Skip to main content

Myanmar: Saya telah kalahkan TB dan saya harap perkara sama untuk pesakit lain

The sign indicating MSF’s clinic in Myanmar

Tuberkulosis rintang pelbagai ubat adalah salah satu jenis tuberkulosis paling kompleks yang boleh menjangkiti anda. Berbanding TB sensitif ubat, yang bertindak balas dengan baik terhadap ubat, tuberkulosis rintang pelbagai ubat, dengan namanya sendiri, tahan terhadap beberapa ubat yang digunakan untuk merawat penyakit ini. Ini menjadikan tindak balas lebih rumit, selalunya memerlukan doktor untuk membangunkan pelan rawatan yang dirangka khusus bergantung kepada keadaan pesakit.

Maksudnya pemulihan adalah sukar dan memakan masa.

Prevalen TB di Myanmar

Myanmar masih berdepan krisis kesihatan yang ketara dalam konteks tuberkulosis. Menurut laporan terkini dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Myanmar salah satu daripada 30 negara di seluruh dunia yang mempunyai beban TB tinggi dan ia menanggung beban tiga kali ganda TB sensitif ubat (DSTB), TB rintang ubat (DRTB) dan TB berkaitan HIV; apabila pesakit HIV turut menghidap TB disebabkan sistem imun mereka yang lemah.

Dianggarkan terdapat 257,000 kes TB di Myanmar pada 2022

Dalam tiga tahun lalu, kohort pesakit TB Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) di Myanmar kebanyakannya dipindahkan ke Program Tuberkulosis Kebangsaan (NTP). Bagaimanapun, NTP menghadapi pelbagai cabaran, bermula daripada kekurangan kakitangan kepada bekalan ubat yang kerap yang memberi kesan kepada keupayaan NTP untuk menyediakan penjagaan berkualiti dan mudah didapati untuk pesakit TB.

Ini bermakna kemajuan dicapai dalam memerangi TB berterusan terhenti dan menjadikan akses penjagaan kesihatan awam semakin sukar, terutamanya untuk tempoh rawatan panjang yang diperlukan untuk penyakit kompleks seperti TB.

Ketika ini, di Yangon, Doctors Without Borders menyokong hospital dengan kapasiti 90 katil yang khusus dalam rawatan DRTB. Ini satu-satunya hospital DRTB khusus di seluruh negara. Pesakit TB dengan kes DRTB yang sangat rumit boleh menghabiskan lebih daripada enam bulan di hospital ini, mengikut pelan rawatan ditetapkan dengan teliti. Pihak hospital juga memantau dengan teliti pesakit luar yang kerap datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang mereka.

Pemulihan yang panjang dan sukar

"I had to take seven pills every day. I would drink almost one litre of water just to take them." remembers Zin Mar Lin. "It took me several minutes every day to encourage myself to take them. There was one medicine, I forget the name, but I had to take it every Monday, Wednesday and Friday. I felt nauseous whenever I took it."

The treatment for DRTB is very difficult, often requiring a large concoction of pills to be taken every day, with severe side effects. Patients speak of dizziness, nausea and insomnia, among other things, stemming from their medication. In some cases, these side effects can prove too much, and patients stop taking their medication. To successfully recover from TB, it is crucial to fully adhere to the treatment plan, enduring everything that comes with that.

In recent years, progress has been made in the research and development of alternative treatments for tuberculosis. Doctors Without Borders has been instrumental in the research used to develop a new shorter regime called BPaLM. It takes six months of oral medication with very few side effects. Although too late for Zin Mar Lin’s recovery, the availability of this improved treatment regime for patients in Myanmar is a bright spot in the national TB response.

"Saya terpaksa mengambil tujuh biji pil setiap hari. Saya akan minum hampir satu liter air hanya untuk mengambilnya." imbas Zin Mar Lin. "Saya mengambil masa beberapa minit setiap hari untuk memujuk diri saya mengambilnya. Ada satu ubat, saya lupa namanya, tetapi saya terpaksa mengambilnya setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Saya berasa loya setiap kali saya mengambilnya."

