penjagaan TB selama lebih 30 tahun, dan di Myanmar sejak 2002. Walaupun kemajuan beransur-ansur kembali ke arah sasaran WHO dapat dilihat, kami menyaksikan kebangkitan semula konflik bersenjata yang meluas dan krisis politik yang berterusan di Myanmar, yang terus memberi kesan drastik kepada keupayaan orang ramai untuk mengakses bukan sahaja penjagaan TB yang menyelamatkan nyawa yang mereka perlukan, tetapi perkhidmatan penjagaan kesihatan penting yang lain.

Kemajuan yang dinyatakan di atas adalah rapuh dan peningkatan ini disebabkan sokongan serta pembiayaan NGO yang menampung kekurangan kakitangan dan peningkatan keupayaan ujian makmal. Jurang dalam sistem penjagaan kesihatan yang tercetus akibat kejadian pada 2021 masih sangat jelas dan kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan sokongan kami terhadap perkhidmatan negara untuk membolehkan kami sampai kepada lebih ramai pesakit.

Nay Zaw latt is being supported by his wife Ohnmar during his long stay in hospital recovering from TB. They hope he will be discharged in three weeks. Myanmar, 2023. © MSF

Nay Zaw latt mendapat sokongan isterinya Ohnmar sepanjang tempoh yang lama dia berada di hospital untuk pemulihan TB. Mereka berharap dia akan dibenarkan keluar dalam tiga minggu. Myanmar, 2023. © MSF

 Apa boleh dilakukan untuk mengatasi sebahagain cabaran yang anda sebutkan?

Komitmen dan rancangan Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan rejimen baharu yang pendek secara oral sepenuhnya untuk DR-TB (BPaL/M) di Yangon pada 2023 adalah positif dan menjanjikan peluang besar untuk pemulihan pesakit. Malangnya, pelancaran dan pelaksanaan selanjutnya di peringkat wilayah dan perbandaran setakat ini hanya dirancang bermula dari 2024 dan akan mencabar, kerana keupayaan orang ramai untuk mengakses perkhidmatan kesihatan yang berfungsi dengan selamat masih terkesan disebabkan krisis yang berterusan.

Untuk memastikan pelancaran ini berjaya, penjagaan kesihatan mesti dinyahpolitik dengan segera. Ini bermakna tindakan mendapatkan dan menyediakan penjagaan kesihatan perlu diasingkan daripada krisis politik yang berterusan. Pesakit mesti mampu menerima rawatan perubatan dengan selamat di mana-mana sahaja mereka tinggal di kemudahan kesihatan yang berfungsi, dan doktor mesti boleh menawarkan rawatan dengan selamat tanpa mengira di bahagian mana mereka berada di barisan hadapan dan fasiliti mana mereka bekerja.

Aung Thein is now being treated in an Doctors Without Borders clinic after the public hospital could not provide support. Myanmar, 2023. © MSF

Aung Thein kini dirawat di klinik Doctors Without Borders selepas hospital awam tidak dapat memberikan sokongan. Myanmar, 2023. © MSF

Selain itu, tapak NTP dan makmal rujukan TB kebangsaan hanya berfungsi pada kapasiti minimum dan tidak mampu menampung permintaan. Sokongan daripada organisasi antarabangsa yang menyediakan kepakaran teknikal dan peralatan juga penting dan ia mesti diperluaskan, sesuatu yang Doctors Without Borders komited untuk berikan. Pihak berkuasa harus memudahkan perkara ini dengan mempercepatkan proses pentadbiran yang sukar yang mengehadkan aktiviti penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan domestik dan antarabangsa. Kawasan konflik menjadi perhatian khusus, kerana akses kepada rawatan TB untuk pesakit di sana lebih terjejas. Memastikan kesinambungan perkhidmatan TB harus dipermudahkan oleh semua pihak yang terbabit dalam konflik di Myanmar - tanpa mengira fahaman politik, etnik, atau tempat tinggal pesakit yang mendapatkan rawatan.

Akhir sekali, pembiayaan antarabangsa untuk Myanmar mesti dikekalkan bagi memastikan pesakit tidak diabaikan. Ketersediaan pembiayaan antarabangsa akan menentukan kemungkinan untuk meningkatkan akses kepada penjagaan TB dan perkhidmatan kesihatan penting lain. Penderma mesti bertanggungjawab memastikan bahawa pembiayaan sedemikian disalurkan untuk memastikan perkhidmatan didahulukan kepada mereka yang paling terdedah, serta kepada perkhidmatan yang mempunyai kesan kesihatan awam besar, yang mana termasuk Program Tuberkulosis Kebangsaan Myanmar dan perkhidmatan untuk pesakit di kawasan bukan kawalan kerajaan.