Rawatan untuk DRTB sangat sukar, selalunya memerlukan ramuan pil yang banyak untuk diambil setiap hari, dengan kesan sampingan yang teruk. Ramai pesakit berkongsi mengenai rasa pening, loya dan insomnia, antara lain, berpunca daripada ubat mereka. Dalam sesetengah kes, kesan sampingan ini boleh menjadi terlalu banyak, dan pesakit berhenti mengambil ubat mereka. Untuk berjaya pulih daripada TB, adalah penting untuk mematuhi sepenuhnya pelan rawatan, menanggung segala yang berkaitan dengannya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kemajuan telah dicapai dalam penyelidikan dan pembangunan rawatan alternatif untuk tuberkulosis. Doctors Without Borders telah memainkan peranan penting dalam penyelidikan digunakan untuk membangunkan rejim baharu yang lebih pendek yang dipanggil BPaLM. Ia membabitkan pengambilan ubat secara oral selama enam bulan dengan kesan sampingan yang sangat sedikit. Walaupun sudah terlambat untuk pemulihan Zin Mar Lin, ketersediaan rejim rawatan lebih baik ini untuk pesakit di Myanmar adalah satu titik cerah dalam tindak balas TB kebangsaan.

Kepentingan rangkaian sokongan

Selain kesan sampingan ubat yang melampau, tekanan kewangan juga boleh mendtangkan kesan terlalu banyak untuk pesakit TB sepanjang tempoh rawatan mereka yang panjang.

"Saya pencari nafkah keluarga, jadi apabila saya mendapat MDRTB, pendapatan kami terhenti" kata Aung Myo Khine. "Kami juga perlu menanggung lebih banyak perbelanjaan kerana saya dimasukkan ke hospital. Sokongan keluarga saya pada masa itu amat bermakna kepada saya, dari segi emosi, selain segi kewangan kerana saya langsung tidak dapat mencari rezeki."

Tempoh pemulihan panjang bagi yang terlibat dengan MDRTB boleh memberi tekanan besar kepada pesakit, dari segi emosi, fizikal dan kewangan. Di hospital TB, pasukan kebajikan sosial juga menyokong kesejahteraan keseluruhan dan keadaan hidup pesakit. Memastikan pesakit dijaga dengan baik, makan dengan baik dan mempunyai rangkaian sokongan yang kuat boleh meningkatkan peluang pemulihan yang berjaya.

Sistem penjagaan kesihatan awam Myanmar yang terbeban

Seperti mana cabaran rawatan itu sendiri, pesakit TB di banyak bahagian Myanmar menghadapi halangan tambahan disebabkan kurangnya aspek ketersediaan dan kebolehcapaian rawatan. Tiga tahun lalu ketika berdepan konflik meningkatkan keperluan kemanusiaan secara drastik di seluruh negara dan mewujudkan jurang tambahan besar dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Sejak pengambilalihan tentera pada 2021, sistem penjagaan kesihatan awam di Myanmar bergelut untuk mengatasi kehilangan kakitangan dan pembiayaan secara tiba-tiba. Jurang HR kekal, selalunya diisi organisasi kemanusiaan. Di Kachin dan Shan, Doctors Without Borders bekerjasama dengan Program Tuberkulosis Kebangsaan untuk menyokong kemudahan ini dalam merawat pesakit dan menyokong keupayaan mereka untuk mengikuti tahap ujian dan rawatan yang diperlukan.

Pertempuran meluas yang berterusan mengehadkan lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang tersedia untuk penduduk di Myanmar dan menjadikan akses kepada beberapa kemudahan ini sebagai perjalanan yang berbahaya. Pihak berkuasa, aktor kesihatan dan penderma mesti terlibat antara satu sama lain untuk meningkatkan ketersediaan dan kualiti penjagaan TB (termasuk TB Rintang Ubat) dengan pantas di Myanmar.

Jika pesakit mengambil ubat mereka dengan kerap, menanggung semua kesan sampingan, dan mendengar nasihat profesional perubatan, MDRTB boleh dirawat. Saya telah mengalahkan MDRTB, dan saya harap perkara sama untuk pesakit lain.
Zar Mar Lin, pesakit

Doctors Without Borders telah bekerja dengan pesakit TB di Myanmar sejak 2003, bermula dengan morbiditi TB yang berkaitan HIV. Klinik asal ditutup pada 2020. Sejak 2009 Doctors Without Borders menyokong hospital TB di Yangon, meningkatkan aktiviti pada 2021 sebagai tindak balas kepada jurang dalam sistem penjagaan kesihatan.

Categories